top of page

Berita


Sabotaj politik khianat mandat rakyat - Dr Suhaimi
Sebarang tindakan sabotaj politik dan konspirasi menjatuhkan kerajaan yang sah bukan lagi boleh dianggap sebagai perbezaan pandangan sebaliknya satu bentuk pengkhianatan terhadap mandat rakyat dan demokrasi berparlimen. Ketua Penerangan KEADILAN Pahang, Datuk Dr Suhaimi Ibrahim (gambar) menegaskan usaha meruntuhkan kerajaan melalui jalan belakang melangkaui batas moral serta undang-undang negara. "Tindakan sabotaj politik dan konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan yang sah bu

Helmi Mohd Foad
Feb 282 min read


PM mahu lebih banyak menteri kerap turun padang lawat daerah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu lebih ramai anggota Jemaah Menteri turun padang ke daerah-daerah bagi memastikan isu pembangunan setempat diberi perhatian dan diselesaikan dengan lebih berkesan. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, hasrat itu dinyatakan sendiri Perdana Menteri pada Mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan semalam susulan lawatan ke Bentong pada 22 Januari lalu. "Dalam lawatan tersebut Perdana Menteri telah menerima taklimat pembangunan daerah

Suara Keadilan
Feb 281 min read


KEADILAN ambil pendekatan berhemah, tunggu penjelasan Rafizi
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengambil pendekatan berhemah dan tidak tergesa-gesa dalam menangani isu membabitkan bekas Timbalan Presidennya, Datuk Seri Rafizi Ramli. Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh (gambar) memaklumkan, surat tunjuk sebab dikeluarkan bagi memberi ruang kepada Rafizi menjelaskan pendirian sebenar beliau susulan beberapa kenyataannya termasuk hasrat mempertahankan kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 bukan atas tiket

Suara Keadilan
Feb 281 min read


Selangor umum Insentif Khas Aidilfitri sebulan gaji penjawat awam negeri
DS Amirudin di Majlis Akrab Mahabbah Insani Ramadan di Shah Alam Kerajaan Selangor sekali lagi menunjukkan keprihatinan kepada penjawat awam di negeri itu apabila mengumumkan Insentif Khas Kita Selangor Aidilfitri (IKSA) 2026 berjumlah RM66.25 juta untuk tahun ini. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, IKSA tersebut bakal memanfaatkan puluhan ribu penerima seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. "Peruntukan berkenaan akan disalurkan 19 Mac

Suara Keadilan
Feb 281 min read


Tujuh pemuda berani terima penghargaan khas dari PM
PM beramah mesra menghargai keberanian tujuh pemuda menyelamatkan seorang ibu dan dua anak kecil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan penghargaan khas kepada tujuh pemuda yang bertindak pantas menyelamatkan seorang ibu dan dua anak kecil dalam nahas di Kundang, Selangor baru-baru ini. Dalam pertemuan pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengamal Media di Kompleks Seri Perdana, di Putrajaya semalam, Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira 15 minit bagi mendenga

Azuan Ab Rahman
Feb 281 min read


Geran hingga RM100,000 pacu persatuan belia, galak anak muda berorganisasi
Kerajaan menyediakan bantuan geran sehingga RM100,000 kepada setiap pertubuhan belia berdaftar bagi menggalakkan lebih ramai anak muda berpersatuan dan melaksanakan aktiviti sihat serta produktif. Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari (gambar) berkata, inisiatif itu dilaksanakan menerusi program Sejati MADANI x Belia yang menyasarkan pertubuhan berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia. "Setiap persatuan belia yang berdaftar layak menerima bantuan atau geran

Hasbul Ahmad
Feb 272 min read


Polis siasat dakwaan cubaan gulingkan kerajaan, libat individu berpengaruh
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima satu laporan polis berhubung dakwaan terdapat cubaan untuk menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara melibatkan seorang individu berpengaruh tempatan bersama sebuah agensi media antarabangsa. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata siasatan sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. "Siasatan d

