top of page

"Saya tidak pernah guna kuasa jatuhkan Kerajaan Perpaduan" - Anwar

  • Writer: Helmi Mohd Foad
    Helmi Mohd Foad
  • Jun 13
  • 2 min read
DS Anwar tegas tidak mahu pilihanraya pertengahan penggal namun krisis politik memaksa ia diadakan
DS Anwar tegas tidak mahu pilihanraya pertengahan penggal namun krisis politik memaksa ia diadakan

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri untuk menjatuhkan mana-mana rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sebaliknya berusaha mengekalkan kerjasama sehingga tamat tempoh mandat kerajaan.


Perdana Menteri berkata, pendirian itu diambil bagi memastikan Kerajaan Perpaduan dapat dikekalkan hingga mandatnya berakhir.


"Untuk kekalkan Kerajaan Perpaduan dan kerjasama, saya tidak pernah sebagai Perdana Menteri menggunakan kuasa yang ada pada saya untuk cuba jatuhkan mereka atau khianat mereka.


"Kalau kita kerja sebagai satu pasukan dan semua kita baik, terus hingga akhir mandat kita," katanya ketika melancarkan Jentera Pilihan Raya Negeri Sembilan di Seremban malam tadi.


Anwar turut menyebut beberapa pemimpin utama kerajaan sebagai saksi kepada pendiriannya itu.


"Tanya Zahid [Dr Zahid Hamidi] Tak pernah saya cuba jatuhkan mereka, khianat mereka," katanya.


Menurut beliau, kerajaan hari ini sepatutnya memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat dan pembangunan negara berbanding perebutan kuasa.


"Kalau kita kerja sebagai satu pasukan dan semua kita baik, terus hingga akhir mandat kita," katanya.


DS Anwar melancarkan Jentera Pilihan Raya Negeri Sembilan di Seremban
DS Anwar melancarkan Jentera Pilihan Raya Negeri Sembilan di Seremban

Dalam pada itu, Anwar mengakui beliau secara peribadi tidak bersetuju dengan langkah mengadakan pilihanraya lebih awal, namun keadaan politik semasa memaksa keputusan itu diserahkan kepada rakyat menerusi proses demokrasi.


Kata beliau, keutamaannya sejak menerajui Kerajaan Perpaduan adalah memastikan pentadbiran dapat meneruskan agenda pembangunan, menarik pelaburan serta menangani kos sara hidup rakyat tanpa diganggu percaturan politik.


"Saya tak setuju pilihanraya awal, tetapi tak ada pilihan," katanya.


Menurut beliau, kerajaan yang dibentuk sepatutnya diberi ruang untuk menamatkan tempoh pentadbiran dan melaksanakan amanah yang diberikan rakyat.


Anwar berkata kestabilan politik yang dinikmati negara ketika ini telah berjaya meningkatkan keyakinan pelabur dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di beberapa negeri termasuk Negeri Sembilan dan Johor.


"Sebab politik yang stabil ini menyebabkan pelabur datang. Memang kalau tengok Malaysia sekarang ketimbang negara-negara jiran, pelabur paling banyak ke Malaysia. Johor, Negeri Sembilan, itu melonjak pembangunan kerana apa? Politik stabil," katanya.


Beliau turut menyuarakan kebimbangan terhadap budaya perebutan kuasa yang menurutnya hanya menjejaskan usaha kerajaan membantu rakyat.


"Rakyat ini jangan jadi pencaturan. Kamu nak rebut apa? Nak rebut jawatan? Nak rebut balak? Nak rebut harta? Nak rebut projek?" katanya lagi.

1 Comment


Ken Ken
Ken Ken
Jun 13

Due to insufficient media coverage and communication many Malaysians (especially the Indians and Chinese) may not be fully aware of government’s efforts in assisting them.  


Hope JKom (Fahmi too) does somthing about this.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page