top of page

Berita


Tahun Satu: KPM komited dengar pandangan tadika swasta
Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia untuk mengadakan sesi libat urus bersama pengusaha tadika dan prasekolah swasta yang tidak berpuas hati dengan mana-mana isu berbangkit berhubung pelaksanaan kanak-kanak berusia enam tahun memasuki Tahun Satu. Menteri KPM, Fadhlina Sidek (gambar) berkata, pihaknya telah menganjurkan sesi libat urus dengan pengusaha terbabit baru-ini dan mengambil maklum dengan isu-isu yang dibangkitkan mereka. Tambah beliau, KPM sangat prihatin untuk me

Suara Keadilan
Feb 191 min read


PH bina kekuatan sendiri, tidak bergantung perpecahan pembangkang
Pakatan Harapan (PH) tidak perlu bersandar kepada kelemahan atau kemelut dalaman parti pembangkang sebagai strategi utama untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Pengarah Strategi KEADILAN Melaka, Mohd Radzmin Roslan (gambar) menegaskan, meskipun situasi pembangkang bergolak memberi sedikit kelebihan dari sudut persepsi, PH perlu memberi tumpuan sepenuhnya kepada gerak kerja di lapangan dan memperkukuh hubungan dengan pengundi. "Ke

Suara Keadilan
Feb 191 min read


Banjir Manjoi: 60 keluarga terima bantuan tunai, ringan beban sambut Ramadan
Zulhisham (berbaju kelabu) mengagihkan peruntukan bantuan kepada mangsa banjir Sebanyak 60 keluarga di Manjoi, Perak menerima bantuan secara sekali beri susulan kejadian banjir yang melanda kawasan itu pada 16 Januari lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kinta, Zulhisham Ahmad Shukori berkata, agihan fasa pertama menerusi peruntukan kerajaan negeri dan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Tambun disampaikan kepada penerima yang berdaftar di Pejabat Penghul

Suara Keadilan
Feb 192 min read


PM Anwar seru umat Islam hayati hikmah Ramadan
Umat Islam di negara ini diingatkan agar tidak melihat tuntutan puasa dan amalan sepanjang Ramadan sekadar memenuhi syarat dan rukun semata-mata. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa ibadah puasa perlu dihayati dari sudut hikmah serta objektif pensyariatannya. "Puncak kenikmatan di sebalik ibadah puasa ini adalah pencapaian takwa melalui proses tarbiyah pembentukan watak, yang berakar pada kesedaran hati nurani dan kewaspadaan batin, dibangkitkan oleh r

Suara Keadilan
Feb 191 min read


Program Marhaban Ramadan eratkan ukhuwah KEADILAN Alor Gajah
Anggota dan pimpinan KEADILAN Alor Gajah dalam program Marhaban Ramadan Program Marhaban Ramadan telah berlangsung pada 17 Februari lalu di Pejabat Urusan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Alor Gajah dalam suasana penuh ukhuwah dan semangat kebersamaan. Majlis sederhana tetapi penuh makna itu menghimpunkan sahabat-sahabat seperjuangan bagi menyemarakkan kedatangan bulan Ramadan, serta memperkukuh silaturahim dalam kalangan anggota parti. Timbalan Pengerusi KEADILAN Mela

Suara Keadilan
Feb 181 min read


Pemulihan Ekonomi PMX Berhasil, Terus Diuji Luar dan Dalam
Oleh: Shahbudin Embun ULASAN: Jika dilihat pada sejarah, seorang pemimpin itu bukan sahaja diuji melalui kritikan dan bangkangan dari pihak pembangkang, tetapi ujian juga boleh datang, dan ada kalanya lebih tajam dari dalam. Sebelum memegang tampuk pemerintahan lagi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) telah melalui pelbagai jalan yang berliku demi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik. Setiap langkah diperhatikan dan setiap dasar atau perancang

Suara Keadilan
Feb 183 min read


Setiausaha Politik PM santuni warga emas sempena Tahun Baharu Cina
Datuk Farhan menitipkan sumbangan dari Perdana Menteri kepada seorang warga emas Dalam kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Farhan Fauzi bersama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkesempatan menyantuni warga emas di Pusat Penjagaan Orang Tua Grannies Kuantan, semalam. Kunjungan tersebut diadakan selepas menghadiri beberapa siri program dan lawatan di sekitar Kuantan, sebagai sebahagian usaha menyemarakkan semangat kebersamaan sem

