top of page

Kementerian Pertanian teliti keperluan tubuh Jawatankuasa Teknikal Benih

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Kerajaan MADANI menerusi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang meneliti keperluan penubuhan Jawatankuasa Teknikal Benih.


Kementerian itu menerusi satu kenyataan pada Selasa berkata, penubuhan badan pengawal selia bagi memastikan standard benih negara memenuhi keperluan pasaran tempatan dan eksport sekaligus usaha menangani kebergantungan tinggi terhadap benih import.


"Inisiatif Hab Benih Negara bertujuan memperkukuh agenda membangunkan bekalan benih dan baka tempatan sebagai langkah strategik bagi menjamin kestabilan bekalan serta keselamatan makanan negara.


"Agenda persediaan negara bagi menjamin bekalan benih sentiasa tersedia ini dilihat positif dan bertepatan terutamanya susulan krisis tenaga global yang telah memberi tekanan dan implikasi besar kepada rantaian bekalan makanan terutamanya perikanan, tanaman dan ternakan," kata kenyataan itu.


Kementerian turut memaklumkan, Menteri KPKM Datuk Seri Mohamad Sabu telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Benih Negara (MBN) Bilangan 1 Tahun 2026 di MARDI Seberang Perai, Pulau Pinang.


Mesyuarat dihadiri wakil kementerian, agensi kerajaan serta pakar industri benih dan baka daripada sektor swasta itu turut membincangkan penetapan hala tuju pengukuhan industri ruminan di Malaysia yang merangkumi komoditi kambing dan lembu bagi mencapai hasil produktiviti tinggi melalui penghasilan baka berkualiti serta pelaksanaan kerjasama strategik antara kerajaan dan pihak swasta.


"YB menteri juga mengadakan lawatan ke Institut Pertanian Bumbong Lima (IPBL) sebagai tanda komitmen kerajaan memperkukuh pembangunan modal insan serta menarik minat golongan belia untuk menceburi sektor pertanian.


"Melalui program latihan yang ditawarkan, IPBL mampu melahirkan graduan berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang pertanian, sekali gus menyokong usaha meningkatkan kualiti benih dan baka tempatan," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page