PM mahu sepak takraw jadi sukan menyatukan rakyat
- Suara Keadilan

- 2 hours ago
- 1 min read

Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM2 juta sebagai inisiatif untuk memperkasa sukan sepak takraw di negara ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan MADANI bukan sahaja menumpukan kepada pembangunan persatuan, sebaliknya mahu memastikan pemain mendapat perhatian sewajarnya termasuk dari aspek latihan, kemudahan dan sokongan berterusan.
"Yang penting bukan persatuan, tetapi pemain. Kita mahu melahirkan lebih ramai bakat baharu dan menyemarakkan minat rakyat terhadap sukan ini," katanya dipetik.
Beliau berkata begitu dalam ucapan perasmian Kompleks Akademi Sepak Takraw Malaysia di Kuala Lumpur pada Selasa yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari serta Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh.
Penubuhan akademi itu merupakan langkah strategik Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam melahirkan bakat baharu serta memperkukuh pembangunan sukan itu secara menyeluruh.
Selaras usaha memperkukuh pembangunan sukan tersebut di peringkat antarabangsa, KBS turut mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk penganjuran Piala Dunia sepak takraw Mei ini.
Sementara itu perdana menteri menegaskan hasrat supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sukan sepak takraw diperluas selaras usaha kerajaan memperkukuh perpaduan nasional.
"Sepak takraw bukan milik satu kaum sahaja, sebaliknya perlu dijadikan platform untuk menyatukan rakyat," tambahnya.




Comments