top of page

Berita


Akmal bertemu pengurusan Arm Holdings, semak kerjasama industri semikonduktor
Akmal (kanan) bersalam dengan pengurusan Arm Holdings bagi rantau Asia, nilai kerjasama semikonduktor Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir memaklumkan beliau telah mengadakan pertemuan dengan pengurusan syarikat teknologi global Arm Holdings di rantau ini bagi membincangkan perkembangan kerjasama dalam industri semikonduktor. Menurut beliau, pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana terbuka dengan kedua-dua pihak menilai kemajuan kerjasama sedia ada serta potensi ke

Suara Keadilan
Mar 121 min read


Majlis berbuka puasa KEADILAN Padang Terap himpun 2,000 tetamu
KC Tahar Hussin (baju biru) serta Datuk Zuraidi (baju oren) di majlis Berbuka Puasa KEADILAN Padang Terap Majlis Berbuka Puasa anjuran KEADILAN Cabang Padang Terap pada baru baru ini berjaya menghimpunkan kira-kira 2,000 tetamu yang terdiri daripada anggota parti, pimpinan tempatan serta masyarakat setempat. Program yang berlangsung dalam suasana penuh muhibah itu membawa tema “Anggota Disantuni: Bersama Satukan Hati” dengan matlamat mengeratkan hubungan silaturrahim dalam ka

Suara Keadilan
Mar 121 min read


Langkah berhemah PM hadapi konflik Asia Barat demi kesejahteraan rakyat
Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim petang semalam berhubung langkah berhemat menghadapi konflik di Asia Barat tidak wajar dipandang ringan kerana hal itu mencerminkan kepimpinan tegas serta komitmen kerajaan untuk meletakkan kepentingan negara sebagai keutamaan. Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Jalex Lee (gambar) berkata, dalam suasana global yang semakin tidak menentu, langkah-langkah yang diumumkan oleh Perdana Menteri membawa

Redzuan Shamsudin
Mar 121 min read


Isu 3R: Hal sensitif, tidak wajar dimainkan gugat keharmonian
Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Pravin Murali menyeru semua pihak di negara ini agar terus memperkukuh semangat perpaduan dan berganding bahu menolak sebarang cubaan yang boleh menimbulkan kebencian serta memecahbelahkan keharmonian masyarakat. Katanya, beliau yakin bahawa rakyat Malaysia secara keseluruhannya adalah masyarakat yang matang dan bijak dalam menilai sesuatu perkara. "Saya ingin menegaskan bahawa isu melibatkan 3R iaitu agama, kaum dan institusi di

Akmal Manaf
Mar 122 min read


410 Ketua Isi Rumah Selangor terima bantuan tunai RM500 sempena Aidilfitri
Saifuddin (angkat tangan) dalam Program Sejahtera MADANI Kebajikan: Ikatan Kasih Ramadan 1447H Seramai 410 Ketua Isi Rumah (KIR) miskin di Selangor yang berdaftar dalam sistem e-Kasih menerima sumbangan tunai sebanyak RM500 bersempena Aidilfitri. Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad berkata bantuan julung kali itu dilaksana bagi membantu golongan berpendapatan rendah di negeri itu membuat persiapan hari raya dengan lebih baik. "Kemakmuran

Suara Keadilan
Mar 121 min read


Kesiapsiagaan kerajaan, 170 rakyat Malaysia dievakuasi dari konflik
Evakuasi pelajar dan rakyat Malaysia di Timur Tengah berjalan lancar diruskan Wisma Putra. Foto ihsan Bernama Operasi evakuasi membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di beberapa negara Asia Barat melalui penerbangan khas Malaysia Airlines berjaya dilaksanakan. Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam kenyataan berkata, penerbangan khas membawa kumpulan pertama yang berlepas ke Jeddah pada 10 Mac 2026 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada R

Suara Keadilan
Mar 121 min read


Tuntutan MA63 perlu seiring tanggungjawab bangun negara - Mustapha
Tuntutan terhadap pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu berjalan seiring dengan tanggungjawab untuk membangunkan negara yang maju dan harmoni. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud (gambar) berkata, walaupun pelaksanaan hak di bawah MA63 penting untuk dituntut, ia tidak boleh dipisahkan daripada tanggungjawab semua pihak untuk bersama-sama membangunkan negara secara menyeluruh. "Jadi, dalam kita memperjuangkan hak,

