top of page

FAM perlu reformasi, tingkat semula bola sepak negara - Dr Taufiq

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 25
  • 1 min read

Kejatuhan ranking skuad Harimau Malaya sebanyak 14 anak tangga dalam kedudukan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) perlu dijadikan pengajaran.


Menteri Belia dan Sukan (KBS) Dr Mohammed Taufiq Johari (gambar) berkata, susulan itu langkah sewajarnya perlu diambil oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk memperkasa kembali bola sepak negara.


"Saya turut merasai kekecewaan rakyat Malaysia, khususnya peminat bola sepak tempatan yang mengikuti perkembangan kontroversi melibatkan skuad kebangsaan sejak beberapa bulan lalu.


"Semua pihak perlu mengambil iktibar daripada situasi berkenaan serta melaksanakan langkah sewajarnya bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa hadapan," katanya dipetik.


Kedudukan ranking bola sepak Malaysia turun daripada tangga ke-121 ke kedudukan ke-135 susulan keputusan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang membatalkan dua kemenangan skuad kebangsaan dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2027 ke atas Vietnam dan Nepal berkaitan skandal pemain warisan.


Sementara itu Dr Mohammed Taufiq menjelaskan, KBS tidak akan campur tangan dalam pentadbiran FAM, sebaliknya terus memainkan peranan melalui Majlis Sukan Negara (MSN) dan memperkukuh Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) sebagai rakan strategik melahirkan bakat berkualiti.


"Pembangunan bola sepak, terutama di peringkat akar umbi juga, perlu diteruskan dan saya menggesa semua rakyat Malaysia supaya terus memberikan sokongan kepada sukan ini," tambahnya.


Beliau sementara itu juga memaklumkan, KBS juga akan mengadakan sesi libat urus berkala dengan FAM bagi meneliti strategi mengelakkan kejatuhan ranking susulan perubahan sistem FIFA.


Dalam masa saya turut berharap semua pihak memberi ruang kepada FAM dengan bantuan AFC untuk melaksanakan reformasi dalaman termasuk mengadakan kongres bagi memilih kepimpinan baharu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page