top of page

Berita


Kaukus Parlimen Malaysia untuk Palestin satukan rakyat pelbagai latar belakang
Syed Ibrahim berharap peranan lebih besar dimainkan oleh Kaukus Parlimen Malaysia untuk Palestin Oleh: Sidiqin Omar Kejayaan Kaukus Parlimen Malaysia untuk Palestin bukan sahaja mencerminkan pendirian tegas negara terhadap isu kemanusiaan, malah membuktikan keupayaan wakil rakyat menyatukan suara rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang politik, kaum dan agama. Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, struktur kaukus yang bersifat longgar dan inklusif yang turut d

Suara Keadilan
Feb 82 min read


Festival Puisi Esei ASEAN Ke-5: Perkasa bahasa, sastera di Sabah
Datuk Mustaffa menyampaikan membentangkan kertas kerja di Festival Puisi Esei ASEAN Ke-5 Sabah Festival Puisi Esei ASEAN Ke-5 Sabah Maju Jaya menjadi pentas penting memperkukuh peranan bahasa dan sastera sebagai teras pembinaan insan serta pemerkasaan tamadun serantau apabila menghimpunkan tokoh dan penggiat sastera dari dalam dan luar negara di IPG Kampus Kent, Tuaran. Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Datuk Mustaffa Kamil Ayub telah me

Suara Keadilan
Feb 82 min read


Program Sayur Wanita KEADILAN Cheras semai semangat kebersamaan komuniti
Komuniti setempat gembira dapat membeli sayuran murah Program Sayur anjuran Wanita KEADILAN Cabang Cheras berlangsung dengan jayanya apabila mendapat sambutan menggalakkan daripada warga Cheras yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang. Program tersebut bukan sekadar melibatkan agihan sayur kepada penduduk setempat, sebaliknya menjadi simbol kebersamaan, keprihatinan dan perpaduan komuniti selari dengan semangat Malaysia MADANI. Dalam satu kenyataan, Wanita KEADI

Suara Keadilan
Feb 81 min read


Jalan Jiwa Murni jadi ‘Jalan Jiwa Merana’, KEADILAN Kapit mahu penyelenggaraan
Jalan Jiwa Murni rosak teruk perlu penyelenggaraan atau naik taraf Isu penyelenggaraan Jalan Jiwa Murni di Sarawak kembali dibangkitkan apabila laluan utama yang menghubungkan kawasan pendalaman Merit, Belaga dan Baleh didakwa semakin uzur dan tidak diselenggara dengan baik. Ketua Cabang KEADILAN Kapit, Khusyairy Pangkas berkata, keadaan jalan tersebut yang rosak teruk bukan sahaja menyukarkan urusan harian masyarakat pedalaman, malah membahayakan keselamatan pengguna. "Penye

Suara Keadilan
Feb 82 min read


Anwar santuni komuniti India bersama PM Modi, perkukuh hubungan dua hala
DS Anwar menghargai komuniti India dalam ucapannya di Mines International Exhibition and Convention Centre Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan menyantuni komuniti India bersama Perdana Menteri India, Narendra Modi dalam satu pertemuan yang berlangsung di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC), Kuala Lumpur semalam. Menurut Anwar, lawatan Modi mencerminkan hubungan erat antara Malaysia dan India yang bukan sekadar terjalin melalui

Suara Keadilan
Feb 81 min read


Narendra Modi puji ketajaman intelektual, kewibawaan PM Anwar
DS Anwar bersama PM Modi menemui komuniti India di Mines International Exhibition and Convention Centre Perdana Menteri India, Narendra Modi, memuji komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam melaksanakan agenda pembaharuan Malaysia. Dalam ucapan kepada komuniti India di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC) pada Sabtu, Modi turut menyatakan rasa kagum atas ketajaman intelektual dan kewibawaan Anwar ketika menerajui Malaysia sebagai Penge

