top of page

Infografik palsu: Dr Fahmi beri tempoh 24 jam sebelum tindakan undang-undang

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 3
  • 1 min read

Sebaran poster ucapan tahniah kepada seorang pemuda bukan Islam atas pelantikkan sebagai Setiausaha Kanan kepada Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor yang tersebar di media sosial sejak semalam disahkan palsu.


Dr Mohammad Fahmi Ngah (gambar) menerusi satu rakaman video semalam menegaskan, isu lantikan individu bukan Islam sebagai pegawai di pejabatnya adalah fitnah dan berniat jahat.


Justeru beliau memberi amaran keras kepada pemilik akaun media sosial supaya menurunkan segera infografik palsu kononnya dibuat Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) tersebut atau berdepan tindakan undang-undang dalam tempoh 24 jam.


"Hantaran palsu ini tentunya bersifat fitnah, tidak benar dan berniat jahat.


"Kalau tidak (diturunkan), saya tidak akan teragak untuk membuat laporan polis dan tindakan undang-undang ke atas pemilik akaun yang kami telah kenalpasti," katanya dipetik.


Menerusi rakaman sama, Dr Mohammad Fahmi turut mengingatkan orang ramai agar tidak terjebak menyebarkan maklumat tidak sahih, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan.


Sambil memetik maksud Surah Al-Baqarah ayat 191 bahawa fitnah lebih besar bahayanya daripada membunuh, beliau menyeru masyarakat menggunakan Ramadan untuk memperbanyakkan amalan baik dan menghentikan penyebaran fitnah.


"Jadi di bulan yang mulia ini, hentikan membuat fitnah dan kembalilah kepada agama kita dengan amalan mulia," tegasnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page