top of page

KPKT arah semakan semula SOP gerai jual bunga api

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • Mar 25
  • 1 min read
Keselamatan perlu diutamakan dalam perniagaan jualan bunga api
Keselamatan perlu diutamakan dalam perniagaan jualan bunga api

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengarahkan semakan semula prosedur operasi piawai (SOP) gerai jualan bunga api sementara di seluruh negara.


Menterinya, Nga Kor Ming berkata, arahan membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) itu bertujuan memastikan setiap peniaga mematuhi aspek keselamatan dan beroperasi secara bertanggungjawab bagi memastikan keselamatan ketika musim perayaan.


"Garis panduan tersebut akan memberikan fokus kepada penetapan jarak keselamatan yang bersesuaian antara gerai, serta penilaian semula lokasi gerai supaya tidak terlalu hampir dengan struktur kekal dan kawasan kediaman," ujarnya dalam satu kenyataan.


Tambahnya, kementerian juga turut meneliti keperluan supaya setiap gerai berlesen dilengkapi dengan alat pemadam api yang berfungsi.


Langkah itu jelasnya bagi membolehkan tindakan kecemasan diambil dengan segera sekiranya berlaku kebakaran.


"Keselamatan dan kemeriahan harus bergerak seiring. Dengan memperhalusi garis panduan ini, kami komited untuk memperkukuh tahap keselamatan awam supaya setiap rakyat Malaysia dapat menikmati suasana musim perayaan yang meriah secara selamat," ujarnya lagi.


Pada Ahad, sebuah gerai menjual pelbagai jenis mercun di Taman Pekaka, Nibong Tebal musnah dalam kebakaran.


Manakala, dua khemah jualan mercun di pasar malam Wakaf Che Yeh, Kota Bahru terbakar dalam kejadian pada pagi Selasa.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page