Helmi Mohd Foad
Feb 271 min read


Siasatan ke atas Azam Baki hampir selesai, laporan lengkap minggu depan
Datuk Fahmi menjelaskan berhubung siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Khas terhadap TS Azam Siasatan Jawatankuasa Khas terhadap isu pemilikan saham yang dikaitkan dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki kini hampir selesai dengan laporan lengkap dijangka dibentangkan minggu hadapan. Perkara berkenaan dimaklumkan Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil ketika sidang media pasca mesyuarat Kabinet yang diadakan di

Akmal Manaf
Feb 271 min read


Dana Inovasi Media: Organisasi media tunjuk minat, 69 permohonan Fasa 1, 2
Kerajaan optimis Dana Inovasi Media bernilai RM30 juta mampu menjadi pemangkin ekosistem media yang lebih mampan dan berdaya saing, susulan sambutan positif pemain industri terhadap pelaksanaan Fasa 1 inisiatif tersebut. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) berkata, sebanyak 50 permohonan telah diterima bagi Fasa 1 yang dibuka antara 1 hingga 14 Januari lalu, dengan 34 organisasi media diluluskan pembiayaan berjumlah RM10.3 juta setakat ini. "Sebanyak 50

Akmal Manaf
Feb 272 min read


Perjuangan Reformasi PMX Perlu Diteruskan Untuk Penggal Kedua
Oleh: Shahbudin Embun ULASAN: Pidato Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail, baru-baru ini telah memperlihatkan suatu pendekatan yang berteraskan realiti politik dan pentadbiran semasa negara. Ucapan tersebut tidak sekadar bersifat retorik politik, sebaliknya menggariskan tiga formula strategik yang boleh ditafsirkan sebagai kerangka tindakan bagi memperkukuh kedudukan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) dalam mendepan

Suara Keadilan
Feb 272 min read


Rumah ibadat: Hormati kedaulatan undang-undang, elak jadi isu perkauman
Prinsip kedaulatan undang-undang mestilah dihormati semua pihak tanpa mengira agama atau kaum berhubung isu pembinaan rumah ibadat yang sedang diperkatakan kebelakangan ini. Ketua Angkatan Muda KEADILAN Simpang Renggam, Navinraj Krishnan (gambar) berkata, sekiranya sesuatu tanah itu bukan milik sendiri atau tidak mendapat kebenaran sah daripada pihak berkuasa maka sebarang pembinaan termasuklah rumah ibadat seperti kuil tidak seharusnya diteruskan. "Sebagai seorang penganut

Suara Keadilan
Feb 272 min read


Parti politik bukan pentas tanpa tanggungjawab, ada peraturan, disiplin - AMK Selangor
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli mempertikaikan surat tunjuk sebab yang diterimanya sebagai tidak wajar, memandangkan beliau sebelum ini berulang kali mengkritik parti dan Presiden secara terbuka di pelbagai platform media. Ketua AMK Selangor, Muhammad Iman Haziq (gambar) berkata, mengkritik itu merupakan hak setiap individu namun apabila kritikan dibuat secara berterusan sehingga menyentuh kepimpin

Akmal Manaf
Feb 272 min read


Dr Samsuri Pengerusi PN: Pas tidak yakin golongan ulama mampu memerintah?
Keputusan Perikatan Nasional (PN) melantik Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai pengerusi baharu mengundang tanda tanya apakah Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man tidak layak menerajui gabungan berkenaan. Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Melaka, Eddiarman Mohd Yunos membangkitkan persoalan sama. Katanya, Pas yang berbangga dengan cogan kata ulama memerintah atau menguasai parti, dalam hal Pengerusi PN seolah

Akmal Manaf
Feb 272 min read


Wanita KEADILAN Pahang Lancar Gelanggang Silat Srikandi Gayong
Seni bela diri penting bagi srikandi pembinaan disiplin dan juga perlindungan diri Wanita KEADILAN Negeri Pahang dengan kerjasama Wanita KEADILAN Kuantan secara rasmi melancarkan Gelanggang Silat Srikandi Gayong baru baru ini sebagai inisiatif memperkasa wanita melalui seni bela diri dan pembinaan disiplin diri. Program yang dijalankan bersama Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) Negeri Pahang itu akan diadakan di Gelanggang Latihan Sri Teja, Bandar Putra Kuantan. Pe