Suara Keadilan
Feb 181 min read


18 tahun terpisah: Kasih Kerajaan MADANI kembalikan Norida ke pangkuan keluarga
Detik mengharukan ... Norida (berbaju kuning) bertemu keluarga di Malaysia setelah 18 tahun terpisah Oleh: Noraini Nordin ULASAN BERITA: Kasih sayang Kerajaan MADANI dalam memastikan kesejahteraan warga Malaysia bukan sahaja melimpah untuk rakyat yang menetap di tanah air tetapi juga merentasi sempadan negara. Jika ada laporan anak watan Malaysia hidup sengsara di negara asing Kerajaan MADANI pasti tidak berdiam diri. Melalui wakil kerajaan Malaysia pelbagai ikhtiar dilakukan

Suara Keadilan
Feb 182 min read


18 masjid, surau di Seri Setia, Taman Medan terima sumbangan Ahli Majlis MBPJ
Nabil (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada wakil masjid dan surau Seri Setia dan Taman Medan Sebanyak 18 masjid dan surau di sekitar DUN Seri Setia dan DUN Taman Medan menerima sumbangan berjumlah RM18,000 daripada Pejabat Ahli Majlis Petaling Jaya Zon 21 sebagai persiapan menyambut Ramadan. Ahli Majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Muhammad Nabil Halimi berkata, setiap masjid dan surau menerima RM1,000 bagi membantu ahli kariah membuat persediaan mengimarahk

Redzuan Shamsudin
Feb 182 min read


Isu pecat Hamzah: Pemimpin Pas terkejut, tetapi krisis Pas marahkan ahli - Mahfuz
Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendakwa “terkejut” dengan pemecatan Datuk Seri Hamzah Zainudin serta menggesa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyelesaikan segera kemelut dalaman parti itu dikritik Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar (gambar) . Menurut Mahfuz, kenyataan tersebut amat aneh memandangkan Pas kini dilihat menasihati pihak lain supaya bertenang dan berdamai, sedangkan pendekatan berbeza dia

Suara Keadilan
Feb 182 min read


MB Amirudin salur gaji Ahli Parlimen untuk surau, institusi agama
MB Amirudin pada program kenduri bersama rakyat di Madrasah Al-Iman. Foto ihsan Bernama Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari menyalurkan gaji diterimanya sebagai Ahli Parlimen Gombak bagi membantu pembangunan semula surau dan institusi agama di kawasan tersebut. Amirudin, dipetik laporan Selangorkini berkata, sejak dipilih mewakili kawasan Parlimen itu, beliau memperuntukkan kira-kira RM200,000 setiap tahun untuk rakyat melalui tabung komuniti di Gombak. Menurutn

Suara Keadilan
Feb 181 min read


AMK Petra Jaya perkukuh perpaduan menerusi program limau muhibbah
AMK Cabang Petra Jaya anjur Program Limau Muhibbah Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Petra Jaya terus memperkukuh semangat perpaduan menerusi penganjuran Program Limau Muhibbah sempena sambutan Tahun Baharu Cina. Program dilaksanakan di sekitar DUN N.6 Tupong dan DUN N.8 Satok itu menyaksikan pengagihan buah limau kepada penduduk pelbagai kaum di kawasan itu sebagai simbolik penghargaan dan persahabatan kepada masyarakat setempat. Ketua AMK Cabang Petra Jaya, Dayang Siti Ai

Suara Keadilan
Feb 181 min read


Projek pembangunan SSMP kukuh ekosistem pendidikan, latihan sukan
Fadhlina melawat projek pembinaan bangunan dan kemudahan tambahan Sekolah Sukan Malaysia Pahang Projek pembinaan bangunan dan kemudahan tambahan Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) bakal menyediakan persekitaran pembelajaran serta latihan sukan yang lebih kondusif untuk atlet, guru dan seluruh warga sekolah itu. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, projek itu penting bagi memastikan sekolah tersebut terus berada pada landasan cemerlang dalam melahirkan atlet berpresta

