top of page

Berita


Aminuddin nafi 'lari' dari Sikamat, tekad berbakti di DUN Linggi
Antara foto terawal DS Aminuddin sebagai wakil rakyat Sikamat hampir dua dekad lalu Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan dakwaan bahawa beliau "melarikan diri" dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, sebaliknya menegaskan keputusan bertanding di DUN Linggi dibuat atas pilihan dan kehendaknya sendiri untuk meneruskan khidmat kepada rakyat. Beliau berkata, selepas empat penggal diberi mandat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, tib

Redzuan Shamsudin
Jul 162 min read


Aminuddin bukan lari ke DUN Linggi, tetapi tuntut mandat diberi ke Umno
DS Aminuddin (baju putih) sentiasa bersama rakyat dan tidak pernah melarikan diri mencari kerusi selamat Dakwaan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat) bahawa Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun "melarikan diri" dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat untuk bertanding di DUN Linggi adalah tidak benar sama sekali. Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Melaka, Eddiarman Mohd Yunos, dakwaan Tok Mat itu hanyalah retorik politi

Redzuan Shamsudin
Jul 162 min read


PRN: 36 calon Pakatan Harapan Negeri Sembilan mengikut parlimen
Majlis pengumuman calon Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN-16) di Dataran Melang, semalam Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi mengumumkan senarai 36 calon Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN-16) di Dataran Melang, di sini. Selain Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang menjadi tumpuan bertanding di DUN Linggi, Setiausaha Politik kepada Aminuddin, Nor Azman Mohamad juga diumumkan seba

Suara Keadilan
Jul 152 min read


'Bahaya DAP': Pas kehabisan modal kempen di Negeri Sembilan - Mahfuz
Kempen menakut-nakutkan rakyat menggunakan slogan ‘bahaya DAP’ merupakan bukti jelas Pas telah kehabisan modal politik dan hanya mengalih perhatian daripada isu sebenar rakyat Negeri Sembilan. Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar (gambar) memberikan perbandingan kempen Pas itu dengan seorang doktor yang asyik bercakap mengenai penyakit tetapi enggan merawat pesakit. Akhirnya, kata beliau penyakit itu tetap tidak akan sembuh. "Politik sepatutnya menawarkan penyelesaian buka

Akmal Manaf
Jul 151 min read


PRN selesai kekusutan di Negeri Sembilan, iktiraf keabsahan kerajaan
Penyertaan semua parti politik dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan disifatkan sebagai pengiktirafan terhadap keabsahan proses perlembagaan negeri sekali gus berpotensi menamatkan kemelut politik yang melanda negeri itu. Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata sekiranya semua parti termasuk Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mengemukakan calon pada hari penamaan calon pada Sabtu ini, tindakan itu dari sudut undang

Helmi Mohd Foad
Jul 151 min read


Pembangunan, insfrastruktur, inisiatif di N Sembilan terbaik - Noorzunita
Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.18 Pilah, Noorzunita Begum Mohd Ibrahim (gambar) bertekad mempertahankan kerusi yang disandangnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kali ini. Beliau berkata, prinsip 'berkhidmat dengan hati, berjuang sampai menang' akan terus menjadi pegangan dalam usaha mempertahankan kerusi DUN Pilah. "Dari segi pembangunan, infrastruktur, inisiatif semua itu sudah terbaik di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Ser

Akmal Manaf
Jul 151 min read


Kerajaan MADANI punya rekod baik selesakan kehidupan rakyat - Anwar
DS Anwar berucap pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan PRN Negeri Sembilan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan MADANI mempunyai rekod pelaksanaan yang nyata dalam membela kebajikan rakyat dan tidak bergantung kepada janji semata-mata untuk meraih sokongan. Beliau berkata, pelbagai inisiatif yang dilaksanakan sejak mengambil alih pentadbiran membuktikan komitmen kerajaan menyelesaikan masalah rakyat, termasuk membaik pulih kuarters pasukan kese

