top of page

Perkukuh kedaulatan teknologi Malaysia - Lih Kang

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Malaysia perlu mengukuhkan aspek kedaulatan teknologi bagi memastikan negara tidak hanya bergantung kepada pihak luar ketika berdepan dengan cabaran situasi global.


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Chang Lih Kang (gambar) berkata, ketegangan global secara umum akan memberi kesan dalam rantaian bekalan, persaingan teknologi juga mengganggu akses kepada teknologi kritikal.


"Kalau teknologi itu tidak dibangunkan oleh negara kita dan dimiliki pihak lain mereka mungkin akan mengutamakan rakyat mereka sendiri.


"Sebagai contoh dalam soal vaksin, jika kita tidak mempunyai kapasiti untuk membangunkannya apabila berlaku pandemik kita mungkin tidak akan diberi keutamaan.


"Keadaan itu boleh menyebabkan negara berdepan masalah bekalan dan pelbagai kekangan lain," katanya dipetik selepas merasmikan Majlis Peluncuran Minggu Sains Negara (MSN) 2026 di Universiti Nottingham Malaysia di Semenyih pada Selasa.


Lih Kang sementara itu memaklumkan, MSN merupakan inisiatif utama kementerian selaras dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 untuk membudayakan sains dan menjadikannya pemacu ekonomi negara.


Kementeriannya menyasarkan seramai 1.15 juta peserta akan menyertai acara yang bakal diadakan di lima zon utama iaitu utara, selatan, timur, Sabah dan Sarawak itu.


"Acara ini bakal menampilkan pelbagai pengisian termasuk karnival sains dan program jangkauan komuniti. penganjurnya penting bagi menyokong usaha melahirkan tenaga kerja mahir yang mampu memanfaatkan teknologi baharu seperti AI," jelas Ahli Parlimen Tanjung Malim itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page