Rakyat Selangor dipelawa sertai kelas bahasa percuma 2026
- Azuan Ab Rahman

- 11 hours ago
- 1 min read

Kerajaan Negeri Selangor membuka pendaftaran Kelas Asas Bahasa 2026 di bawah program Language Discovery@Selangor Library bagi sesi pengambilan keempat kepada orang ramai.
Menurut Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), kelas ditawarkan adalah percuma kepada warga Selangor hasil subsidi Kerajaan Negeri.
"Antara bahasa yang ditawarkan adalah Bahasa Inggeris, Arab, Jerman, Perancis dan Mandarin. Keutamaan diberikan kepada mereka yang telah berjaya mendaftar akaun Language Discovery sebelum ini," katanya Facebook.
Kerajaan Negeri Selangor menawarkan kelas bahasa asing secara dalam talian dan percuma bermula tahun ini sebagai langkah memperkukuh kemahiran pelbagai bahasa dan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari pada minggu lalu mengumumkan insentif khas berjumlah RM500,000 bagi melaksana program terbabit.
Pendekatan tersebut jelasnya membuktikan keyakinan Kerajaan Negeri bahawa bahasa adalah kekuatan yang membolehkan Malaysia bersaing di peringkat global, bukan punca perpecahan.
Susulan itu, rakyat Selangor yang berminat boleh mengemukakan pendaftaran melalui pautan www.ppas.gov.my/language_discovery. Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif tersebut, orang ramai boleh menghubungi talian 016-206 4264 atau 011-5879 1664.




Comments