18 tahun terpisah: Kasih Kerajaan MADANI kembalikan Norida ke pangkuan keluarga
- Suara Keadilan

- 4 hours ago
- 2 min read

Oleh: Noraini Nordin
ULASAN BERITA: Kasih sayang Kerajaan MADANI dalam memastikan kesejahteraan warga Malaysia bukan sahaja melimpah untuk rakyat yang menetap di tanah air tetapi juga merentasi sempadan negara.
Jika ada laporan anak watan Malaysia hidup sengsara di negara asing Kerajaan MADANI pasti tidak berdiam diri.
Melalui wakil kerajaan Malaysia pelbagai ikhtiar dilakukan oleh Kerajaan MADANI yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melindungi serta membela nasib mereka.
Pantas tangani kes, lindungi rakyat Malaysia
Tindakan pantas kerajaan dalam menangani kes-kes rakyat Malaysia yang sedang menderita terlantar di bumi asing dilaksanakan dengan cara berhemah serta mengikut peraturan serta undang-undang negara terbabit.

Terkini, kisah seorang wanita bernama Norida Akmal Ayop yang berjaya kembali ke pangkuan keluarga adalah satu lagi bukti kasih Kerajaan MADANI terhadap warganegara merentasi lautan antarabangsa.
Menyusuri kisah Norida Akmal amat meruntun hati, tambahan pula jendela Ramadan bakal terbuka.
Selama 18 tahun terpisah dengan keluarga, Norida Akmal, yang ketika itu mengikuti suaminya warganegara Indonesia bersama anak perempuan mereka ke Lombok, Indonesia dan menetap di sana, kini dibawa pulang ke tanah air.
Perpisahan di perantauan
Rumah tangga Norida runtuh dan tugu cinta yang dibina roboh serta tidak mampu lagi bertahan. Impian membina mahligai bahagia berkecai, akhirnya Norida hidup sendirian, susah dan daif.
Beliau mencari rezeki sebagai tukang sapu demi meneruskan hidup bersama anak anak setelah berpisah dengan suaminya yang berkahwin lain. Hampir dua dekad beliau terpisah dengan keluarga tercinta di Malaysia. Ramadan dan Syawal silih berganti langsung tidak peluang untuk bertemu atau dipertemukan.

Namun hasil kerjasama Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Jabatan Imigresen Malaysia dan pihak berkuasa Indonesia, terutama pihak Imigresen, Norlida Akmal yang mempunyai dua orang anak iaitu Nur Fateen Akmadiana, lahir di Malaysia, dan merupakan warganegara Malaysia Muhamad Sabani Daniel, warganegara Indonesia kerana lahir di Indonesia akhirnya telah berjaya dibawa balik ke Malaysia.
Hidup serba kekurangan
Hasrat Norlida mahu kembali ke Malaysia diketahui apabila keluarganya di Kampung Bukit Sapi, Lenggong datang menemui Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah memaklumkan keadaan Norida Akmal.
Dr Shamsul Anuar yang juga Ahli Parlimen Lenggong dimaklumkan Norida berada dalam keadaan serba kekurangan, anak-anaknya tidak dapat meneruskan persekolahan dan terbiar.
Ekoran itu, misi membawa pulang anak watan Malaysia yang terlantar di Lombok itu dilaksanakan dengan kerjasama Wisma Putra melalui Kedutaaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia dan Jabatan Imigresen Malaysia.
Mereka selamat pulang ke tanah air pada 14 Februari lalu dan disambut oleh Dr Shamsul Anuar selaku wakil Kerajaan MADANI di KLIA 2 kira-kira pukul 11.35 malam. Turut bersama adalah pegawai-pegawai daripada Kementerian Dalam Negeri serta yang terlibat membantu melaksakan misi murni ini.
Kini jalan untuk meneruskan kehidupan kedua yang lebih baik terbentang luas bagi Norida Akmal. Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini pasti lebih bermakna.









Comments