top of page

JPR HARAPAN mula kajian strategi hadapi PRN Melaka, Johor

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 16 hours ago
  • 1 min read


Jawatankuasa Pilihan Raya Pakatan Harapan (HARAPAN) diberikan tempoh dua bulan untuk menyiapkan kajian menyeluruh bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.


Ketua Setiausaha HARAPAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata kajian itu akan merangkumi penilaian strategi, pendekatan kerjasama, serta kemungkinan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) seperti model Kerajaan Perpaduan sekarang.


"Di peringkat sekretariat, kami telah mengadakan perbincangan awal dan meminta Jawatankuasa Pilihan Raya menilai secara menyeluruh, termasuk dari sudut strategi menghadapi pilihan raya ini.


"Adakah kita akan mengikut model Kerajaan Perpaduan sekarang di mana BN dan HARAPAN bergabung di bawah satu kerajaan, dan apakah pendekatan ini sesuai untuk digunakan dalam kedua-dua PRN itu," katanya dipetik.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak projek Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) di Jalan Langgar pada Sabtu.


Selain itu jelasnya, kajian juga akan merangkumi tinjauan lapangan bagi menilai pelbagai aspek, termasuk strategi kempen, pembahagian kerusi, dan pendekatan terbaik bagi memastikan keputusan yang dibuat tepat dan berkesan.


Keputusan akhir kajian akan dibentangkan kepada Sekretariat HARAPAN untuk tindakan lanjut.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page