top of page

PRU16 serentak PRN Johor, Melaka beri kelebihan kepada PH – Dr Mazlan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 3
  • 1 min read

Penganalisis politik memberi pandangan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) serentak dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka bakal memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH)


Prof Madya Dr Mazlan Ali (gambar) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, pelaksanaan serentak pilihanraya boleh menjimatkan kos Suruhanjaya Pilihan Raya untuk melaksanakannya.


"Malah jika diadakan serentak, lebih ramai pengundi luar akan pulang seterusnya mungkin parti dalam HARAPAN akan mengungguli," katanya dipetik.


Bagaimanapun menurut beliau, pilihanraya serentak memberi kesan berlainan kepada Barisan Nasional (BN) yang banyak bergantung kepada pengundi tradisional yang tinggal di kawasan kampung serta FELDA.


"Namun, sekiranya UMNO dan HARAPAN bergabung dalam menghadapi pilihanraya, tidak keterlaluan dikatakan Kerajaan MADANI akan menang besar," tambahnya.


Sebelum ini, ada ura-ura PRU16 mungkin akan diadakan pada tahun ini ketika tempoh penggal masih berbaki lebih setahun.


Pemerhati politik meramalkan PRU lebih awal itu dijangka berlangsung pada suku keempat, sekitar Oktober hingga Disember depan atau mungkin lebih awal lagi iaitu menjelang pertengahan tahun ini.


Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata, suku keempat tahun ini dikira tempoh optimum kerana selari kitaran PRN, selain memberi masa feel-good factor kepada ekonomi negara.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page