PM mahu lebih banyak menteri kerap turun padang lawat daerah
- Suara Keadilan

- 2 hours ago
- 1 min read

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu lebih ramai anggota Jemaah Menteri turun padang ke daerah-daerah bagi memastikan isu pembangunan setempat diberi perhatian dan diselesaikan dengan lebih berkesan.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, hasrat itu dinyatakan sendiri Perdana Menteri pada Mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan semalam susulan lawatan ke Bentong pada 22 Januari lalu.
"Dalam lawatan tersebut Perdana Menteri telah menerima taklimat pembangunan daerah dan menegaskan pendekatan sama perlu diperluas ke daerah-daerah lain.
"Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa beliau akan ke daerah Kinta di Perak pada hujung Februari dan beliau telah meminta agar lebih ramai menteri turun untuk mendengar taklimat pembangunan daerah supaya isu-isu di peringkat akar umbi dapat diberi keutamaan," kata Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu dipetik.
Untuk rekod, lawatan Perdana Menteri ke Bentong, Pahang pada Januari lalu merangkumi sesi taklimat pembangunan negeri perbincangan mengenai penyelenggaraan kemudahan awam, serta penilaian keperluan penambahbaikan.
Perdana Menteri kemudian turut menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama masyarakat setempat.
Sementara itu menurut Fahmi, saranan Perdana Menteri juga bertujuan memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan lebih responsif, tersusun dan benar-benar menepati keperluan rakyat setempat.




Comments