top of page

Tambah subsidi diesel: Usaha Kerajaan Madani selari tuntutan Islam

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 2 days ago
  • 1 min read

Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan MADANI, atas keputusan menaikkan bantuan subsidi BUDI Diesel daripada RM300 kepada RM400 sebulan.


Yang Dipertua YADIM, Datuk Dr Hasan Bahrom (gambar) berkata, langkah kerajaan menaikkan kadar bantuan BUDI Diesel serta meningkatkan kadar Insentif Pembajakan Kepada Pesawah (IPKP) akan meringankan beban kos operasi sekaligus menjamin rantaian bekalan makanan negara terutama dalam suasana ketidaktentuan ekonomi global.


"Keputusan ini turut mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan bantuan disalurkan secara lebih bersasar kepada golongan yang benar-benar memerlukan," katanya menerusi satu kenyataan.


Kerajaan MADANI pada bersetuju menaikkan bantuan tunai BUDI Agri-Komoditi dan BUDI Diesel Individu daripada RM300 kepada RM400 sebulan bagi bulan ini.


BUDI Diesel Individu dijangka memanfaatkan sekitar 150,000 pemilik kenderaan diesel individu di Semenanjung dengan dana tambahan sekitar RM15 juta sebulan, manakala BUDI Agri-Komoditi dijangka memanfaatkan lebih 200,000 petani dan pekebun kecil dengan dana tambahan sekitar RM20 juta sebulan.


Selain meningkatkan pemberian subsidi tersebut, kerajaan turut menaikkan kadar Insentif Pembajakan Kepada Pesawah (IPKP), bagi musim penanaman 2026 yang dinaikkan kepada RM300 sehektar semusim berbanding RM160 pada 2025.


Dr Hasan sementara itu berkata, YADIM melihat pendekatan dilaksana kerajaan telah menzahirkan nilai-nilai utama Malaysia MADANI khususnya prinsip Kesejahteraan, Ihsan serta Kemampanan dalam memastikan kesejahteraan rakyat serta sektor pertanian terus berdaya tahan untuk jangka masa panjang.


"Daripada perspektif dakwah, usaha ini selari dengan tuntutan Islam dalam mengurus sumber secara amanah serta mengagihkan kekayaan negara demi menjaga maslahat ummah," tambahnya.


Menerusi kenyataan sama,beliau turut menyeru seluruh lapisan masyarakat untuk menghargai keprihatinan kerajaan ini serta terus memperkukuh semangat kebersamaan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page