Suara Keadilan
Feb 181 min read


Selangor siap siaga hadapi fenomena air pasang besar
Kerajaan Selangor mengarahkan agensi dan jabatan di negeri itu bersiap siaga terhadap semua kemungkinan susulan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku sehingga 20 Februari ini Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata peringatan telah dikeluarkan kepada semua pihak berkaitan supaya meneliti keadaan semasa dan membuat persediaan awal. "Kerajaan Negeri juga telah menyiapkan inspeksi atau memeriksa ban supaya elak pecah, cuma ada beberapa kawasan yang be

Suara Keadilan
Feb 181 min read


PM pantau situasi banjir di Manjoi, komited pastikan kebajikan penduduk
Mangsa banjir di pusat pemindahan sementara dibekalkan bantuan makanan dan peralatan diri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keprihatinan terhadap situasi banjir yang melanda Gugusan Manjoi, Perak, yang menjejaskan beberapa keluarga. Menurut beliau, pihaknya sentiasa mengikuti perkembangan bencana bagi memudahkan bantuan awal disalurkan kepada mangsa. "Sejak semalam (Ahad) saya menerima laporan secara berterusan dan telah menyalurkan bantuan segera kepad

Suara Keadilan
Feb 181 min read


Realiti Politik Baharu, UMNO Perlu Menang Perang Persepsi
Oleh: Shahbudin Embun ANALISIS: Baru-baru ini, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan di dalam pidatonya bahawa satu anjakan luar biasa mesti dilakukan bagi memastikan UMNO tidak terus terperangkap dalam persepsi negatif rakyat. Menurut beliau, perubahan tersebut bukan lagi satu pilihan atau sekadar retorik politik, sebaliknya satu keperluan mendesak demi kelangsungan parti. Beliau mengibaratkan UMNO sebagai sebuah produk yang masih “laku”, namun dipalit de

Suara Keadilan
Feb 173 min read


'Semoga tahun baharu bawa rezeki dan kebahagiaan'
Sambutan tahun Baharu Cina 2026 diraikan meriah hari ini dalam suasana negara yang aman dan ekonomi semakin membaik. Bagi Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Fahmi Fadzil, beliau berharap Tahun Kuda kali ini akan menjanjikan lebih kemakmuran kepada negara dan rakyat. "Semoga tahun ini membawa rezeki dan kebahagiaan," katanya dalam muat naik di media sosial. Beliau turut menasihatkan agar aspek keselamatan terus diberi perhatian sepanjang musim perayaan dan orang ramai sentiasa b

Suara Keadilan
Feb 171 min read


KEADILAN Kuantan anjur tiga program sempena Tahun Baharu Cina
KEADILAN Kuantan anjur program menjelang Tahun Baharu Cina Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Kuantan meraikan Tahun Baharu Cina bersama komuniti Cina menerusi tiga program berasingan yang diadakan di DUN Teruntum, DUN Tanjung Lumpur dan DUN Inderapura dalam Parlimen Kuantan sejak kelmarin. Program pertama di DUN Teruntum berlangsung di Alor Akar, Kuantan dengan pengisian acara tarian singa serta edaran limau kepada komuniti setempat. Program tersebut diadakan serentak d

Suara Keadilan
Feb 172 min read


PM hadir rumah terbuka MCA, seru semangat kebersamaan, keterangkuman
PM Anwar disambut tarian singa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Malaysian Chinese Association (MCA) yang berlangsung di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Menurut beliau, sambutan meriah yang diraikan bersama rakyat pelbagai kaum itu mencerminkan semangat kebersamaan dan keterangkuman, yang menjadi asas kekuatan negara. PM Anwar bersama pemimpin

Suara Keadilan
Feb 171 min read


Sumbangan Asas Rahmah 2026: Orang Bujang Ceria Belanja Guna SARA
Oleh: Noraini Nordin Tinjauan Khas SARA 2026: Malam tadi sewaktu kebanyakan masyarakat Cina Malaysia sedang rancak meraikan 'makan besar' penulis mengambil peluang membuat tinjauan di beberapa pasaraya untuk membuat tinjauan penggunaan SARA yang telah dikreditkan dalam MyKad penerima bagi tahun ini. Kali ini penulis bertemu dua anak muda yang sedang membeli belah di sebuah pasaraya pinggir bandar di Seremban, Negeri Sembilan. Ini bukan kali pertama penulis menulis kisah pene

Suara Keadilan
Feb 172 min read
bottom of page
