top of page

PETRONAS jamin bekalan cukup hingga Jun, elak pembelian panik

  • Writer: Helmi Mohd Foad
    Helmi Mohd Foad
  • 6 days ago
  • 1 min read

Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) mengesahkan bekalan bahan api di seluruh rangkaian stesennya kekal mencukupi sehingga akhir Jun ini sekali gus melanjutkan jaminan awal yang sebelum ini diunjurkan hanya sehingga penghujung Mei.


Syarikat minyak nasional itu memaklumkan, anak syarikatnya Petronas Dagangan Berhad kini membekalkan kira-kira 50 peratus daripada keseluruhan keperluan bahan api negara manakala selebihnya disumbang oleh syarikat minyak lain yang turut beroperasi di Malaysia.


"Petronas mengesahkan bekalan bahan api merentasi rangkaian stesennya di seluruh negara dijamin sehingga akhir Jun, satu pelanjutan daripada unjuran awal iaitu pada akhir Mei," kata kenyataan itu.


Menurut kenyataan itu, PETRONAS menegaskan pihaknya akan terus mengurus rantaian bekalan secara aktif bagi memastikan ketersediaan stok mencukupi di semua stesen meskipun berdepan tekanan krisis tenaga global susulan konflik di Timur Tengah.


Sehubungan itu, katanya orang ramai diseru supaya tidak melakukan pembelian panik atau menyimpan bahan api secara berlebihan.


"Orang ramai diseru membeli bahan api secara bertanggungjawab mengikut keperluan harian mereka dan mengelakkan menyimpan secara berlebihan atau pembelian panik.


"Penggunaan bertanggungjawab akan membantu memastikan akses berterusan untuk semua," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page