Suara Keadilan
Feb 81 min read


JPR HARAPAN mula kajian strategi hadapi PRN Melaka, Johor
Jawatankuasa Pilihan Raya Pakatan Harapan (HARAPAN) diberikan tempoh dua bulan untuk menyiapkan kajian menyeluruh bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor. Ketua Setiausaha HARAPAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata kajian itu akan merangkumi penilaian strategi, pendekatan kerjasama, serta kemungkinan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) seperti model Kerajaan Perpaduan sekarang. "Di peringkat sekretariat, kami telah mengadakan perbincangan a

Suara Keadilan
Feb 81 min read


Kebebasan bersuara bukan lesen sebar fitnah 3R - Fahmi
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) menyeru orang ramai supaya sentiasa bertanggungjawab dalam menggunakan platform digital dan mematuhi undang-undang demi memelihara keharmonian negara. Menurutnya, walaupun rakyat mempunyai hak untuk bersuara sebagaimana diputuskan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini, ia tidak memberikan kebebasan mutlak untuk fitnah atau mencetuskan provokasi melampau, khususnya yang menyentuh sensitiviti agama, raja dan kaum (3R) "Keputusan Mah

Suara Keadilan
Feb 81 min read


KPM ikut saranan KKM kekang kluster tibi di sekolah
Kementerian Pendidikan (KPM) bakal mengambil langkah sewajarnya bagi mengekang penularan tuberkulosis atau tibi di kawasan sekolah dengan berpandukan saranan, dan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM). Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (gambar) berkata, beliau difahamkan keadaan masih terkawal dan perkara itu berada dalam pemantauan ketat KKM. "Kami akan ikut semua arahan yang diberikan oleh KKM," katanya dipetik pada Majlis Perasmian Festival Nibong Tebal disempurnakan Ket

Suara Keadilan
Feb 81 min read


Keselamatan Internet : Isu keluarga, masyarakat bukan lagi teknikal
Oleh: Noraini Nordin ULASAN BERITA: Walaupun pelbagai peringatan atau amaran berkaitan `bahaya’ salah guna internet dalam kalangan kanak-kanak namun masih ramai ibu bapa memandang ringan terhadap bahana tersebut jika tidak dikawal. Oleh itu langkah meningkatkan kesedaran internet dengan mengadakan sambutan Hari Keselamatan Internet (HKI) 2026 di Astaka Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur pada hari esok adalah sangat wajar. Program anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multim

Suara Keadilan
Feb 72 min read


GTSM puji JPJ, hukuman terhadap pemandu warga asing jangan diringankan - GTSM
Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) merakamkan penghargaan dan pujian kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas tindakan tegas terhadap pemandu warga asing yang melakukan kesalahan lalu lintas di negara ini. Presiden Teksi Malaysia, Kamarudin Mohd Hussan (gambar) berkata, pihaknya menghargai kepimpinan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli atas komitmen berterusan memperkasa penguatkuasaan undang-undang jalan raya. "GTSM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua

Suara Keadilan
Feb 71 min read


Konvensyen KEADILAN Selangor medan satukan tekad perjuangan - Saifuddin
Saifuddin berucap dalam Konvensyen KEADILAN Selangor 2026 Oleh: Azuan Ab Rahman Konvensyen KEADILAN Selangor 2026 yang berlangsung pagi tadi menjadi medan penting untuk memperkukuh kesiapsiagaan parti dalam mempertahankan kemenangan, sekali gus memastikan KEADILAN terus kekal sebagai kuasa politik dominan di Selangor. Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad, berkata konvensyen tersebut dianjurkan sebagai usaha menyatukan kembali tekad perjuangan serta men

Suara Keadilan
Feb 72 min read


KEADILAN Selangor tidak boleh berada dalam zon selesa - Amirudin
Amirudin berucap dalam Konvensyen KEADILAN Selangor 2026 di Pusat Konvensyen MPAJ, Taman Melawati Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) mengingatkan pimpinan dan jentera parti agar tidak terperangkap dalam zon selesa, sebaliknya bangkit memperkukuh kekuatan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 16. Menurut beliau, pengalaman 2008 selepas KEADILAN dan Pakatan Rakyat menguasai Selangor berbeza dengan situasi hari ini apabil

