top of page

Kes pijak al-Quran: Peguam Negara putuskan dakwa individu terlibat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 2
  • 1 min read

Jabatan Peguam Negara Malaysia (AGC) memutuskan untuk mendakwa seorang individu berhubung insiden memijak al-Quran di Kuantan, Pahang yang tular di media sosial menerusi aplikasi Threads.


Dalam satu kenyataan, AGC memaklumkan pihaknya telah meneliti kertas siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia berhubung kes melibatkan Vikneswaran Selvanathan (OYDS).


"Hasil penelitian menyeluruh terhadap kertas siasatan tersebut mendapati bahawa terdapat keterangan yang mencukupi untuk pertuduhan dikenakan terhadap OYDS," menurut kenyataan itu.


Sehubungan itu, AGC memutuskan untuk mendakwa individu berkenaan di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana mencemarkan objek yang dianggap suci, iaitu al-Quran, dengan memijaknya, yang mana perbuatan itu dilakukan dengan pengetahuan bahawa ia merupakan suatu penghinaan terhadap agama Islam.


Selain itu, beliau turut akan didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana memuat dan memulakan satu hantaran komunikasi yang bersifat jelik melampau dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Threads.


"Kedua dua pertuduhan tersebut akan dikemukakan di mahkamah yang mempunyai bidang kuasa pada 3 Mac 2026," kata kenyataan itu.


Seksyen 295 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, manakala Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memperuntukkan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page