top of page

Langkah berhemah PM hadapi konflik Asia Barat demi kesejahteraan rakyat

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim petang semalam berhubung langkah berhemat menghadapi konflik di Asia Barat tidak wajar dipandang ringan kerana hal itu mencerminkan kepimpinan tegas serta komitmen kerajaan untuk meletakkan kepentingan negara sebagai keutamaan.


Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Jalex Lee (gambar) berkata, dalam suasana global yang semakin tidak menentu, langkah-langkah yang diumumkan oleh Perdana Menteri membawa makna yang besar kepada kestabilan negara.


Menurut beliau, keputusan kerajaan untuk membatalkan semua penganjuran rumah terbuka Aidilfitri oleh kementerian dan agensi kerajaan menunjukkan komitmen jelas dalam mengamalkan disiplin fiskal serta memastikan penggunaan sumber awam dilakukan secara lebih berhemah serta bertanggungjawab.


"Pada masa sama, komitmen kerajaan untuk menstabilkan harga RON95 melalui inisiatif BUDI95, walaupun harga RON95 meningkat sehingga 60 sen (berdasarkan harga minyak dunia), memperlihatkan kesungguhan kerajaan untuk melindungi rakyat daripada kesan gelombang kejutan ekonomi luar," katanya dalam satu kenyataan.


Tambah Jalex, langkah-langkah yang diumumkan itu menonjolkan dua keutamaan utama kerajaan ketika ini sedang memperkukuh disiplin fiskal melalui perbelanjaan, juga memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus dipelihara.


Beliau turut menegaskan bahawa mesej yang disampaikan oleh PM perlu difahami secara menyeluruh dan tidak diperkecilkan oleh sesiapa pun.


"Ia mencerminkan sebuah kerajaan yang bertindak secara proaktif dalam menghadapi cabaran semasa, sambil berusaha memastikan kestabilan ekonomi serta perlindungan sosial kepada rakyat terus terpelihara," ujarnya.


Sehubungan itu, Jalex menyeru semua pihak agar memahami kepentingan langkah-langkah tersebut dan bersama-sama menyokong usaha kerajaan dalam memperkukuh kestabilan, ketahanan serta keyakinan terhadap masa depan Malaysia.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page