Suara Keadilan
Feb 72 min read


Isu kuil: Kerajaan ambil tindakan maksimum pihak gugat keselamatan negara
Kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mengganggu keselamatan negara susulan isu kuil yang dibangkitkan kebelakangan ini. Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, arahan jelas telah dikeluarkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri semalam, termasuk kepada Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara bagi memastikan keadaan kekal terkawal. "Sebab itu semalam dalam mesyuarat Jemaah Menteri saya beri arahan tegas. Menter

Suara Keadilan
Feb 72 min read


'Pupuk semangat jitu, bangkit sebagai satu angkatan'
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh pimpinan dan anggota parti agar bangkit sebagai satu angkatan yang bersatu mempertahankan hak rakyat serta menolak fahaman perkauman sempit. Menurut beliau, parti tidak boleh leka dengan polemik kecil sebaliknya perlu menumpukan perhatian kepada isu besar seperti tadbir urus bersih, pembasmian kemiskinan dan keadilan untuk semua rakyat tanpa mengira kaum. "Hari ini kita semua yang ada harus bangkit sebagai satu angka

Suara Keadilan
Feb 72 min read


Pengganti Presiden: Cadangan terlalu awal, hormati struktur parti – Jimmy Puah
Cadangan menamakan pemimpin tertentu sebagai pengganti Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang dilontarkan oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang disifatkan sebagai tidak bersesuaian dibangitkan pada waktu ini. Naib Pengerusi KEADILAN Johor yang juga Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse (gambar) berkata, parti sudah mempunyai struktur dan institusi kepimpinan yang jelas dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden serta Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden yan

Suara Keadilan
Feb 72 min read


Kumaresan hadiri taklimat pembangunan tanah libatkan penduduk kampung
Kumaresan (kiri sekali) dalam sesi taklimat pembangunan tanah di Pejabat UDA Holdings Berhad Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, A. Kumaresan baru baru ini menghadiri sesi taklimat di Pejabat UDA Holdings Berhad, Bertam bagi mendengar pembentangan cadangan pembangunan tanah di Kampung Sungai Nibong Kechil MK13. Sesi tersebut turut dihadiri wakil penduduk kampung serta wakil Masjid Al-Ittifaq, bagi memastikan maklumat yang disampaikan dapat difahami secara menyeluruh

Suara Keadilan
Feb 71 min read


Ketegasan PMX Perangi Rasuah, Tidak Pilih Bulu Disanjungi Rakyat
DS Anwar sentiasa fokus memerangi rasuah bagi memastikan dana negara digunakan sebaik baiknya Oleh: Noraini Nordin ULASAN BERITA: Keseriusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memerangi rasuah, menghentikan ketirisan dan mengangkat aspek tatakelola dalam pentadbiran Kerajaan MADANI memang tidak perlu dipertikaikan lagi. Sudah terlalu kerap PMX bercakap mengenai jenayah rasuah ini bahkan tidak dinafikan beliau adalah Perdana Menteri yang paling lantang sekali b

Suara Keadilan
Feb 73 min read


Pertikai kewibawaan: Pas perlu mohon maaf kepada warga UIAM - Azli
Parti Amanah Negara (AMANAH) mengecam kenyataan Setiausaha Agung Pas yang mempertikai kewibawaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam menjalankan kajian berkaitan cadangan Pilihanraya Datuk Bandar Kuala Lumpur. Pengerusi Biro Pendidikan dan Pemerkasaan Masyarakat AMANAH, Azli Yusof (gambar) berkata, kenyataan tersebut bukan sahaja tidak berasas, malah dilihat merendahkan martabat institusi pengajian tinggi awam yang telah berkhidmat kepada negara lebih empat d

Redzuan Shamsudin
Feb 72 min read


Tuntutan Pas TKM1 letak jawatan sebelum siasatan selesai pramatang - Zainuddin
Tuntutan Pas Pulau Pinang supaya Timbalan Ketua Menteri I (TKM1) meletakkan jawatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam pengurusan institusi agama Islam negeri disifatkan sebagai pramatang dan tidak berasaskan prinsip keadilan. Naib Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Pulau Pinang, Zainuddin Mohamed (gambar) berkata, tuduhan yang dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pas Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fawwaz adalah serius, namun perlu ditangani berasaskan fakta dan pr

Suara Keadilan
Feb 72 min read
bottom of page