Suara Keadilan
Mar 121 min read


Tindakan tegas perlu tangani provokasi isu 3R - Fahmi
Pihak berkuasa termasuk Peguam Negara perlu segera mengambil tindakan tegas membabitkan isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja). Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu susulan beberapa isu berkaitan 3R seperti dilaporkan oleh media arus perdana dan media sosial dibangkitkan. "Tindakan tegas perlu diambil sekarang oleh pihak berwajib termasuk Peguam Negara… pada masa sama, sekiranya wujud sebarang kelom

Suara Keadilan
Mar 121 min read


Bekalan minyak di Malaysia terjamin, harga RON95 subsidi kekal - PM
Kerajaan memberikan jaminan bekalan minyak di Malaysia dalam keadaan terkawal ketika harga bahan bakar itu melonjak di tengah konflik di Asia Barat susulan serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas yang kemudian merebak ke rantau Teluk sejak hujung bulan lalu. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu kerajaan mengambil keputusan sukar dengan mengekalkan harga RON95 di bawah program subsidi Budi walaupun harga pasaran jauh lebih tinggi. "Alhamdulillah, kera

Helmi Mohd Foad
Mar 111 min read


Peserta alami kerugian, SPRM digesa siasat projek Sejati Madani di T'ganu
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat dakwaan peruntukan program Sejahtera Komuniti Madani (Sejati Madani) disalahgunakan oleh individu berkedudukan dalam politik di sebuah negeri Pantai Timur, demikian kata seorang pemimpin kanan AMANAH. Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional, Raja Kamarul Bahrin Shah (gambar) mendakwa beliau menerima beberapa aduan berkaitan projek tersebut di Terengganu yang telah diseleweng melalui perbuatan pecah amanah pihak terbabi

Helmi Mohd Foad
Mar 112 min read


RM159,000 sumbangan Ihya Ramadan untuk 60 masjid, surau
David bersama DS Dr Wan Azizah memegang mock up peruntukan untuk masjid dan surau di Kajang Sebanyak RM159,000 sumbangan Ihya Ramadan disalurkan kepada hampir 60 buah masjid dan surau di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, antaranya Masjid Saujana Impian, Masjid Jamek Kajang, Masjid Sungai Sekamat, Masjid Bandar Teknologi dan Masjid Taman Rakan. Selain itu, menurut satu kenyataan, sumbangan bakul makanan dan duit raya juga diagihkan kepada 100 orang asnaf dari

Akmal Manaf
Mar 112 min read


NAFAS akan agih keuntungan sebelum Aidilfitri kepada peladang
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu (gambar) mengumumkan mengeluarkan Perintah Khas bagi membolehkan agihan keuntungan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bagi Tahun Kewangan Beraudit 2024 dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri. Mohamad berkata, keputusan yang dibuat dengan kuasa yang diberikan di bawah Akta Pertubuhan Peladang 1973, bertujuan membolehkan peladang menikmati hasil usaha mereka lebih awal dan membuat persiapan raya bersama kelua

Akmal Manaf
Mar 111 min read


Tiada Rumah Terbuka Aidilfitri Tahun ini, tumpu kesan perang Asia Barat
DS Anwar mengumumkan langkah bakal dilakukan dalam situasi perang Asia Barat mengancam ekonomi dunia Kabinet memutuskan semua agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) tidak akan menganjurkan perayaan rumah terbuka Aidilfitri pada tahun sebagai langkah berjimat cermat dan sederhana susulan impak ekonomi akibat konflik di Asia Barat. Perdana Menteri berkata langkah itu diambil sikap bertanggungjawab bagi mengelak terjeb

