top of page

Berita


Perkasa Institusi Pondok melalui pendekatan strategik - Dr Zulkifli
Dr Zulkifli (kiri) bertemu ustaz sekolah pondok pada Muzakarah UMRAN 2025, Ijtima’ MADANI Guru Pondok Kerajaan MADANI terus memperkukuh institusi pondok melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik bagi memartabatkan pendidikan Islam tradisional di negara ini. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr Zulkifli Hasan, antara usaha yang telah dilaksanakan termasuk Muzakarah UMRAN 2025, Ijtima’ MADANI Ulama dan Guru Pondok serta sesi libat urus

Redzuan Shamsudin
Apr 161 min read


Kerajaan pergiat usaha bawa baki kru kapal terkandas di Dubai - PM
Usaha membawa pulang baki kru Kapal Berkat Tuah yang terkandas di Pelabuhan Hamriyah, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan terus dipergiat, kata Perdana Menteri. Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi satu perkongsian di laman Facebooknya semalam berkata, usaha tersebut bakal dilaksana menerusi kerjasama antara Kementerian Luar (Wisma Putra), Kedutaan Malaysia di UAE dan agensi berkaitan. "Kebajikan dan keselamatan rakyat Malaysia, walau di mana jua mereka berada, kekal menjadi

Azuan Ab Rahman
Apr 161 min read


Tambah subsidi diesel: Usaha Kerajaan Madani selari tuntutan Islam
Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan MADANI, atas keputusan menaikkan bantuan subsidi BUDI Diesel daripada RM300 kepada RM400 sebulan. Yang Dipertua YADIM, Datuk Dr Hasan Bahrom (gambar) berkata, langkah kerajaan menaikkan kadar bantuan BUDI Diesel serta meningkatkan kadar Insentif Pembajakan Kepada Pesawah (IPKP) akan meringankan beban kos operasi sekaligus menjamin rantaian bekalan makanan negara terutama dalam suasana keti

Azuan Ab Rahman
Apr 161 min read


Amirudin mohon hantar delegasi bawa isu Palestin ke Brussels
DS Amirudin mengetuai misi bantuan kemanusiaan Malaysia ke Gaza serta delegasi Global Sumud Flotilla 2.0 Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sedang berusaha mendapatkan kebenaran dari pihak kerajaan untuk menghantar delegasi Malaysia ke Brussels, Belgium. Menurutnya, penyertaan delegasi Malaysia di persidangan Ahli Parlimen Eropah pada 22 April ini penting untuk memastikan suara rakyat Malaysia mengenai isu kemanusiaan terutama di wilayah Palestin terus didengar

Suara Keadilan
Apr 161 min read


Konflik Asia Barat: Kerajaan Negeri Sembilan amalkan langkah berjimat
Kerajaan Negeri Sembilan bakal melaksanakan langkah penjimatan perbelanjaan pentadbiran bagi mendepani impak krisis global ekoran konflik di Asia Barat. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun (gambar) berkata, keputusan itu dicapai hasil perbincangan bersama ketua-ketua jabatan pada Isnin lalu mengenai perkembangan semasa di rantau tersebut serta kesannya terhadap kehidupan rakyat negeri itu. "Melalui taklimat yang disampaikan pakar serta Unit Perancangan Ekonomi Negeri

Suara Keadilan
Apr 161 min read


Jual diesel ke Filipina: Penjelasan kerajaan telus, tiada selindung - Abun
Penjelasan oleh Kerajaan MADANI berhubung isu kononnya Malaysia mengeksport diesel ke Filipina, membuktikan pentadbiran di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa komited menyampaikan maklumat tepat, telus dan berasaskan fakta. Ketua Cabang KEADILAN Hulu Rajang, Senator Abun Sui Anyit (gambar) berkata, rakyat tidak seharusnya mudah terpengaruh dengan naratif dimainkan pihak pembangkang yang gemar memutar belit fakta demi kepentingan politik sempit. Beliau be

