top of page

KEADILAN Kuantan anjur tiga program sempena Tahun Baharu Cina

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 27 minutes ago
  • 2 min read
KEADILAN Kuantan anjur program menjelang Tahun Baharu Cina
KEADILAN Kuantan anjur program menjelang Tahun Baharu Cina

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Kuantan meraikan Tahun Baharu Cina bersama komuniti Cina menerusi tiga program berasingan yang diadakan di DUN Teruntum, DUN Tanjung Lumpur dan DUN Inderapura dalam Parlimen Kuantan sejak kelmarin.


Program pertama di DUN Teruntum berlangsung di Alor Akar, Kuantan dengan pengisian acara tarian singa serta edaran limau kepada komuniti setempat. Program tersebut diadakan serentak dengan Jualan Rahmah MADANI Bergerak DUN Teruntum sempena sambutan perayaan berkenaan.


Bagi DUN Inderapura pula, sambutan diadakan di Taman Seri Inderapura melibatkan edaran limau dari rumah ke rumah serta ke kawasan kedai sekitar taman berkenaan. Sementara itu, program di DUN Tanjung Lumpur menyaksikan edaran kotak limau dari rumah ke rumah dan dari kedai ke kedai di sekitar Kampung Seri Teruntum dan Jalan Wong Ah Jang.


Ketua Cabang Keadilan Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi berkata, penganjuran program tersebut mencerminkan komitmen parti untuk terus mendekati rakyat tanpa mengira kaum dan latar belakang.


"Program ini adalah usaha berterusan untuk meraikan kepelbagaian budaya serta mengeratkan hubungan antara kepimpinan dan masyarakat setempat, khususnya komuniti Cina di Kuantan," katanya dalam satu kenyataan.

Fakhrul Anuar (kanan) mengagih limau mandarin
Fakhrul Anuar (kanan) mengagih limau mandarin

Beliau memaklumkan program berkenaan turut disertai barisan kepimpinan Cabang Kuantan termasuk Naib Ketua Cabang, Jeff Lee Chee Mun; Ketua Wanita Cabang, Sridayu Samsuri; Bendahari Cabang, Ken Koh Yee Yen; serta Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kuantan, Ezekiel Yap Wein Fook.


Selain itu, penglibatan turut membabitkan Ketua-Ketua Ranting iaitu Ketua Ranting Seri Kuantan Madani, Ketua Ranting Alor Akar Madani, Ketua Ranting Galing Madani, Ketua Ranting Seri Teruntum dan Ketua Ranting Taman Seri Inderapura.


Menurut Fakhrul Anuar, sambutan tersebut bukan sekadar simbolik perayaan, malah menjadi ruang untuk memperkukuh perpaduan serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Parlimen Kuantan.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page