top of page

Pindah hospital demi kuil: Pegawai Menteri buat laporan polis

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • Mar 24
  • 1 min read
Laporan polis di IPD Seberang Perai ke atas fitnah Hospital Bukit Mertajam dipindahkan kerana kuil
Laporan polis di IPD Seberang Perai ke atas fitnah Hospital Bukit Mertajam dipindahkan kerana kuil

Pegawai Khas Ahli Parlimen Bukit Mertajam, memfailkan satu laporan polis terhadap seorang pengguna Facebook yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah membabitkan Hospital Bukit Mertajam.


Rosly Yusof menerusi satu hantaran di Facebooknya berkata, dakwaan individu bernama Hamly Hadi yang mendakwa kononnya hospital itu akan dipindahkan bagi memberi laluan kepada kuil adalah tidak benar, berunsur fitnah dan berniat jahat.


Menurutnya, kenyataan tersebut dianggap cuba menjejaskan usaha mendapatkan bangunan tambahan baharu bagi menampung kesesakan pesakit di hospital berkenaan, yang turut menerima pesakit dari luar daerah termasuk Kulim, Kedah.


"Sudah sekian lama warga Bukit Mertajam terutamanya kakitangan hospital menanti bangunan tambahan yang baharu supaya dapat menampung jumlah pesakit yang terlalu padat di hospital ini.


"Jangan kerana berbeza fahaman politik sanggup menghampakan usaha untuk masyarakat di Bukit Mertajam.


"Kenyataan mengatakan Hospital Bukit Mertajam hendak dipindahkan kerana tidak mahu menganggu kuil adalah satu kenyataan yang berniat jahat, fitnah dan cubaan untuk menrencatkan usaha pihak hospital Bukit Mertajam untuk mendapatkan bangunan tambahan yang baru," tegasnya.


Terdahulu, tular hantaran fitnah di Facebook kononnya hospital itu akan dipindahkan agar tidak mengganggu kuil, dengan menggunakan nama dan gambar lawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong ke hospital itu pada 14 Sept 2025 lalu.

Sementara itu, Rosly dalam hantarannya turut menegaskan, usaha untuk mendapatkan bangunan tambahan baharu telah diusahakan dengan bersungguh-sungguh oleh pihak hospital dan Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH).


Usaha itu telah membuahkan hasil apabila kerajaan negeri bersetuju untuk memberi lapan ekar tanah bersebelahan hospital yang sedia ada dan kini dalam proses kelulusan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page