top of page

Selangor siap siaga hadapi fenomena air pasang besar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 39 minutes ago
  • 1 min read

Kerajaan Selangor mengarahkan agensi dan jabatan di negeri itu bersiap siaga terhadap semua kemungkinan susulan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku sehingga 20 Februari ini


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata peringatan telah dikeluarkan kepada semua pihak berkaitan supaya meneliti keadaan semasa dan membuat persediaan awal.


"Kerajaan Negeri juga telah menyiapkan inspeksi atau memeriksa ban supaya elak pecah, cuma ada beberapa kawasan yang belum siap sepenuhnya.


"Selain itu, langkah susulan dan peringatan akan dibuat. Namun kita berharap fenomena air pasang besar tidak beri dampak terhadap kadar hujan yang memungkinkan peristiwa banjir seperti sebelum ini," katanya dipetik.


Beliau berkata demikian ketika berkunjung ke kediaman rasmi EXCO Kerajaan Tempatan Datuk Ng Suee Lim sempena sambutan Tahun Baharu Cina semalam.


Fenomena air pasang besar berpotensi menyebabkan limpahan air laut ke kawasan daratan sekaligus meningkatkan risiko banjir di kawasan rendah.


Berdasarkan Jadual Pasang Surut Malaysia 2026, paras air laut di Stesen Pelabuhan Klang dijangka mencecah antara 4.8 hingga 5.23 meter sepanjang tempoh berkenaan, dengan bacaan tertinggi diramal pada 19 Februari.


Susulan itu Pusat Hidrografi Nasional (PHN) mengeluarkan amaran kepada penduduk yang tinggal di pesisir pantai supaya sentiasa berwaspada, memantau perubahan paras air laut serta mengikuti maklumat rasmi dikeluarkan pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page