top of page

Pertumbuhan ekonomi: Suara rakyat lebih penting daripada angka

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 1 min read

Kejayaan sesebuah negara tidak boleh diukur semata-mata melalui angka dan statistik, sebaliknya perlu dinilai berdasarkan pengalaman sebenar rakyat dalam kehidupan seharian, kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang, David Cheong.


Beliau menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) yang menegaskan bahawa pertumbuhan ekonomi mesti dirasai secara langsung oleh rakyat, bukan sekadar tercatat dalam laporan rasmi.


"Hakikatnya, data ekonomi boleh menunjukkan pertumbuhan, pelaburan boleh meningkat dan laporan rasmi boleh kelihatan positif.


"Namun di peringkat akar umbi, masih ramai rakyat yang berdepan tekanan kos sara hidup harga barangan keperluan, sewaan rumah, pendidikan anak-anak dan perbelanjaan harian yang semakin mencabar," katanya merujuk kepada ucapan Perdana Menteri sebelum ini.


Kata beliau, pertumbuhan ekonomi hanya bermakna sekiranya benar-benar dirasai di rumah, di tempat kerja dan dalam kos sara hidup yang ditanggung oleh keluarga biasa.

David Cheong
David Cheong

Walaupun data ekonomi menunjukkan pertumbuhan dan peningkatan pelaburan, katanya, realiti di peringkat akar umbi memperlihatkan ramai rakyat masih berdepan tekanan kos sara hidup yang semakin mencabar.


"Bagi saya pertumbuhan ekonomi tidak bermakna jika tidak diterjemahkan kepada kehidupan yang lebih baik untuk rakyat. Pasaran mungkin menilai melalui data tetapi rakyat melalui kemampuan mereka meneruskan kehidupan seharian dengan bermaruah."


Tambah beliau, pelbagai laporan berkaitan kos sara hidup dan pendapatan isi rumah menunjukkan jurang antara angka makroekonomi dan pengalaman sebenar rakyat masih wujud, khususnya dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.


"(Justeru) seorang pemimpin mestilah berani menagakui relaiti, berani mendengar denyut nadi rakyat dan berani memastikan dasar yang digubal benar benar memberi kesan kepada kehidupan sebenar," katanya lagi.


Bagi David Cheong, angka penting untuk perancangan tetapi kesejahteraan rakyat adalah tujuan utama. Selagi suara rakyat dijadikan keutamaan, selagi itulah pembangunan dan kemajuan negara akan kekal bererti.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page