Dua warga emas terima rumah baharu di DUN Batu Uban
- Redzuan Shamsudin

- 4 hours ago
- 1 min read

Dua warga emas, Abdul Hamid, 68, dan Rokiah, 74, tidak dapat menyembunyikan rasa syukur dan sebak apabila menerima kunci rumah baharu yang lebih selesa dan selamat untuk didiami menerusi Projek Khas Ekonomi Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, A Kumaresan berkata, sebelum ini keadaan rumah lama pasangan berkenaan uzur, bocor dan tidak lagi selamat untuk didiami.
"Mereka datang mengadu kepada saya dengan penuh harapan, mengimpikan sinar baharu dalam kehidupan. Hari ini, harapan itu menjadi kenyataan," katanya dalam satu kenyataan media.
Menurut beliau, melalui projek khas tersebut, kedua-dua keluarga menerima sebuah rumah bernilai RM75,000 setiap satu, lengkap dengan tiga bilik tidur serta kemudahan asas seperti kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan mesin basuh.
"Kegembiraan yang terpancar pada wajah mereka mengingatkan kita bahawa sebuah rumah bukan sekadar binaan fizikal. Ia adalah tempat berlindung dan ruang untuk membina semula kehidupan dengan lebih bermaruah serta tenang," ujarnya.

Majlis penyerahan kunci rumah di Kampung Batu Uban itu turut disertai Pegawai Daerah Timur Laut, Tuan Ismasuhaimi, Penghulu Qushairy serta wakil MPKK Batu Uban, Encik Rosman dan Puan Martini.
Kumaresan turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang khususnya Exco Pembangunan Luar Bandar, Rashidi Zinol, Pejabat Daerah Timur Laut serta semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan pembinaan rumah baharu tersebut.
"Semoga kediaman baharu ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan dan ketenangan hidup buat mereka," katanya.




Whether you’re designing intricate castles or exploring dangerous caves, Infinite Craft offers endless opportunities for creativity and fun.