Suara Keadilan
Mar 112 min read


Isu kuil di Selangor sudah puluhan tahun, sengaja dipanaskan kembali
Isu rumah ibadat tidak mendapat kebenaran di Selangor yang kembali hangat diperdebatkan didakwa sengaja dipanaskan bagi menimbulkan kegoyahan persepsi terhadap Kerajaan MADANI, ketika pentadbiran di bawah Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sedang mencatat prestasi amat memberangsangkan khususnya dalam aspek ekonomi dan pentadbiran. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Muhammad Iman Haziq (gambar) berkata, polemik berhubung kuil tidak sah itu sebena

Akmal Manaf
Mar 112 min read


HIKAM kecam tindakan bakar kenderaan aktivis, tolak keganasan
Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) mengecam sekeras-kerasnya tindakan membakar tiga buah kenderaan milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra yang dilaporkan berlaku pada pagi ini. Dalam satu kenyataan, HIKAM menyifatkan perbuatan tersebut sebagai satu bentuk keganasan dan vandalisme yang tidak boleh diterima dalam masyarakat yang menjunjung nilai keamanan serta kedaulatan undang-undang. “Perbuatan sedemikian merupakan satu bentuk keganasan dan vandalisme yang

Redzuan Shamsudin
Mar 112 min read


Ribuan Rakyat Rai Tahun Baharu Cina, Berbuka Puasa di Ampang
Kumpulan kesenian OKU menampilkan bakat nyayian pada majlis Tahun Baharu Cina di Ampang Oleh: Lai Chen Heng ULASAN: Semangat Kerajaan Perpaduan terus diterjemahkan dalam bentuk ukhuwah masyarakat melalui Program Sambutan Tahun Baru Cina Parlimen Ampang yang berlangsung meriah di perkarangan SJKC Kampung Baru Ampang, baru baru ini. Pemilihan lokasi majlis ini amat signifikan memandangkan SJKC Kampung Baru Ampang merupakan antara sekolah tertua dan paling bersejarah di kawa

Suara Keadilan
Mar 112 min read


Jangan bertindak melampaui batas dalam isu agama - Rajen Munusamy
Masyarakat di negara ini diseru agar terus bertenang dan tidak bertindak di luar batas undang-undang terutamanya membabitkan isu agama. Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Selangor, Rajen Munusamy berkata, isu sensitif perlu ditangani melalui saluran perundangan dan institusi yang sah, demi memastikan keadilan ditegakkan tanpa menjejaskan keamanan awam. Katanya, kebebasan bersuara di negara ini tidak boleh disalahgunakan sehingga menimbulkan kebencian, provok

Akmal Manaf
Mar 112 min read


PRISMAnita jadi cahaya harapan wanita dalam krisis
Pelancaran platform PRISMAnita oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut baik Wanita KEADILAN Pusat sebagai satu langkah penting dalam memperkukuh sistem sokongan kepada wanita yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan di Malaysia. Menurut Naib Ketuanya, Loh Ker Chean (gambar) , inisiatif tersebut berpotensi menjadi platform bersepadu yang memudahkan wanita mendapatkan maklumat, sokongan dan bantuan dengan lebih pantas terutama dalam situasi yang memerlukan inter

Redzuan Shamsudin
Mar 112 min read


Kerajaan bantu PMKS hadapi gangguan logistik konflik Asia Barat
Kerajaan memberi jaminan akan membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menyelesaikan masalah yang wujud sekiranya berlaku gangguan terhadap logistik dan penghantaran barangan susulan konflik Asia Barat. Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Sim Tze Tzin (gambar) berkata, pada masa ini, kerajaan masih menjalankan analisis dan memantau secara lebih serius berhubung situasi di Asia Barat. "Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah menjelaska

Suara Keadilan
Mar 111 min read


Dewan Negara lulus RUU Perbekalan Tambahan (2025) 2026
Dewan Negara pasa Selasa meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2025) 2026 bagi perbelanjaan tambahan mengurus berjumlah RM8.4 bilion daripada Kumpulan Wang Disatukan. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (gambar) membentangkan RUU itu sebelum diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan 17 Ahli Senator. Menurut Amir Hamzah, daripada RM8.4 bilion perbelanjaan tambahan mengurus, RM7.9 bilion dibentangkan untuk kelulusan di bawah RU

Suara Keadilan
Mar 111 min read
bottom of page
