top of page

Berita


Infografik palsu: Dr Fahmi beri tempoh 24 jam sebelum tindakan undang-undang
Sebaran poster ucapan tahniah kepada seorang pemuda bukan Islam atas pelantikkan sebagai Setiausaha Kanan kepada Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor yang tersebar di media sosial sejak semalam disahkan palsu. Dr Mohammad Fahmi Ngah (gambar) menerusi satu rakaman video semalam menegaskan, isu lantikan individu bukan Islam sebagai pegawai di pejabatnya adalah fitnah dan berniat jahat. Justeru beliau memberi amaran keras kepada pemilik akaun media sosial

Suara Keadilan
Mar 31 min read


Guna pendekatan tegas, hikmah tangani penghinaan agama - IKRAM
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru umat Islam bersikap adil dan berlandaskan prinsip rahmah tanpa berkompromi terhadap sebarang perbuatan menghina agama. Atriza Umar, Pegawai Kanan Jabatan Pendidikan Masyarakat IKRAM menegaskan bahawa ketegasan dalam menuntut hukuman terhadap penghinaan agama perlu menampilkan wajah Islam yang rahmah menerusi konsep Asas Islam Rahmah (AISAR). "Dalam kerangka AISAR, ada beberapa asas penting. Pertama, maruah agama mesti dipertahankan. K

Suara Keadilan
Mar 31 min read


PRU16 serentak PRN Johor, Melaka beri kelebihan kepada PH – Dr Mazlan
Penganalisis politik memberi pandangan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) serentak dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka bakal memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH) Prof Madya Dr Mazlan Ali (gambar) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, pelaksanaan serentak pilihanraya boleh menjimatkan kos Suruhanjaya Pilihan Raya untuk melaksanakannya. "Malah jika diadakan serentak, lebih ramai pengundi luar akan pulang seterusnya mungkin parti dalam HARAPAN ak

Suara Keadilan
Mar 31 min read


Dakwaan kerajaan "senyap” isu hina Islam tidak berasas - Altimet
Ahli Dewan Undangan (ADN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad (gambar) menyatakan sokongan terhadap penegasan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa dakwaan kononnya kerajaan “senyap” dalam menangani isu penghinaan agama adalah tidak berasas. Beliau yang juga Ketua Cabang KEADILAN Ampang berkata, kenyataan Perdana Menteri semalam jelas menunjukkan tindakan kerajaan berlandaskan undang-undang telah pun dijalankan termasuk siasatan serta tindakan pihak berkuasa terhadap

Helmi Mohd Foad
Mar 21 min read


Kes pijak al-Quran: Peguam Negara putuskan dakwa individu terlibat
Jabatan Peguam Negara Malaysia (AGC) memutuskan untuk mendakwa seorang individu berhubung insiden memijak al-Quran di Kuantan, Pahang yang tular di media sosial menerusi aplikasi Threads. Dalam satu kenyataan, AGC memaklumkan pihaknya telah meneliti kertas siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia berhubung kes melibatkan Vikneswaran Selvanathan (OYDS). "Hasil penelitian menyeluruh terhadap kertas siasatan tersebut mendapati bahawa terdapat keterangan yang mencukup

Suara Keadilan
Mar 21 min read


'Memijak al-Quran bagi kami seumpama memijak kitab Veda'
Meskipun berlainan agama, seorang pemimpin berketurunan India dari KEADILAN mengecam keras penghinaan terhadap al-Quran sambil mengingatkan orang ramai agar tidak terperangkap dengan cubaan memanipulasi isu agama menjelang pilihan raya. Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Sivamalar Genapathy (gambar) menyifatkan tindakan tersebut sebagai biadab, tidak boleh diterima dan tiada tempat dalam masyarakat berbilang agama seperti Malaysia. “Saya dengan tegas mengecam perbuatan terb

