top of page

NAFAS akan agih keuntungan sebelum Aidilfitri kepada peladang

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 9 minutes ago
  • 1 min read

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu (gambar) mengumumkan mengeluarkan Perintah Khas bagi membolehkan agihan keuntungan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bagi Tahun Kewangan Beraudit 2024 dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri.


Mohamad berkata, keputusan yang dibuat dengan kuasa yang diberikan di bawah Akta Pertubuhan Peladang 1973, bertujuan membolehkan peladang menikmati hasil usaha mereka lebih awal dan membuat persiapan raya bersama keluarga dengan lebih tenang.


"Lebih menggembirakan, NAFAS telah mencatat keuntungan sebanyak RM221 juta, yang merupakan keuntungan tertinggi sejak penubuhannya pada tahun 1972.


"Daripada jumlah tersebut, dianggarkan RM25.8 juta akan diagihkan kepada lebih 400,000 anggota peladang melalui 212 Pertubuhan Peladang di seluruh negara.


"Mudah-mudahan agihan ini dapat membawa kegembiraan kepada para peladang dan keluarga mereka menjelang Aidilfitri. Terima kasih kepada semua peladang di seluruh negara atas usaha dan pengorbanan kalian," katanya dalam satu kenyataan.


Mohamad menyifatkan, para peladang adalah tulang belakang kepada keterjaminan makanan negara dan kerja keras mereka di lapangan setiap hari adalah untuk memastikan bekalan makanan rakyat sentiasa dalam keadaan mencukupi.


Oleh itu, Mohamad yang juga Presiden AMANAH berkata, apabila terdapat keuntungan, ia wajar dikongsi bersama para peladang yang bertungkus-lumus mengusahakan tanah serta menyumbang kepada hasil negara.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page