top of page

Berita


Bersatu hadapi pengakhiran politik menjelang PRU 16?
Perikatan Nasional (PN) berdepan ketidaktentuan masa depan apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) disifatkan sebagai 'cangkerang kosong' yang tidak lagi berfungsi sebagai jentera politik berkesan, kata Datuk Lokman Noor Adam (gambar) . Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berkata, cawangan-cawangan Bersatu di seluruh negara dikatakan lesu atau langsung tidak aktif. Hal itu, katanya, sedang diperhatikan oleh Pas, sekutu Bersatu dalam PN. Ujar Lokman, kemerosotan itu

Akmal Manaf
Mar 252 min read


Rumah terbuka Aidilfitri erat silaturrahim, perkukuh peranan Wanita
Pimpinan KEADILAN Pahang bersama YBM Fadhlina di rumah terbuka Ketua Wanita KEADILAN Kemeriahan Aidilfitri dirasai apabila rumah terbuka anjuran Ketua Wanita KEADILAN Pusat merangkap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menjadi medan mengeratkan silaturrahim dalam kalangan pemimpin dan masyarakat. Ketua Wanita KEADILAN Pahang, Sridayu Samsuri berkata, peluang menghadiri rumah terbuka pada hari pertama Aidilfitri baru baru ini memberi ruang untuk beliau bersama keluarga merapat

Suara Keadilan
Mar 251 min read


Kerajaan Selangor buka permohonan bantuan yuran UNISEL, UIS
Permohonan Bantuan Asas Yuran Universiti (BAYU) bagi sesi kemasukan April di Universiti Selangor (UNISEL) kini dibuka. Inisiatif berbentuk tajaan yuran asas itu bertujuan meringankan beban ibu bapa dalam kategori berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40), selain membantu anak Selangor melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. UNISEL menerusi satu hantaran di Facebook berkata, BAYU merupakan usaha Kerajaan Negeri yang menawarkan pelepasan yuran asas kepada anak jat

Azuan Ab Rahman
Mar 251 min read


Penuntut dituduh pijak al-Quran dibuang universiti
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bertindak tegas dan tidak berkompromi terhadap sebarang tindakan berkaitan 3R. Naib Canselor UMPSA, Prof Dr Yatimah Alias memaklumkan, seorang pelajar (gambar) yang dituduh di mahkamah kerana memijak al-Quran dan menghina Nabi Muhammad SAW pada 3 Mac lalu telah dikenakan hukuman buang daripada universiti. "Jawatankuasa Tatatertib Pelajar UMPSA sudah bersidang pada 9 Mac lalu. "Berdasarkan tindakan tatatertib, penuntut it

Azuan Ab Rahman
Mar 251 min read


Stok bekalan petrol, diesel, LPG seluruh negara mencukupi - Armizan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali (gambar) menafikan dakwaan Sabah berdepan kekurangan bekalan petrol, diesel dan LPG. Menerusi satu perkongsian di media sosial, beliau memaklumkan bekalan dalam negara ketika ini berada dalam keadaan stabil dan mencukupi, malah lebih baik berbanding beberapa negara lain di rantau ini yang berdepan gangguan bekalan. Justeru beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembelian panik k

Azuan Ab Rahman
Mar 251 min read


FAM perlu reformasi, tingkat semula bola sepak negara - Dr Taufiq
Kejatuhan ranking skuad Harimau Malaya sebanyak 14 anak tangga dalam kedudukan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) perlu dijadikan pengajaran. Menteri Belia dan Sukan (KBS) Dr Mohammed Taufiq Johari (gambar) berkata, susulan itu langkah sewajarnya perlu diambil oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk memperkasa kembali bola sepak negara. "Saya turut merasai kekecewaan rakyat Malaysia, khususnya peminat bola sepak tempatan yang mengikuti perkembangan kontroversi m

Suara Keadilan
Mar 251 min read


KPKT arah semakan semula SOP gerai jual bunga api
Keselamatan perlu diutamakan dalam perniagaan jualan bunga api Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengarahkan semakan semula prosedur operasi piawai (SOP) gerai jualan bunga api sementara di seluruh negara. Menterinya, Nga Kor Ming berkata, arahan membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) itu bertujuan memastikan setiap peniaga mematuhi aspek keselamatan dan beroperasi secara bertanggungjawab bagi memastika