Helmi Mohd Foad
Mar 22 min read


'Lawatan Saifuddin pantau projek, MB Kedah 'balun' kata kerja pilihanraya'
Begitu banyak projek dijaga DS Saifuddin di Kedah, kedatangan bukan menabur gula gula pilihanraya Tuduhan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa lawatan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ke negeri itu sebagai kempen pilihanraya sebagai tidak berasas dan bermotif politik. Aktivis Pakatan Harapan, Syam Ghaz berkata, kehadiran Saifuddin adalah atas kapasiti rasmi sebagai Menteri Dalam Negeri dan Pengerusi Majlis Pembangunan Ekonomi

Helmi Mohd Foad
Mar 22 min read


Lynas diberi lesen FOL tempoh 10 tahun dengan syarat ketat
Datuk Chang Lih Kang mengumumkan pembaharuan lesen FOL kepada Lynas di Bangunan Parlimen Kerajaan telah meluluskan pembaharuan lesen Peringkat Pengendalian Penuh (FOL) kepada pemprosesan nadir bumi, Lynas Malaysia Sdn Bhd untuk tempoh 10 tahun bermula esok dengan syarat ketat, termasuk larangan pembinaan kemudahan pelupusan kekal (PDF) baharu bagi residu Water Leach Purification (WLP) yang melebihi had kawalan di bawah Akta 304. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), D

Akmal Manaf
Mar 22 min read


Malaysia bantah serangan AS-Israel, mungkin merebak ke Turkiye
Konflik Asia Barat berpotensi merebak ke Turkiye Dewan Rakyat diberitahu. Foto: Jab Penerangan Malaysia menegaskan bahawa serangan oleh Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran adalah tindakan yang bertentangan dengan peraturan tatanan dunia dan perlu dibantah dengan tegas. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia tidak mempunyai pilihan selain menyatakan pendirian jelas terhadap tindakan ketenteraan tersebut yang disifatkan melanggar norma antarabangsa. "Se

Suara Keadilan
Mar 22 min read


Istilah 'melalak' peringatan tegas individu tuduh kerajaan gagal bertindak - Kamil
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia memandang serius polemik yang diperbesarkan berhubung penggunaan istilah ‘melalak’ oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu hantaran di media sosial berkaitan isu penghinaan terhadap al-Quran. Ketuanya, Muhammad Kamil Abdul Munim (gambar) menegaskan kenyataan tersebut bukan serangan terhadap mana-mana pihak, sebaliknya merupakan satu peringatan agar tidak membuat tuduhan melulu. "AMK menegaskan bahawa istilah tersebu

Akmal Manaf
Mar 22 min read


Serang Iran: Kembali ke meja rundingan, elak konflik besar Asia Barat - PM
DS Anwar menjelaskan pendirian Malaysia dalam konflik AS, Israel - Iran di Dewan rakyat. Foto: Jab Penerangan Malaysia menyatakan pendirian tegas terhadap serangan berterusan ke atas Iran dengan menyifatkannya sebagai tindakan yang bertentangan dengan prinsip tatanan dunia dan berpotensi menggugat kestabilan serantau khususnya di negara-negara Teluk. Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia sebagai sebuah negara bebas dan merdeka menyeru supaya gencatan

Akmal Manaf
Mar 22 min read


MCMC siasat insiden pijak al-Quran di Singapura yang tular semula
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mengambil tindakan terhadap penularan semula satu video lama bertarikh 2024 melibatkan insiden seorang warga Singapura yang memaparkan kandungan berunsur penghinaan terhadap Islam termasuk perbuatan memijak al-Quran. MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya telah menerima aduan daripada orang awam berhubung kandungan tersebut yang dipercayai dimuat naik semula sehingga mencetuskan kegusaran serta ketegangan da

Suara Keadilan
Mar 21 min read


ONSA benteng media sosial: Kekang jenayah, lindungi kanak-kanak
Pengenalan Akta Keselamatan Dalam Talian (Online Safety Act, ONSA) mulai 1 Januari lalu oleh kerajaan adalah langkah terbaik bagi mengawal selia platform digital dan mengekang jenayah siber yang semakin membimbangkan, khususnya terhadap kanak-kanak dan remaja di media sosial seperti TikTok. Ahli Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN Johor, Dr Tamil Selvi Rajoo berkata, isu keselamatan dalam talian kini menjadi antara topik paling hangat apabila pendedahan kes eksploitasi, seksual d

Sidiqin Omar
Mar 23 min read


PRU 16: Pembangkang mahu menang guna persepsi negatif, konspirasi?
Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-16, pengundi disaran menilai secara rasional antara naratif politik yang semakin memuncak dan keperluan memelihara kesinambungan pembangunan serta kestabilan negara yang kini diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berkata, rakyat Malaysia tidak seharusnya terkejut apabila suasana politik menjadi semakin bingit dan hangat diperkatakan setiap kali negara menghampiri PRU16.

