top of page

Festival Puisi Esei ASEAN Ke-5: Perkasa bahasa, sastera di Sabah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 11 hours ago
  • 2 min read
Datuk Mustaffa menyampaikan membentangkan kertas kerja di Festival Puisi Esei ASEAN Ke-5 Sabah
Datuk Mustaffa menyampaikan membentangkan kertas kerja di Festival Puisi Esei ASEAN Ke-5 Sabah

Festival Puisi Esei ASEAN Ke-5 Sabah Maju Jaya menjadi pentas penting memperkukuh peranan bahasa dan sastera sebagai teras pembinaan insan serta pemerkasaan tamadun serantau apabila menghimpunkan tokoh dan penggiat sastera dari dalam dan luar negara di IPG Kampus Kent, Tuaran.


Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Datuk Mustaffa Kamil Ayub telah membentangkan Kertas Kerja Utama bertajuk “Pembinaan Insan dan Tamadun dalam Kerangka Malaysia MADANI: Bahasa dan Sastera sebagai Teras Peradaban” dalam festival berkenaan.


Menurut beliau, bahasa dan sastera bukan sekadar wahana ekspresi seni, malah berperanan membentuk nilai kemanusiaan serta memperkukuh asas peradaban bangsa.


"Festival ini menjadi wadah penting dalam memperkasa peranan bahasa dan sastera sebagai pemangkin pembinaan insan, pengukuhan nilai kemanusiaan serta pemerkasaan tamadun serantau," katanya dalam kenyataan.

Peserta bergambar bersama Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, datuk Mustapha Sakmud (baju merah)
Peserta bergambar bersama Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, datuk Mustapha Sakmud (baju merah)

Festival tersebut antara lain bertujuan membincangkan dan menilai perkembangan puisi esei di peringkat antarabangsa, khususnya di Sabah dan Malaysia, selain melaksanakan program berimpak tinggi bagi memartabatkan genre itu di peringkat negeri dan negara.


Turut tampil sebagai pembentang ialah Salvia Rose dari Sabah, Ririe Aiko dari Indonesia dan Dr. Khadijah Haji Momin dari Brunei Darussalam, sekali gus mencerminkan penglibatan aktif komuniti sastera ASEAN.


Program anjuran Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA), Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), IPG Kampus Kent Tuaran dan Komunitas Puisi Esei ASEAN itu telah disempurnakan perasmian penutup oleh YB Ts Datuk Mustapha Sakmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak).


Menurut Mustaffa, sastera bukan sekadar karya, tetapi cerminan jiwa bangsa dan asas pembinaan peradaban.


Program seumpama ini dijangka akan terus dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha mendekati masyarakat serta memperkukuh jaringan sokongan di peringkat akar umbi.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page