top of page

Tiket ETS diskaun 30%, berjimat hadapi krisis Asia Barat - Loke

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 4 days ago
  • 2 min read

Kementerian Pengangkutan (MOT) bersama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memperkenalkan diskaun 30 peratus untuk pembelian tiket tren elektrik (ETS) merangkumi semua sektor, termasuk perkhidmatan Ekspres Rakyat Timuran (ERT).


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook (gambar) berkata, inisiatif itu bertujuan menggalakkan rakyat beralih kepada pengangkutan awam sekali gus mengekang peningkatan kos sara hidup susulan kenaikan harga bahan api akibat krisis Asia Barat.


Beliau berkata, inisiatif tersebut melibatkan semua sektor ETS serta laluan JB Sentral – Tumpat – JB Sentral bagi perkhidmatan ERT.


"Inisiatif ini ditawarkan bagi perjalanan pada setiap hari Isnin hingga Khamis sebagai sebahagian daripada usaha

berterusan Kerajaan MADANI melalui Kementerian Pengangkutan dan KTMB untuk memperkasakan penggunaan pengangkutan awam melalui perkhidmatan kereta api yang lebih selesa, selamat dan efisien kepada rakyat.


"Pemberian diskaun ini juga selaras dengan komitmen kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai rakyat memilih pengangkutan rel sebagai mod pengangkutan utama, sekaligus membantu mengurangkan kos perjalanan, meningkatkan mobiliti rakyat serta menyokong agenda pengangkutan awam negara yang lebih mampan dan inklusif," katanya dalam satu kenyataan.


Bagaimanapun menurut Anthony, diskaun tersebut tidak terpakai ketika musim cuti sekolah dan cuti umum bagi memastikan pengurusan kapasiti tren dapat dilaksanakan dengan lebih efisien ketika permintaan tinggi.


Bagi menikmati tawaran itu katanya, pelanggan perlu membuat pembelian tiket menggunakan kod promosi yang akan diumumkan oleh KTMB bermula 15 April 2026 hingga 30 April 2026, untuk tempoh perjalanan dari 15 April 2026

hingga 14 Oktober 2026.


"Untuk makluman, diskaun ini tidak terpakai bagi kategori Tiket Kelas Perniagaan bagi tren ETS; Kelas 1 dan Kelas Tempat Tidur bagi perkhidmatan Ekspres Rakyat Timuran (ERT) dan pemegang tiket konsesi.


"Selain itu, dua pas bulanan ERL diperkenalkan iaitu MyPutrajaya Monthly Travel Card dan MyKLIA Monthly Travel Card yang menawarkan perjalanan tanpa had dengan diskaun sehingga 90 peratus berbanding kadar biasa.


"Kerajaan turut meneruskan Pas My50 pada harga RM50, potongan 67 peratus daripada nilai sebenar RM150 untuk penggunaan tanpa had rel dan bas selama 30 hari di Lembah Klang," ujarnya lagi.


Dalam kenyataan sama, Anthony turut memaklumkan bahawa Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) melanjutkan tempoh kredit bayaran fi dan caj sehingga 60 hari serta memberi rebat tiket RM50 bagi laluan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan yang dijangka memanfaatkan 100,000 penumpang bermula 15 Mei hingga 14 Jun ini.

1 Comment


Cathy Harrington
Cathy Harrington
4 days ago

I found the post really interesting because it shows how the 30 percent ETS ticket discount can help people manage travel costs during difficult economic times, especially with rising expenses. Governments often introduce such support to make daily life easier and encourage public transport use.  It reminded me of when I had to plan travel on a budget. When I was studying similar ideas, I used MBA assignment help to understand financial decision making. It made me realise small savings can really reduce stress.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page