top of page

Ribuan Rakyat Rai Tahun Baharu Cina, Berbuka Puasa di Ampang

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 2 min read
Kumpulan kesenian OKU menampilkan bakat nyayian pada majlis Tahun Baharu Cina di Ampang
Kumpulan kesenian OKU menampilkan bakat nyayian pada majlis Tahun Baharu Cina di Ampang

Oleh: Lai Chen Heng


ULASAN: Semangat Kerajaan Perpaduan terus diterjemahkan dalam bentuk ukhuwah masyarakat melalui Program Sambutan Tahun Baru Cina Parlimen Ampang yang berlangsung meriah di perkarangan SJKC Kampung Baru Ampang, baru baru ini.


​Pemilihan lokasi majlis ini amat signifikan memandangkan SJKC Kampung Baru Ampang merupakan antara sekolah tertua dan paling bersejarah di kawasan ini, melambangkan akar tunjang komuniti Ampang yang telah lama bertapak dalam suasana harmoni.


Kerjasama sulung dua DUN berjiran


​Program anjuran bersama KEADILAN dan DAP Ampang ini mencatatkan sejarah tersendiri apabila ia merupakan kali pertama kedua-dua parti tersebut bergabung tenaga sebagai penganjur utama. Inisiatif ini dipimpin oleh dua tokoh muda dinamik, YB Altimet (ADUN Lembah Jaya) dan YB Yew Jia Haur (ADUN Teratai).

Dari kiri: Lai Chen Heng, YB Altimet dan DS Tengku Zafrul pada majlis jamuan mega di Ampang
Dari kiri: Lai Chen Heng, YB Altimet dan DS Tengku Zafrul pada majlis jamuan mega di Ampang

​Memandangkan kedua-dua kawasan DUN ini terletak bersebelahan, kedua-dua Yang Berhormat (YB) tersebut dalam ucapan masing-masing senada dalam menyantuni masyarakat Cina serta menegaskan komitmen untuk terus bekerjasama erat demi memastikan kebajikan warga Ampang sentiasa diutamakan tanpa mengira sempadan kawasan.


Ucapan padat Tengku Zafrul, semangat Madani


​Majlis mencatatkan kehadiran luar biasa dengan anggaran lebih 2,000 penduduk yang setia menunggu bersama para jemputan untuk berbuka puasa secara berjemaah.


Tetamu jemputan khas, Tengku Zafrul, dalam ucapan beliau yang ringkas namun padat, menekankan peri pentingnya mengekalkan keharmonian dan perpaduan berteraskan nilai Malaysia Madani. Beliau menyifatkan kesatuan yang dipamerkan warga Ampang malam ini sebagai cermin masa depan negara yang stabil dan inklusif.


Komitmen pendidikan, pengisian inklusif


​Sebagai tanda sokongan terhadap institusi pendidikan, majlis turut menyaksikan penyampaian sumbangan 'mock check' bernilai RM10,000 kepada pihak sekolah. Bagi melancarkan urusan jamuan, penganjur menyediakan hidangan secara layanan diri (buffet) melalui sistem kupon bagi memastikan keselesaan massa yang hadir.

Ribuan masyarakat pelbagai kaum di Ampang hadir dalam jamuan tahun baharu dan berbuka puasa
Ribuan masyarakat pelbagai kaum di Ampang hadir dalam jamuan tahun baharu dan berbuka puasa

​Suasana hiba dan bangga menyelubungi majlis apabila golongan Orang Kurang Upaya (OKU) diberi ruang mempamerkan bakat di atas pentas, selain persembahan tarian singa dan nyanyian kebudayaan yang menghiburkan tetamu.


Kesatuan pimpinan tempatan


​Turut hadir memberikan sokongan adalah Phang Yew Choy (Pengerusi LPS SJKC Kampung Baru Ampang), Andre Lai (Mantan Ahli Lembaga Penasihat DBKL/Pengundi Ampang), barisan Ahli Majlis MPAJ, serta pimpinan utama KEADILAN Cabang Ampang.

Kehadiran barisan pemimpin ini bersama rakyat di sebuah sekolah warisan menjadi isyarat jelas bahawa Parlimen Ampang akan terus menjadi model politik matang dan progresif demi masa depan rakyat Malaysia.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page