top of page

Dr Wan Azizah hulur sumbangan Ihya Ramadan masjid, surau RM83,500

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 20 hours ago
  • 1 min read

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menyampaikan sumbangan sebanyak RM83,500 kepada masjid dan surau di sekitar kawasan itu bagi mengimarahkan institusi berkenaan dengan pelbagai aktiviti sepanjang Ramadan ini.


Isteri kepada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata, sumbangan tersebut diberikan kepada 10 buah masjid dan beberapa puluh surau di sekitar Parlimen berkenaan.


"Saya berterima kasih kepada semua termasuk yang merencanakan, menguruskan dan menjadikannya satu realiti.


"Buatlah yang terbaik.. jangan harap kepada manusia.. caci dan maki lagi adalah.


"Tapi apa yang kita buat niat kerana Allah.. kalau kita tanamkan ikhlas kerana Allah, orang kata apa pun.. katalah.. tidak mengapa.. kita buat kerana Allah," katanya.


Beliau berkata demikian dalam ucaptama sempena Majlis Penyerahan Sumbangan Ihya’ Ramadan Kepada Masjid dan Surau Parlimen Bandar Tun Razak.


Majlis itu diadakan di Dewan Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan yang turut dihadiri Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin.


Dalam ucapannya, Wan Azizah turut memaklumkan beliau telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras baru-baru ini bagi menghadiri program penyaluran zakat.


Beliau berkata, dalam kunjungan itu beliau turut diberitahu kadar jenayah menurun sepanjang Ramadan ini.


"Ya.. (kadar jenayah) turun.. mungkin kerana dikatakan syaitan-syaitan semua kena ikat.


"Cara kita menyambut Ramadan, sama ada dengan mengimarahkan masjid, bersedekah dan menyuntik semangat (untuk memperbaiki diri) dan umat Islam secara keseluruhan, ini (yang akhirnya) memberi kesan.


"Jadi kita mahukan mengimarahkan Ramadan ini.. kita akan bagi apa yang kita ada.. Alhamdulillah rezeki daripada Allah kita kongsi.. dengan berkongsi itu ia akan memberikan kita lebih.


"Gunakan kesempatan bulan Ramadan yang mulia ini.. bulan yang kita boleh tingkatkan iman dan takwa InsyaAllah," ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page