top of page

Rumah terbuka Aidilfitri erat silaturrahim, perkukuh peranan Wanita

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read
Pimpinan KEADILAN Pahang bersama YBM Fadhlina di rumah terbuka Ketua Wanita KEADILAN
Pimpinan KEADILAN Pahang bersama YBM Fadhlina di rumah terbuka Ketua Wanita KEADILAN

Kemeriahan Aidilfitri dirasai apabila rumah terbuka anjuran Ketua Wanita KEADILAN Pusat merangkap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menjadi medan mengeratkan silaturrahim dalam kalangan pemimpin dan masyarakat.


Ketua Wanita KEADILAN Pahang, Sridayu Samsuri berkata, peluang menghadiri rumah terbuka pada hari pertama Aidilfitri baru baru ini memberi ruang untuk beliau bersama keluarga merapatkan hubungan dengan pimpinan parti serta masyarakat setempat.


"Kesempatan ini bukan sahaja mengeratkan silaturrahim, malah memberi peluang untuk saya bertemu dan bermesra dengan pimpinan Wanita KEADILAN yang lain," katanya.


Menurut beliau, kehadiran ke majlis tersebut juga bersifat lebih bermakna apabila dapat disertai bersama suami dan anak-anak, berikutan beliau pulang berhari raya di Nilai, Negeri Sembilan.


Sementara itu, Fadhlina Sidek berkata, penganjuran rumah terbuka pada hari pertama Aidilfitri merupakan amalan tahunan beliau sekeluarga sebagai usaha mendekatkan diri dengan warga Kementerian Pendidikan, komuniti setempat serta anggota parti.


Dalam pada itu, beliau turut menyatakan harapan agar semua Ketua Wanita Negeri dapat memperkasa aktivisme parti, khususnya dalam memartabatkan peranan wanita dalam masyarakat.


Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan, Mohd Azam Ahmad, Ketua Cabang KEADILAN Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi serta barisan pimpinan Wanita KEADILAN Pusat dan Negeri.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page