Akmal Manaf
Mar 22 min read


KEADILAN perhebat kesiapsiagaan jentera hadapi PRN Melaka, Johor
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) terus memperkukuh tahap kesiapsiagaan jentera nya sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat. Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar) berkata, Bengkel Pemantapan Jentera telah dianjurkan di Hotel Traders, Muar, Johor pada Ahad sebagai sebahagian daripada usaha menyusun strategi dan memperkemas gerak kerja di peringkat akar umbi. Menurut be

Azuan Ab Rahman
Mar 21 min read


PM lancar Sumud Darat, misi bantuan 30 kontena ke Gaza
DS Anwar menyerahkan bendera Malaysia sebagai simbolik misi bantuan ke Gaza Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan Sumud Darat - Misi Bantuan Kemanusiaan 30 Kontena Malaysia ke Gaza. Majlis pelepasan rasmi misi disempurnakan pada Majlis Berbuka Puasa Pemimpin Masyarakat Tempatan di Kompleks Seri Perdana semalam yang turut dihadiri Isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Dipetik laporan, misi berskala nasional itu diterajui Majlis Perundingan Pertubu

Suara Keadilan
Mar 22 min read


Konflik Asia Barat: Wisma Putra pantau keselamatan rakyat Malaysia
Semua rakyat Malaysia yang terkandas di beberapa negara akibat pembatalan penerbangan, susulan serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran, kekal selamat. Kementerian Luar (Wisma Putra) berkata, situasi keselamatan di Asia Barat ketika ini adalah tidak menentu, dan pihaknya membuat pemantauan berterusan perkembangan semasa. Selain itu, kementerian sudah mengaktifkan Bilik Operasi di Putrajaya bagi melaksanakan tindak balas konsular yang diselaraskan untuk membantu

Suara Keadilan
Mar 21 min read


Serah siasatan isu provokasi agama kepada pihak berkuasa - PM
Perdana Menteri menyeru masyarakat menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan berhubung isu provokasi agama mengikut lunas undang-undang yang berkuatkuasa. Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keyakinan bahawa siasatan dijalankan pihak berkuasa akan merungkai semua kebenaran secara menyeluruh dan telus. "Serahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan sewajarnya. Kerajaan MADANI akan memastikan keadilan ditegakkan dan keamanan negara terus terpelihara

Azuan Ab Rahman
Mar 21 min read


SHMMP Tahun Baharu Cina 2026 capai objektif tangani pencatutan
Penguatkuasaan sempena pelaksanaan SHMMP Tahun Baharu Cina 2026 membuahkan hasil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melaksanakan strategi penguatkuasaan secara intensif sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2026 bertujuan melindungi kepentingan pengguna dan memastikan kestabilan harga barangan keperluan. Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Azman Adam berkata,sepanjang penguatkuasaan sebanyak 10,672 pem

Azuan Ab Rahman
Mar 21 min read


Hentikan hegemoni AS - Israel, Malaysia perlu tegas tentang pencerobohan
Pengerusi Biro Antarabangsa AMANAH, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (gambar) berkata serangan yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran sejak semalam mengesahkan hegemoni serta niat jahat kuasa besar itu, dan Malaysia serta masyarakat antarabangsa mesti mengambil pendirian tegas terhadap tindakan tersebut. Beliau berkata, ini bukan kali pertama AS menyerang Iran semasa rundingan dijalankan, menunjukkan bahawa taktik yang digunakan Washington tida

Redzuan Shamsudin
Mar 12 min read
bottom of page