Suara Keadilan
Jul 152 min read


Aminuddin: Kestabilan politik kunci pelaburan, kembangkan ekonomi
DS Aminuddin menekankan perlunya kestabilan politik memajukan N Sembilan. Kredit foto: FB Mat Sabu Kestabilan politik menjadi faktor utama yang mendorong keyakinan pelabur terhadap Negeri Sembilan sehingga berjaya menarik pelaburan bernilai tinggi, termasuk projek kecerdasan buatan (AI) pertama negara bernilai RM3.4 bilion. Menteri Besar sementara Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kestabilan pentadbiran negeri telah memberi keyakinan kepada pelabur untuk me

Sidiqin Omar
Jul 152 min read


Kerajaan MADANI baiki perkara asas rakyat, bukan projek mega semata
DS Anwar ketika berceramah pada Majlis Pengumuman Calon PH PRN N Sembilan. Kredit foto: FB Mat Sabu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keutamaan Kerajaan MADANI bukan hanya membawa masuk pelaburan bernilai tinggi atau membangunkan sektor teknologi canggih, sebaliknya memastikan kemudahan asas yang digunakan rakyat setiap hari turut diberi perhatian. Beliau berkata, pembangunan negara perlu dirasai secara langsung oleh rakyat melalui penambahbaikan kemudahan

Sidiqin Omar
Jul 152 min read


N Sembilan stabil, pentadbiran utamakan keharmonian, bukan konflik
Negeri Sembilan mengekalkan prestasi ekonomi yang baik kerana kestabilan pentadbiran Kerajaan Negeri yang mengamalkan pendekatan berteraskan keharmonian, bukannya konflik politik, kata Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu (gambar). Beliau berkata, walaupun pilihanraya kali ini menyaksikan persaingan politik yang kompleks apabila berlaku pertembungan antara rakan yang pernah bersama, rakyat Negeri Sembilan tetap mampu menilai prestasi dan kestabilan p

Sidiqin Omar
Jul 152 min read


PRN NS: Prestasi cemerlang beri kelebihan kepada PH - Penganalisis
Rekod pentadbiran Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar dilihat sebagai faktor penting yang bakal membantu Pakatan Harapan (PH) mempertahan negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kali ini. Prof Dr Mazlan Ali (gambar) daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjangkakan Barisan Nasional (BN) dijangka cuba mengulangi formula kemenangan di Johor. Namun dengan landskap politik Negeri Sembilan yang berbeza dijangka lebih memihak kepada PH. "Kemen

Suara Keadilan
Jul 151 min read


PH bertanding kesemua 36 kerusi PRN Negeri Sembilan
Pemimpin utama Pakatan Harapan dalam majlis pengumuman calon PH di Kuala Pilah,. Foto: FB Mat Sabu Pakatan Harapan (PH) bertanding di kesemua 36 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan. Sebanyak 16 calon mewakili KEADILAN, 11 daripada DAP dan sembilan lagi mewakili AMANAH. Calon calon sebagaimana diumum malam tadi adalah seperti berikut: N.01 Chennah: Anthony Loke (DAP) N.02 Pertang: Mohd Umry Abdul Khois (KEADILAN) N.03 Sungai Lui: Zainal Fikri Abd Kadir (KEAD

Suara Keadilan
Jul 152 min read


DAP kekalkan lapan penyandang pertahan 11 kerusi DUN N Sembilan
Anthony Loke ketika merasmikan Bilik Gerakan Pakatan Harapan DAP DUN Temiang, N Sembilan DAP Negeri Sembilan memilih untuk mengekalkan lapan calon penyandang bagi mempertahankan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Keputusan itu dibuat selepas parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu menilai faktor pengalaman, rekod khidmat wakil rakyat serta penerimaan pengundi di kawasan masing-masing selain mengambil kira tempoh persedi

Helmi Mohd Foad
Jul 132 min read


Prestasi ekonomi tiga negeri PH melonjak, catat KDNK RM637.9 bilion
Prestasi ekonomi Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang sepanjang 2023 hingga 2025 membuktikan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) mampu memacu pertumbuhan ekonomi, menarik pelaburan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang, David Cheong Kian Young berkata, ketiga-tiga negeri itu merekodkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang memberangsangkan, dengan jumlah keseluruhan ekonomi mencecah RM637.9 bilion. Dalam tempoh yang sama ujarny

