top of page

Konflik Asia Barat: Wisma Putra pantau keselamatan rakyat Malaysia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 2
  • 1 min read

Semua rakyat Malaysia yang terkandas di beberapa negara akibat pembatalan penerbangan, susulan serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran, kekal selamat.


Kementerian Luar (Wisma Putra) berkata, situasi keselamatan di Asia Barat ketika ini adalah tidak menentu, dan pihaknya membuat pemantauan berterusan perkembangan semasa.


Selain itu, kementerian sudah mengaktifkan Bilik Operasi di Putrajaya bagi melaksanakan tindak balas konsular yang diselaraskan untuk membantu rakyat Malaysia antaranya di Arab Saudi, United Kingdom, Syria, Jordan, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).


"Keutamaan diberikan kepada keselamatan serta kebajikan warganegara Malaysia di negara terjejas.


"Perwakilan diplomatik kementerian juga menghulurkan bantuan konsular kepada rakyat Malaysia yang terkandas di beberapa buah negara akibat pembatalan penerbangan," tambahnya.

Pada Sabtu, Tentera Pertahanan Israel (IDF) dengan kerjasama Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan mengejut ke atas Iran sekaligus meningkatkan lagi ketegangan dan risiko keselamatan di rantau berkenaan.


Sementara itu, Wisma Putra mengingatkan rakyat Malaysia, khususnya yang berada di kawasan terjejas atau berhampiran, agar sentiasa mengamalkan tahap kewaspadaan yang tinggi.


"Elak kawasan operasi ketenteraan dan perhimpunan awam, serta patuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.


"Rakyat Malaysia yang menetap atau sedang berada di negara terjejas segera mendaftar dan mengemaskini butiran perhubungan masing-masing dengan Kedutaan Besar Malaysia atau Perwakilan Malaysia yang terdekat.


"Mereka juga boleh berbuat demikian melalui sistem e-Konsular di https://ekonsular.kln.gov.my bagi memudahkan penyaluran bantuan sekiranya diperlukan," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page