top of page

Tiada Rumah Terbuka Aidilfitri Tahun ini, tumpu kesan perang Asia Barat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 11
  • 2 min read
DS Anwar mengumumkan langkah bakal dilakukan dalam situasi perang Asia Barat mengancam ekonomi dunia
DS Anwar mengumumkan langkah bakal dilakukan dalam situasi perang Asia Barat mengancam ekonomi dunia

Kabinet memutuskan semua agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) tidak akan menganjurkan perayaan rumah terbuka Aidilfitri pada tahun sebagai langkah berjimat cermat dan sederhana susulan impak ekonomi akibat konflik di Asia Barat.


Perdana Menteri berkata langkah itu diambil sikap bertanggungjawab bagi mengelak terjebak dalam situasi yang lebih parah.


"...saya telah memutuskan bersama di Jemaah Menteri tadi supaya semua agensi kerajaan dan GLC serta GLIC tidak akan menganjurkan perayaan rumah terbuka Aidilfitri.


"Ada yang bertanya kalau keadaan terkawal dan barang barang keperluan seperti minyak dan gas itu masih boleh disediakan dan mencukupi, apa keperluan kita waspada dan berjimat?


"Saya kata, ini langkah waras bagi kita supaya jangan kita nanti terjebak dengan keadaan yang lebih parah. Jadi sebaiknya kita ambil sikap yang lebih sederhana, lebih bertanggungjawab," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata menteri Kabinet dan seluruh anggota pentadbiran dan jabatan-jabatan dihadkan ke lawatan ataupun kunjungan ke luar negara melainkan dalam jadual yang wajib dihadiri.


Jelas beliau memandangkan perkembangan di Asia Barat berlaku dalam masa yang pantas, ia menuntut kerajaan mengkaji secara dekat berkaitan impaknya kepada ekonomi negara.


"Maka kita telah putuskan, Mesyuarat Jemaah Menteri Khas akan diadakan pada Jumaat ini Insya-Allah. Ini akan memberi ruang Jemaah Menteri meneliti kedudukan fiskal negara, memantau perkembangan semasa secara lebih nyata dan dekat dan menentukan hala tuju dan langkah seterusnya yang harus kita tangani.


"Kita telah lalui ujian kemelut sebelum ini, dan saya yakin insya-Allah, dengan sikap lebih bertanggungjawab, dengan kerjasama semua pihak, pimpinan kerajaan, penjawat awam, sektor swasta dan rakyat jelata, kita dapat menangani permasalahan ini dengan baik," ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page