'Semoga tahun baharu bawa rezeki dan kebahagiaan'
- Suara Keadilan
- 7 minutes ago
- 1 min read

Sambutan tahun Baharu Cina 2026 diraikan meriah hari ini dalam suasana negara yang aman dan ekonomi semakin membaik.
Bagi Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Fahmi Fadzil, beliau berharap Tahun Kuda kali ini akan menjanjikan lebih kemakmuran kepada negara dan rakyat.
"Semoga tahun ini membawa rezeki dan kebahagiaan," katanya dalam muat naik di media sosial.
Beliau turut menasihatkan agar aspek keselamatan terus diberi perhatian sepanjang musim perayaan dan orang ramai sentiasa berhati hati dalam memandu.
Fahmi juga menitipkan pesanan agar ibu bapa memantau aktiviti anak-anak mereka, khususnya dalam talian.
"Buat ibu bapa, sama-sama kita pastikan anak-anak selamat dengan sentiasa memerhatikan aktiviti mereka dalam talian," katanya lagi.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Adam Adli Abdul Halim berkata, sambutan Tahun Baharu Cina memberi peluang kepada rakyat saling merapatkan hubungan dengan semangat muhibah.
"Ini ruang dan peluang untuk kita terus mendekati masyarakat, mengeratkan hubungan dan membina kepercayaan bersama," katanya dalam muat naik di media sosial sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Parlimen Hang Tuah Jaya kelmarin.
Adam Adli dalam pada itu mengucapkan terima kasih kepada warga Hang Tuah Jaya dan rakan-rakan dari seluruh negeri Melaka yang hadir memeriahkan sambutan berkenaan di Bukit Beruang, Melaka.