Akmal Manaf
Jul 102 min read


HAMKA: Dr Zulkifli mahu lahirkan pemimpin ummah era digital
Dr Zulkifli ketika merasmikan Himpunan Asatizah Muda dihadiri lebh 1,000 anak muda Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hasan menyeru golongan muda agar tidak sekadar menjadi pengguna media digital, sebaliknya tampil sebagai pemimpin ummah yang berilmu, berakhlak dan berfikiran kritis dalam mendepani cabaran era digital. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Himpunan Asatizah Muda (HAMKA) Peringkat Negeri Sembilan yang turut dihadiri leb

Suara Keadilan
Jun 281 min read


Aminuddin seru asatizah muda jadi benteng hadapi cabaran era digital
MB DS Aminudin (tengah) bersama peserta Himpunan Asatizah Muda N Sembilan. Foto: FB YADIM Golongan asatizah muda diseru menjadi benteng utama dalam mempertahankan akidah dan membimbing masyarakat, menghadapi cabaran era digital yang semakin kompleks. Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, perkara itu amat penting memandangkan media sosial kini berupaya mempengaruhi serta membentuk pemikiran generasi muda. "Jika dahulu kita bimbang anak muda tidak d

Suara Keadilan
Jun 261 min read


"Saya tidak pernah guna kuasa jatuhkan Kerajaan Perpaduan" - Anwar
DS Anwar tegas tidak mahu pilihanraya pertengahan penggal namun krisis politik memaksa ia diadakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri untuk menjatuhkan mana-mana rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sebaliknya berusaha mengekalkan kerjasama sehingga tamat tempoh mandat kerajaan. Perdana Menteri berkata, pendirian itu diambil bagi memastikan Kerajaan Perpaduan dapat dikekalkan hingga mandatnya berakhir. "Untuk ke

Helmi Mohd Foad
Jun 132 min read


Anwar tegaskan tidak campur tangan isu Yang Dipertuan Besar, Undang
Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan beliau tidak campur tangan dalam pertikaian membabitkan institusi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan Undang Yang Empat, sebaliknya menyerahkan perkara itu diselesaikan mengikut lunas perlembagaan dan undang-undang. Perdana Menteri berkata beliau menghormati institusi Raja-Raja Melayu dan tidak pernah mempertikaikan kuasa yang diperuntukkan kepada negeri. "Kita diheret bincang soal sistem Raja. Saya tahu dulu di Negeri Semb

Helmi Mohd Foad
Jun 132 min read


Sokong Tok Min kekal MB jika 11 calon menang PRN N Sembilan - DAP
DAP mengulangi komitmennya untuk terus menyokong Datuk Seri Aminuddin Harun (Tok Min) sebagai Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan sekiranya kesemua 11 calon parti itu berjaya mempertahankan kerusi masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 1 Ogos ini. Setiausaha Agungnya Anthony Loke Siew Fook (gambar) berkata parti itu tidak akan menuntut tambahan kerusi sebaliknya hanya mempertahankan 11 kerusi penyandang yang dimiliki ketika ini. "DAP tak tamak. Kita hanya pertahanka

Helmi Mohd Foad
Jun 132 min read


PRN referendum tolak politik bebal, "tebuk bahtera sendiri"
Rakyat Negeri Sembilan diseru menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang sebagai referendum untuk menolak politik bebal dan toksik yang disifatkannya sebagai punca kepada ketidakstabilan politik negara. Timbalan Presiden AMANAH Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa (gambar) berkata, rakyat perlu menghantar mesej jelas bahawa mereka menolak tindakan pihak tertentu yang sanggup “menebuk bahtera sendiri” demi kepentingan politik sehingga mencetuskan kecelaruan dan mengganggu kesta

Helmi Mohd Foad
Jun 132 min read
bottom of page
