top of page

Perkasa Institusi Pondok melalui pendekatan strategik - Dr Zulkifli

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 2 hours ago
  • 1 min read
Dr Zulkifli (kiri) bertemu ustaz sekolah pondok pada Muzakarah UMRAN 2025, Ijtima’ MADANI Guru Pondok
Dr Zulkifli (kiri) bertemu ustaz sekolah pondok pada Muzakarah UMRAN 2025, Ijtima’ MADANI Guru Pondok

Kerajaan MADANI terus memperkukuh institusi pondok melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik bagi memartabatkan pendidikan Islam tradisional di negara ini.


Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr Zulkifli Hasan, antara usaha yang telah dilaksanakan termasuk Muzakarah UMRAN 2025, Ijtima’ MADANI Ulama dan Guru Pondok serta sesi libat urus bersama para guru pondok, yang berjaya menghasilkan beberapa resolusi penting.


Katanya, mesyuarat Jawatankuasa Induk Pondok MADANI yang diadakan di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Kompleks Islam Putrajaya tersebut, dilihat sebagai platform penting dalam menyelaras usaha tersebut secara lebih tersusun dan sistematik.


"Mesyuarat ini adalah strategik untuk menggerakkan usaha pemerkasaan pondok secara tersusun, sistematik dan berhikmah," kata Zulkifli.


Menurut kenyataan itu, usaha memperkasa institusi pondok bukan sekadar program biasa, sebaliknya merupakan agenda besar dalam memartabatkan pendidikan Islam berteraskan tradisi turath.


"Ini bukan sekadar program, tetapi satu agenda strategik dalam memperkasa pendidikan Islam tradisional," jelasnya.


Mesyuarat tersebut turut menerima pelbagai pandangan dan maklum balas positif daripada tokoh-tokoh pondok, antaranya Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki, Zulkarnain Harun, Ahmad Raqim An-Nuria Al-Madani dan Jamil Tajuddin al-Jarumi.


"Alhamdulillah, pandangan dan maklum balas yang diterima amat baik daripada semua pihak," katanya.


Kerajaan berharap segala usaha yang dirancang dapat direalisasikan dengan jayanya demi memperkukuh peranan institusi pondok dalam pembangunan masyarakat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page