top of page

SHMMP Tahun Baharu Cina 2026 capai objektif tangani pencatutan

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 3 days ago
  • 1 min read

Penguatkuasaan sempena pelaksanaan SHMMP Tahun Baharu Cina 2026 membuahkan hasil
Penguatkuasaan sempena pelaksanaan SHMMP Tahun Baharu Cina 2026 membuahkan hasil

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melaksanakan strategi penguatkuasaan secara intensif sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2026 bertujuan melindungi kepentingan pengguna dan memastikan kestabilan harga barangan keperluan.


Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Azman Adam berkata,sepanjang penguatkuasaan sebanyak 10,672 pemeriksaan telah dijalankan sepanjang tempoh skim berkenaan, dengan 1,357 kes direkodkan melibatkan pelbagai kesalahan.


Sementara nilai keseluruhan kompaun yang dikeluarkan adalah RM157,000 dengan sitaan berjumlah RM40,361.57.


"Secara keseluruhan, SHMMP Tahun Baharu Cina 2026 berjalan lancar dan mencapai objektif hasil pemantauan rapi KPDN serta maklum balas positif daripada orang ramai," katanya dalam satu kenyataan.


Untuk rekod, SHMMP Tahun Baharu Cina 2026 dilaksanakan selama sembilan hari bermula 13 hingga 21 Februari 2026, melibatkan penetapan harga siling bagi 16 jenis barangan kawalan termasuk makanan laut, daging dan sayur-sayuran.


Antara langkah yang diambil sepanjang tempoh penguatkuasaan ialah pemantauan dan pemeriksaan fizikal di premis, penempatan pegawai di lokasi strategik serta penguatkuasaan penggunaan label harga berwarna merah jambu bagi barangan terkawal.


Manakala tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dikenakan terhadap peniaga yang menjual melebihi harga maksimum, gagal mempamerkan tanda harga atau melakukan manipulasi harga yang tidak munasabah.


Sementara itu KPDN dalam kenyataan sama menyatakan komitmen untuk terus memantau kedudukan bekalan dan harga barangan keperluan dari semasa ke semasa.


Langkah itu bertujuan memastikan pengguna tidak terbeban dengan sebarang kenaikan harga yang tidak berpatutan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page