Suara Keadilan
Feb 271 min read


Isu kuil, hina al Quran: Jangan benarkan provokasi, fitnah nyalakan api perpecahan
Dalam suasana negara yang berbilang kaum dan agama, setiap isu sensitif termasuk membabitkan rumah ibadat dan kitab suci perlu ditangani dengan penuh hikmah, berlandaskan undang-undang dan berpaksikan semangat perpaduan nasional. Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia (PKORM), Mustapa Mansor Amer Mohd Isa (gambar) berkata, pihaknya memandang serius isu yang tular kebelakangan ini melibatkan kuil Hindu dan dakwaan penghinaan terhadap al-Quran yang kini hangat d

Akmal Manaf
Feb 272 min read


Pelaksanaan COSS komitmen kerajaan tangani ketirisan minyak masak
Pelaksanaan Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) membuktikan ketegasan kerajaan menutup sepenuhnya ruang ketirisan minyak masak paket bersubsidi 1 kilogram. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr Fuziah Salleh, berkata COSS menggabungkan kawalan dan penguatkuasaan menyeluruh, termasuk penggunaan eCOSS sebagai inisiatif pemantauan bersepadu sepanjang rantaian bekalan bekalan tersebut. "Pelaksanaan COSS tidak bergantung kepada satu m

Suara Keadilan
Feb 271 min read


Kerajaan sokong keperluan persenjataan AKPS - Saifuddin
Kerajaan bersedia menyokong keperluan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), termasuk dari segi persenjataan dan kelengkapan keselamatan. Langkah itu menurut Menteri Dalam Negeri bertujuan memastikan agensi itu dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih berkesan. Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata sebagai agensi baharu, AKPS mempunyai ruang untuk merangka gerak kerja yang selaras dengan keperluan semasa, khususnya dalam memperkukuh kawalan kes

Suara Keadilan
Feb 271 min read


Dewan Rakyat lulus RUU Perbekalan Tambahan (2025) 2026 RM7.94 bilion
Dewan Rakyat pada Khamis meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2025) 2026 bagi perbelanjaan tambahan perkhidmatan berjumlah RM7.94 bilion daripada Kumpulan Wang Disatukan. RUU berkenaan yang dibentangkan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (gambar) dan diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang. Terdahulu, ketika menggulung perbahasan RUU berkenaan, Amir Hamzah berkata bahawa RUU Perbek

Suara Keadilan
Feb 271 min read


Akta Persaingan 2010 bakal dipinda, beri pelindungan pemberi maklumat
Wakil Mycc dan KBS menandatangani Surat Persefahaman semalam Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan skim perlindungan dan ganjaran kepada pemberi maklumat melalui pindaan Akta Persaingan 2010 (Akta 712) . Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, cadangan itu bertujuan memperkasa pasaran yang adil, telus dan berdaya saing sekaligus menarik kerjasama lebih proaktif daripada orang awam dan pihak industri dalam membongkar kegiata

Azuan Ab Rahman
Feb 271 min read


Belia360 perkasa belia melalui data raya, AI dan sokongan komuniti
Senator Jufitri Johar dalam sidang media di Bangunan Parlimen selepas peluncuran Belia360 Inisiatif Belia360 diperkenalkan sebagai pendekatan menyeluruh dan bersepadu bagi memahami serta memperkasa golongan belia di seluruh negara dengan memanfaatkan data analitik, teknologi digital dan jaringan komuniti. Senator Jufitri Johar berkata, Belia360 bukan sekadar platform pengumpulan maklumat malah merupakan ekosistem sokongan belia yang dirangka secara holistik dan berasaskan rea

Helmi Mohd Foad
Feb 262 min read
bottom of page