Azuan Ab Rahman
Mar 251 min read


Filipina isytihar darurat tenaga, ratusan stesen minyak ditutup
Krisis bekalan minyak global semakin meruncing susulan konflik berterusan di Asia Barat dengan terbaru Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr. mengisytiharkan darurat tenaga negara sebagai langkah berjaga-jaga terhadap gangguan bekalan dan lonjakan harga minyak dunia. Memetik laporan media antarabangsa, Marcos berkata konflik tersebut telah mencetuskan ketidaktentuan dalam pasaran tenaga global, mengganggu rantaian bekalan serta meningkatkan tekanan kenaikan harga minyak menta

Suara Keadilan
Mar 242 min read


Stesen minyak kehabisan bekalan, panik bahan api melanda Thailand
Kenderaan berbaris panjang untuk mengisi minyak. Gambar ihsan Bangkok Post PETIKAN BANGKOK POST: Barisan panjang di stesen minyak di seluruh Thailand serta papan tanda “kehabisan bahan api” bagi diesel, tulang belakang sektor pengangkutan, telah menimbulkan kebimbangan awam sepanjang minggu lalu mengenai keupayaan negara menguruskan rizab tenaga. Keadaan ini turut menonjolkan kelemahan dalam komunikasi krisis, yang dilihat menyumbang kepada panik yang tidak perlu. Ketika ker

Suara Keadilan
Mar 244 min read


Cadangan SPRM gubal tiga perundangan baharu ke arah keadilan menyeluruh - Raja Bahrin
Cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menggubal sekurang-kurangnya tiga perundangan baharu bagi menutup kelompongan dalam isu pendanaan awam termasuk kutipan derma oleh NGO, dilihat membuka lembaran baharu ke arah keadilan yang lebih menyeluruh. Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, sudah tiba masanya akta-akta baharu SPRM itu menjadi lebih menyeluruh dan adil kepada semua pihak demi keadilan dan tidak lagi timbul si

Akmal Manaf
Mar 242 min read


Aidilfitri yang membahagiakan: Netizen puji PMX
Keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) dalam menyalurkan pelbagai bentuk bantuan sempena Aidilfitri mendapat pujian warga maya, dengan ramai menyifatkan langkah berkenaan sebagai tanda kerajaan menjaga kebajikan rakyat. Tinjauan di media sosial mendapati pendekatan Kerajaan MADANI itu menerima pelbagai reaksi, termasuk sokongan terhadap inisiatif kebajikan yang dilihat membantu golongan memerlukan. Seorang pengguna media sosial atau netizen yang tidak men

Akmal Manaf
Mar 241 min read


Duit raya: Benarkah pengerusi sebuah GLC T'ganu terima RM10,000?
Penularan di internet satu dokumen berkaitan bayaran ex-gratia atau duit raya kepada ahli lembaga pengarah sebuah syarikat berkaitan Kerajaan Negeri Terengganu (GLC) mencetuskan tanda tanya apabila ianya didakwa menunjukkan jurang ketara antara bantuan kepada penjawat awam negeri dan imbuhan kepada kepimpinan syarikat GLC. Setiausaha Pertubuhan Pendidikan Intelek Warga Terengganu, Ahmad Nadhir Yob berkata, dokumen tersebut mendakwa wujud kelulusan bayaran ex-gratia sehingga R

Akmal Manaf
Mar 241 min read


Rumah Dr Fuziah ‘diserbu’ ahli KEADILAN Kuantan, erat silaturahim Aidilfitri
Dr Fuziah menerima tetamu dari kalangan berbilang kaum di Aidilfitri Kediaman Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh di Pantai Sepat menjadi tumpuan apabila ‘diserbu’ anggota parti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Program yang berlangsung di Pantai Sepat itu menghimpunkan warga ranting KEADILAN Cabang Kuantan, termasuk mereka yang tidak pulang ke kampung, khususnya dalam kalangan anggota bukan Melayu. Menurut Fuziah, beliau mengambil kesempatan menyambut Aidi

