Pembangunan, insfrastruktur, inisiatif di N Sembilan terbaik - Noorzunita
- Akmal Manaf

- Jul 15
- 1 min read

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.18 Pilah, Noorzunita Begum Mohd Ibrahim (gambar) bertekad mempertahankan kerusi yang disandangnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kali ini.
Beliau berkata, prinsip 'berkhidmat dengan hati, berjuang sampai menang' akan terus menjadi pegangan dalam usaha mempertahankan kerusi DUN Pilah.
"Dari segi pembangunan, infrastruktur, inisiatif semua itu sudah terbaik di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.
"Beliau (Tok Min) telah melakukan yang terbaik termasuk untuk kestabilan politik. Saya juga mahu (melihat) masyarakat (Pilah) aman, makmur dan sejahtera," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Suara Keadilan selepas Majlis Pengumuman Calon PH PRN Negeri Sembilan yang disempurnakan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Pilah, malam tadi.
Ditanya mengenai isu yang sering dibangkitkan masyarakat sepanjang tempoh perkhidmatannya di DUN Pilah, beliau berkata, masalah utama yang disuarakan rakyat ialah berkaitan ekonomi dan kos sara hidup.
Justeru, beliau berkata, perkara itu akan terus ditambah baik dengan kerajaan negeri bersedia menampung kekurangan yang dihadapi setiap keluarga, khususnya dari segi kos sara hidup, menerusi pelbagai inisiatif yang dilaksanakan.
"Sebelum ini pun sudah ada insiaitifnya daripada yang baru lahir, sehingga warga emas.
"Mungkin selepas ini tawaran yang istimewa akan ditawarkan oleh pihak kerajaan Negeri Sembilan di bawah PH. Tok Min (Aminuddin) pun ada ingatkan penambahbaikkan itu perlu diteruskan demi rakyat," katanya lagi.




Comments