top of page

PRN NS: Prestasi cemerlang beri kelebihan kepada PH - Penganalisis

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 12 minutes ago
  • 1 min read

Rekod pentadbiran Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar dilihat sebagai faktor penting yang bakal membantu Pakatan Harapan (PH) mempertahan negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kali ini.


Prof Dr Mazlan Ali (gambar) daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjangkakan Barisan Nasional (BN) dijangka cuba mengulangi formula kemenangan di Johor. Namun dengan landskap politik Negeri Sembilan yang berbeza dijangka lebih memihak kepada PH.


"Kemenangan besar BN di Johor dipengaruhi pemindahan sokongan pengundi Perikatan Nasional (PN) yang kecewa dengan perpecahan antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).


"Namun Negeri Sembilan di bawah pentadbiran Aminuddin menunjukkan prestasi yang baik. Dari segi pengurusan kewangan, Kerajaan Negeri berjaya memperbaiki kedudukan fiskal dan mengurangkan beban hutang.


"Rekod pentadbiran itu memberi nilai tambah kepada PH dalam menghadapi pilihanraya kali ini," katanya dipetik laporan media.


Menurut beliau, kawasan bandar seperti Seremban dan Nilai yang mempunyai kadar urbanisasi tinggi cenderung menilai prestasi pentadbiran dan bukan semata-mata dipengaruhi sentimen politik.


"(Namun), politik bukan hanya berkaitan statistik atau prestasi semata-mata kerana sentimen juga memainkan peranan. Kita melihat perkara itu berlaku di Johor apabila sentimen berjaya mempengaruhi corak pengundian di banyak kawasan majoriti Melayu.


"PH tidak boleh mengambil mudah cabaran di kawasan luar bandar dan perlu mempergiat usaha penerangan mengenai dasar serta pencapaian kerajaan," tambahnya.


Dalam masa sama, Dr Mazlan menyarankan jentera PH tampil penyampaian maklumat lebih berkesan agar pengundi memahami manfaat dasar kerajaan dan pencapaian yang telah dilaksanakan sepanjang negeri sembilan ditadbir PH.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page