Aidilfitri yang membahagiakan: Netizen puji PMX
- Akmal Manaf

- 5 hours ago
- 1 min read

Keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) dalam menyalurkan pelbagai bentuk bantuan sempena Aidilfitri mendapat pujian warga maya, dengan ramai menyifatkan langkah berkenaan sebagai tanda kerajaan menjaga kebajikan rakyat.
Tinjauan di media sosial mendapati pendekatan Kerajaan MADANI itu menerima pelbagai reaksi, termasuk sokongan terhadap inisiatif kebajikan yang dilihat membantu golongan memerlukan.
Seorang pengguna media sosial atau netizen yang tidak mendedahkan identitinya memuji pentadbiran Kerajaan MADANI apabila mendapati tiada masalah bekalan barangan mentah sebelum dan semasa tempoh perayaan Aidilfitri.

"Semua cukup, semua terkawal. Alhamdulillah," katanya.
Amer Azmi pula menyatakan, di sebalik kritikan yang dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar, beliau tetap mendoakan kesejahteraan Presiden KEADILAN itu.
"Kalau pun awak tidak suka beliau (Anwar), kita perlu akui beliau telah melakukan yang terbaik untuk negara," tulis seorang lagi pengguna, izzviolet.
Ada juga warga maya yang menyelitkan komen mengenai skim Perubatan MADANI yang dilihat memberi manfaat kepada masyarakat.
"Saya pun baru guna skim Perubatan MADANI, RM250 setahun. Terima kasih PMX," ujar niena_kariena.




Comments