Akmal Manaf
Apr 152 min read


PETRONAS jamin bekalan cukup hingga Jun, elak pembelian panik
Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) mengesahkan bekalan bahan api di seluruh rangkaian stesennya kekal mencukupi sehingga akhir Jun ini sekali gus melanjutkan jaminan awal yang sebelum ini diunjurkan hanya sehingga penghujung Mei. Syarikat minyak nasional itu memaklumkan, anak syarikatnya Petronas Dagangan Berhad kini membekalkan kira-kira 50 peratus daripada keseluruhan keperluan bahan api negara manakala selebihnya disumbang oleh syarikat minyak lain yang turut beroperasi

Helmi Mohd Foad
Apr 151 min read


Tiket ETS diskaun 30%, berjimat hadapi krisis Asia Barat - Loke
Kementerian Pengangkutan (MOT) bersama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memperkenalkan diskaun 30 peratus untuk pembelian tiket tren elektrik (ETS) merangkumi semua sektor, termasuk perkhidmatan Ekspres Rakyat Timuran (ERT). Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook (gambar) berkata, inisiatif itu bertujuan menggalakkan rakyat beralih kepada pengangkutan awam sekali gus mengekang peningkatan kos sara hidup susulan kenaikan harga bahan api akibat krisis Asia Barat. Beli

Akmal Manaf
Apr 152 min read


Menawan Semula Hati Generasi Undi18: Pecahkan Perangkap Pekerja Gig
Oleh: Lai Chen Heng ULASAN: Statistik sering kali bersifat 'dingin' dan tidak bernyawa. Apabila Putrajaya mengumumkan kadar pengangguran nasional jatuh ke paras 2.9 peratus pada April 2026 — paras terendah dalam tempoh sedekad — ia kedengaran seperti satu kemenangan mutlak bagi naratif ekonomi negara. Namun, bagi anak muda di bawah payung Undi18, angka itu tidak lebih daripada sekadar angka di atas kertas yang tidak mengenyangkan perut. Di warung-warung dan di garis masa med

Suara Keadilan
Apr 153 min read


Persempadanan semula Sarawak: PPDM sedia bantu proses bantahan
Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (PPDM) menjangkakan draf peta persempadanan semula kawasan pilihanraya di Sarawak akan dipamerkan dalam masa terdekat, sekali gus membuka ruang kepada proses bantahan awam. Menurut kenyataan PPDM, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dijangka mempamerkan draf berkenaan di semua Majlis Daerah di Sarawak, dengan jumlah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berpotensi meningkat kepada 99. "Proses bantahan persempadanan semula Sarawak (sempada

Redzuan Shamsudin
Apr 151 min read


Karya seni terkait 1MDB bernilai hampir RM800,000 berjaya dibawa pulang SPRM
Karya seni bernilai tinggi ditempatkan di lokasi khas sebelum penilaian lanjut dilakukan oleh Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya membawa pulang empat karya seni bernilai tinggi yang dikaitkan dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai sebahagian daripada usaha berterusan pemulihan aset negara. Menurut kenyataan SPRM, kesemua karya seni tersebut kini ditempatkan dengan selamat di ibu pejabat a

Redzuan Shamsudin
Apr 152 min read


Kementerian Pertanian teliti keperluan tubuh Jawatankuasa Teknikal Benih
Kerajaan MADANI menerusi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang meneliti keperluan penubuhan Jawatankuasa Teknikal Benih. Kementerian itu menerusi satu kenyataan pada Selasa berkata, penubuhan badan pengawal selia bagi memastikan standard benih negara memenuhi keperluan pasaran tempatan dan eksport sekaligus usaha menangani kebergantungan tinggi terhadap benih import. "Inisiatif Hab Benih Negara bertujuan memperkukuh agenda membangunkan bekalan benih dan

Azuan Ab Rahman
Apr 151 min read


Selangor perkenal mekanisme baharu tangani ketirisan sektor awam
Kerajaan Selangor bakal memperkenal Indeks Kualiti Penyampaian Perkhidmatan sebagai mekanisme baharu bagi meningkatkan kecekapan, memperkukuh tadbir urus serta menangani ketirisan sumber dalam sektor awam di negeri itu. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata inisiatif itu merupakan sebahagian daripada kerangka Reformasi Sistem Penyampaian dan Tadbir Urus Selangor (RSTU) yang dirangka bagi memperkemas pelaksanaan dasar negeri serta meningkatkan k