Redzuan Shamsudin
Mar 242 min read


Pemuda Pas Perak namakan calon MB: Pas bakal ambil alih PN Perak?
Kenyataan Pemuda Pas Perak yang menamakan beberapa individu dari parti itu sebagai calon Menteri Besar (MB) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-16 menimbulkan persoalan besar terhadap dinamika dalaman Perikatan Nasional (PN) di negeri berkenaan. Naib Ketua Pemuda AMANAH Perak, Shafiq Ariffin berpendapat, langkah tersebut dilihat sebagai satu isyarat jelas bahawa Pas negeri semakin hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Bersatu di peringkat negeri, khususnya selepas Dat

Akmal Manaf
Mar 242 min read


Rakyat Selangor dipelawa sertai kelas bahasa percuma 2026
Kerajaan Negeri Selangor membuka pendaftaran Kelas Asas Bahasa 2026 di bawah program Language Discovery@Selangor Library bagi sesi pengambilan keempat kepada orang ramai. Menurut Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), kelas ditawarkan adalah percuma kepada warga Selangor hasil subsidi Kerajaan Negeri. "Antara bahasa yang ditawarkan adalah Bahasa Inggeris, Arab, Jerman, Perancis dan Mandarin. Keutamaan diberikan kepada mereka yang telah berjaya mendaftar akaun Language

Azuan Ab Rahman
Mar 241 min read


Peka, amal langkah pencegahan ketika musim panas - Dr Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menasihati orang ramai supaya lebih peka dan mengamalkan langkah pencegahan susulan fenomena cuaca panas ketika ini. Katanya, orang ramai perlu mengawasi tanda-tanda awal strok haba seperti pening berpanjangan, rasa dahaga yang luar biasa, dan suhu badan yang semakin meningkat. "Sekiranya ada tanda-tanda ini, amalkan langkah-langkah pencegahan segera dengan mencari tempat yang teduh, banyakkan minum air kosong, dan sejukkan bad

Azuan Ab Rahman
Mar 241 min read


Pindah hospital demi kuil: Pegawai Menteri buat laporan polis
Laporan polis di IPD Seberang Perai ke atas fitnah Hospital Bukit Mertajam dipindahkan kerana kuil Pegawai Khas Ahli Parlimen Bukit Mertajam, memfailkan satu laporan polis terhadap seorang pengguna Facebook yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah membabitkan Hospital Bukit Mertajam. Rosly Yusof menerusi satu hantaran di Facebooknya berkata, dakwaan individu bernama Hamly Hadi yang mendakwa kononnya hospital itu akan dipindahkan bagi memberi laluan kepada kuil adalah tidak

Azuan Ab Rahman
Mar 241 min read


Cabaran ekonomi tidak jejas kualiti penganjuran Sukan SEA 2027
Persiapan Malaysia sebagai tuan rumah Sukan SEA 2027 tidak terjejas oleh cabaran ekonomi semasa dan suasana geopolitik tidak menentu. Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari (gambar) berkata walaupun kerajaan mengamalkan langkah berjimat cermat susulan situasi konflik di Asia Barat, namun standard serta kualiti penganjuran tetap terjamin bagi memastikan prestij temasya sukan dwitahunan itu terus terpelihara. "Kita tidak akan membelanjakan jumlah yang besar untuk

Suara Keadilan
Mar 241 min read


Krisis Asia Barat: Bekalan ubat-ubatan negara stabil - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, bekalan ubat-ubatan negara masih berada dalam situasi stabil dan terkawal susulan konflik yang berlaku di Asia Barat ketika ini. Menerusi satu kenyataan kementerian itu berkata, berdasarkan penilaian semasa, kesan konflik yang berlaku ketika ini untuk jangka masa pendek adalah minimum dengan paras stok ubat fasiliti KKM disimpan antara satu hingga tiga bulan berdasarkan kepada keperluan penggunaan. Kenyataan itu juga memaklumkan, beka

Azuan Ab Rahman
Mar 241 min read


Bayangan Perang Iran-Israel Mula 'Mengganggu' Malaysia
Oleh: Lai Chen Heng ULASAN: Konflik antara Iran dan Israel kini memasuki fasa yang sangat kritikal. Hari ini, 23 Mac 2026, genap 24 hari sejak serangan bermula, dan bayangan perang bukan lagi sekadar berita antarabangsa yang jauh. Sebagai anak jati Kuala Lumpur yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), saya melihat kesan ini mula merayap masuk ke setiap pelosok kota, dari gerai di Setapak Jaya hingga ke meja makan keluarga di Danau

Suara Keadilan
Mar 232 min read
bottom of page
