top of page

Kerajaan Selangor buka permohonan bantuan yuran UNISEL, UIS

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 3 hours ago
  • 1 min read
Bantuan yuran diperkenalkan kerajaan Selangor dengan peruntukan RM3 juta
Bantuan yuran diperkenalkan kerajaan Selangor dengan peruntukan RM3 juta

Permohonan Bantuan Asas Yuran Universiti (BAYU) bagi sesi kemasukan April di Universiti Selangor (UNISEL) kini dibuka.


Inisiatif berbentuk tajaan yuran asas itu bertujuan meringankan beban ibu bapa dalam kategori berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40), selain membantu anak Selangor melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.


UNISEL menerusi satu hantaran di Facebook berkata, BAYU merupakan usaha Kerajaan Negeri yang menawarkan pelepasan yuran asas kepada anak jati dan pemastautin Selangor yang bakal menyambung pengajian di universiti itu.


"Melalui program ini, pelajar khususnya daripada kategori B40 dan M40 akan menerima manfaat bernilai RM500 bagi pembiayaan yuran asas.


"Permohonan boleh dibuat melalui pautan http://apply.unisel.edu.my," menurutnya.


Antara syarat kelayakan bagi permohonan insentif tersebut ialah pelajar UNISEL yang mengikuti program Tahun Asas, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda, sama ada lahir di Selangor atau telah bermastautin lebih 10 tahun di negeri itu.


Selain itu, pemohon dan ibu bapa mestilah warganegara Malaysia, serta pemohon atau salah seorang ibu bapa lahir di Selangor.


Pada 14 November lalu, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM17.38 juta bagi pelaksanaan Subsidi Yuran Pendidikan.


Inisiatif melibatkan tanggungan 50 peratus yuran bagi sesi kemasukan September 2026 itu bakal memanfaatkan kepada 400 anak Selangor yang melanjutkan pengajian di UNISEL dan Universiti Islam Selangor (UIS),


Dalam perkembangan sama, UIS turut memaklumkan permohonan kemasukan ke universiti itu kini dibuka bagi program Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.


Pendaftaran pelajar baharu dijadualkan pada 20 dan 21 Jun, manakala permohonan boleh dibuat melalui laman web rasmi wadah.uis.edu.my.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page