top of page

Akmal bertemu pengurusan Arm Holdings, semak kerjasama industri semikonduktor

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read
Akmal (kanan) bersalam dengan pengurusan Arm Holdings bagi rantau Asia, nilai kerjasama semikonduktor
Akmal (kanan) bersalam dengan pengurusan Arm Holdings bagi rantau Asia, nilai kerjasama semikonduktor

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir memaklumkan beliau telah mengadakan pertemuan dengan pengurusan syarikat teknologi global Arm Holdings di rantau ini bagi membincangkan perkembangan kerjasama dalam industri semikonduktor.


Menurut beliau, pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana terbuka dengan kedua-dua pihak menilai kemajuan kerjasama sedia ada serta potensi kerjasama pada masa hadapan.


"Secara jujurnya dengan apa yang berlaku sejak kebelakangan ini, saya agak bimbang untuk berhadapan dengan mereka khususnya untuk berbincang tentang kerjasama sedia ada demi merealisasikan cita-cita radikal Strategi Semikonduktor Nasional kita seperti yang digariskan dalam RMK13," katanya dalam muat naik di media sosial.


Akmal berkata, Malaysia masih mempunyai banyak usaha yang perlu dipergiatkan untuk mencapai sasaran menjadi pemain utama dalam sektor semikonduktor, khususnya di peringkat front end.


Beliau turut menegaskan bahawa perbincangan bersama pihak Arm memberi ruang untuk kedua-dua pihak menyemak kemajuan kerjasama serta memperkukuh komitmen bagi menyokong pembangunan industri berteknologi tinggi negara.


"Kami adakan perbincangan secara berterus terang sambil menyemak kemajuan kerjasama antara kedua-dua pihak," katanya lagi.


Arm Holdings sebelum ini mengundang kontroversi apabila kerjasamanya dengan Kementerian Ekonomi disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung perjanjian teknologi bernilai sekitar RM1.1 bilion.


Bagaimanapun, hal itu dibantah oleh mantan Menteri Ekonomi sebelum ini, Datuk Seri Rafizi Ramli, mendakwa semua urusan perjanjian kerjasama dengan syarikat berkenaan dijalankan secara telus.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page