top of page

PM pantau situasi banjir di Manjoi, komited pastikan kebajikan penduduk

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 42 minutes ago
  • 1 min read
Mangsa banjir di pusat pemindahan sementara dibekalkan bantuan makanan dan peralatan diri
Mangsa banjir di pusat pemindahan sementara dibekalkan bantuan makanan dan peralatan diri

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keprihatinan terhadap situasi banjir yang melanda Gugusan Manjoi, Perak, yang menjejaskan beberapa keluarga.


Menurut beliau, pihaknya sentiasa mengikuti perkembangan bencana bagi memudahkan bantuan awal disalurkan kepada mangsa.


"Sejak semalam (Ahad) saya menerima laporan secara berterusan dan telah menyalurkan bantuan segera kepada keluarga yang terjejas akibat musibah ini," katanya menerusi hantaran di laman media sosial rasmi, pada Isnin.


Terdahulu, hujan lebat yang turun berterusan menyebabkan beberapa kawasan di Manjoi dilanda banjir kilat.


Kejadian banjir yang melanda Kampung Manjoi dan Kampung Tengku Hussein disifatkan berlaku begitu pantas menyebabkan kebanyakan penduduk tidak sempat menyelamatkan harta benda masing-masing.


Sementara itu Perdana Menteri menerusi hantaran sama mendoakan agar bencana itu segera reda bagi membolehkan penduduk kembali menjalani kehidupan seharian seperti biasa.


"Insya-Allah, saya akan terus memantau dan bersiapsiaga, selain terus berdoa agar musibah ini mereda dan warga Manjoi dapat segera kembali ke rutin harian secepat mungkin," katanya menerusi hantaran di laman media sosial rasmi, pada Isnin.


Sementara itu, Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tambun memaklumkan pihaknya telah hadir menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dilapor dibuka di Masjid Ghufran Manjoi.


Selain itu, pihaknya juga turut menyampaikan sumbangan RM10,000 daripada Perdana Menteri kepada Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Nurul Iman bagi membantu pihak rumah jagaan tersebut memperbaiki dan menyelenggara kerosakan yang diakibatkan bencana tersebut.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page