Suara Keadilan
Apr 151 min read


Perkukuh kedaulatan teknologi Malaysia - Lih Kang
Malaysia perlu mengukuhkan aspek kedaulatan teknologi bagi memastikan negara tidak hanya bergantung kepada pihak luar ketika berdepan dengan cabaran situasi global. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Chang Lih Kang (gambar) berkata, ketegangan global secara umum akan memberi kesan dalam rantaian bekalan, persaingan teknologi juga mengganggu akses kepada teknologi kritikal. "Kalau teknologi itu tidak dibangunkan oleh negara kita dan dimiliki pihak lain mereka mungki

Suara Keadilan
Apr 151 min read


PM mahu sepak takraw jadi sukan menyatukan rakyat
DS Anwar dalam majlis perasmian Kompleks Akademi Sepak Takraw Malaysia di Kuala Lumpur Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM2 juta sebagai inisiatif untuk memperkasa sukan sepak takraw di negara ini. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan MADANI bukan sahaja menumpukan kepada pembangunan persatuan, sebaliknya mahu memastikan pemain mendapat perhatian sewajarnya termasuk dari aspek latihan, kemudahan dan sokongan berterusan. "Yang penting bukan persatuan, tetapi pemain

Suara Keadilan
Apr 151 min read


'Black 14' kebangkitan reformasi, ubah landskap politik negara
Poster Black 14 menjadi ancaman kepada kerajaan pada 1999 Tanggal 14 April memperingati peristiwa 'Black 14', simbol luka yang mencetuskan kebangkitan rakyat menuntut keadilan susulan keputusan Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999, sekali gus menandakan titik mula gelombang reformasi yang mengubah landskap politik negara. Ketua Cabang KEADILAN Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menyifatkan, 14 April bukanlah

Akmal Manaf
Apr 142 min read


Akta Pembaharuan Semula Bandar: Tun M hanya ulangi ketakutan untuk kekal relevan?
Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menimbulkan kegusaran mengenai Akta Pembaharuan Semula Bandar, dengan mendakwa ianya akan mengusir orang Melayu di bandar besar dan hal itu sarat dengan naratif lama yang kini diulang semula. Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam (gambar) berkata selama tiga bulan berehat setelah menerima rawatan, bekas perdana menteri itu kembali dengan retorik yang sama. "Podcast pertamanya selepas cuti perubatan bukanlah tentan

Helmi Mohd Foad
Apr 142 min read


Sekatan AS di Selat Hormuz melampau, dunia perlu bangkit menentang
Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar, mengecam tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang menyekat laluan strategik Selat Hormuz bagi menghalang kapal memasuki pelabuhan Iran. Menurut beliau, tindakan tersebut bukan berkaitan keselamatan, sebaliknya didakwa berpunca akibat kegagalan rundingan antarabangsa antara AS dan Iran yang berlangsung di Pakistan kelmarin. "Tindakan Donald Trump menyekat Selat Hormuz adalah tindakan melampau, berbahaya

Redzuan Shamsudin
Apr 141 min read


Tangguh PRN: Krisis ekonomi global, tenaga perlu difahami rakyat
Cadangan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan agar menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka berasaskan ketidaktentuan ekonomi global dilihat mempunyai asas tersendiri. Ketua Penerangan KEADILAN Cabang Hang Tuah Jaya, Ts Yazid Borhan (gambar) bagaimanapun mempersoalkan sejauh manakah keseriusan pendekatan tersebut diterjemahkan dalam tindakan di peringkat negeri. "Ketika alasan ekonomi digunakan untuk menangguhkan pilihanraya, dal

Akmal Manaf
Apr 142 min read


Pembangkang PN tiada idea bantu negara keluar krisis tenaga, hanya beretorik
Pembangkang khususnya Perikatan Nasional (PN) dilihat gagal memainkan peranan semak dan imbang secara berkesan apabila terus mengulangi kritikan tanpa mengemukakan sebarang idea atau pelan alternatif yang jelas, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin (gambar) . Menurut beliau, kegagalan itu turut diakui secara terbuka oleh tokoh politik seperti Khairy Jamaluddin yang menyifatkan pembangkang sebagai “paling gagal” dalam sejarah kerana tidak berupaya menawarkan cadangan

Sidiqin Omar
Apr 142 min read
bottom of page
