top of page

Berita


Dakwaan BN mahu bertanding 115 kerusi naratif palsu, sabotaj - Lokman
Barisan Nasional (BN) tidak pernah menyatakan hasrat untuk bertanding 115 kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16, sebaliknya dakwaan yang tular di media sosial baru baru ini disifatkan sebagai naratif palsu yang sengaja dicipta bagi menimbulkan kecurigaan terhadap parti tersebut. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam (gambar) menegaskan, Majlis Tertinggi BN mahupun Pengerusi BN tidak pernah mengeluarkan kenyataan akan bertanding sejumlah kerusi s

Akmal Manaf
4 days ago2 min read


Kerjasama Kerajaan - syarikat semikonduktor ARM ikut prosedur - Akmal Nasir
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir (gambar) tampil memberikan penjelasan berhubung dakwaan perjanjian antara kerajaan Malaysia dan ARM Holdings Plc - sebuah syarikat teknologi pembuatan semikonduktor terkemuka - tidak mengikut prosedur, dengan memperincikan garis masa proses kerjasama itu secara terperinci. Beliau menjelaskan, proses pemeteraian kerjasama tersebut sebenarnya telah bermula sejak Sidang Kemuncak KL20 pada 22 dan 23 April 2024, apabila Perdana Menteri

Akmal Manaf
4 days ago2 min read


Penstriman langsung prosiding mahkamah elak persepsi negatif - MCW
Cadangan kerajaan untuk melaksanakan penstriman langsung perbicaraan kes rasuah di Mahkamah Rayuan dilihat dapat meningkatkan ketelusan dengan membolehkan rakyat sendiri melihat proses kehakiman itu. Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) dalam kenyataan berkata kemudahan itu juga berupaya mengelak pelbagai persepsi negatif yang timbul khususnya di media sosial tanpa benar-benar memahami proses perundangan. "Langkah ini merupakan satu perkembangan penting dalam usaha memperkukuh ket

Helmi Mohd Foad
4 days ago1 min read


Perang Iran: Malaysia, Pakistan gesa gencatan senjata
DS Anwar mengadakan perbincangan bersama rakan sejawatannya Shehbaz Sharif Semua pihak yang terlibat dalam ketegangan di Asia Barat perlu segera menghentikan serangan dan melaksanakan gencatan senjata tanpa syarat, demikian pendirian diambil dua negara Islam, Malaysia dan Pakistan. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rakan sejawatannya Shehbaz Sharif dalam perbincangan melalui panggilan telefon petang semalam menyatakan pihak terbabit perlu kembali ke meja rundin

Helmi Mohd Foad
4 days ago2 min read


KPM sasar 350 kelas prasekolah baharu diwujudkan tahun ini
Lebih 120,000 kanak-kanak telah didaftarkan untuk kemasukan prasekolah Kementerian Pendidikan (KPM) tahun depan. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (gambar) berkata, jumlah tersebut menunjukkan prasekolah KPM menjadi pilihan ibu bapa berikutan kualiti pendidikan yang baik dan akses percuma sebelum mereka masuk ke pendidikan formal Tahun 1. "KPM juga mempunyai tenaga pengajar yang berkelayakan dan terlatih serta prasarana dan kemudahan yang lengkap, malah semua murid akan men

Suara Keadilan
4 days ago1 min read


Perang Iran: Usaha evakuasi rakyat Malaysia sedang diatur - Wisma Putra
Kementerian Luar (Wisma Putra) sedang mengusahakan evakuasi rakyat Malaysia yang terkandas di beberapa buah negara akibat konflik di Asia Barat. Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, kerjasama sedang diatur melibatkan beberapa pihak termasuk Perwakilan Diplomatik Malaysia, kerajaan di negara terjejas serta syarikat penerbangan. "Kementerian akan memastikan usaha evakuasi ini dilaksanakan dengan sebaiknya dengan kerjasama semua pihak berkaitan demi menjaga kepentingan dan

Azuan Ab Rahman
4 days ago1 min read


Kerajaan MADANI tingkatkan pemberian kepada Kerajaan Negeri
DS Anwar mempengerusikan Mesyuarat MKewN Tahun 2026 Majlis Kewangan Negara (MKewN) bersetuju meningkatkan pemberian kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri yang dijangka mencecah RM10.5 bilion tahun ini daripada RM10.3 bilion pada 2025. Kementerian Kewangan (MoF) menerusi kenyataan pada Khamis memaklumkan, MKewN turut bersetuju menambah baik pemberian kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri, khususnya Pemberian Senarai Bersama, Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri da

Azuan Ab Rahman
4 days ago2 min read


MyKad bakal ganti QR untuk beli minyak masak bersubsidi
Dr Fuziah (tiga dari kanan) pada program Program Edaran Bubur Lambuk dan Insentif CSR Econsave Kerajaan menyasarkan penggunaan MyKad bagi pembelian minyak masak paket bersubsidi akan dilaksanakan pada hujung tahun ini. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, sistem baharu melalui integrasi terminal MyKasih itu akan membolehkan pengguna hanya menggunakan kad pengenalan untuk membuat pembelian di kedai runcit kecil dan seder

Suara Keadilan
4 days ago1 min read


Semua agensi di bawah KDN perlu percepat guna teknologi AI
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (gambar) mahu semua agensi dibawah kementerian itu mempercepat penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI). Menurut Saifuddin, teknologi tersebut medium penting bagi meningkatkan produktiviti, kecekapan kerja serta kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat sekaligus membolehkan pegawai melaksanakan tugasan dengan lebih pantas dan sistematik. "AI generatif ini sebenarnya masih baharu sekitar dua hingga tiga tahun

Suara Keadilan
4 days ago1 min read


Kerusi DUN Puteri Wangsa: Kekuatan di lapangan jadi penentu - AMK Johor
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa tidak seharusnya dianggap sebagai milik mutlak atau kekal buat mana-mana parti politik, demikian kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, Faezuddin Puad. Beliau menegaskan soal pembahagian kerusi perlu diputuskan secara rasional dengan mengambil kira kekuatan jentera parti, gerak kerja di lapangan serta kemampuan untuk memenangi hati pengundi. "Kerusi DUN Puteri Wangsa tidak seharusnya dilihat sebagai milik mutlak kekal m

Helmi Mohd Foad
5 days ago1 min read


Ihya Ramadan KEADILAN Alor Gajah eratkan ukhuwah masyarakat
Pemangku Pengerusi KEADILAN Melaka, Adam Adli (baju kelabu) hadir dan mengagihkan juadah berbuka Program Ihya Ramadan 1447H anjuran KEADILAN Cabang Alor Gajah yang berlangsung pada 28 Februari lalu di Kampung Paku, dalam kawasan DUN Rembia, Melaka berjaya menghimpunkan masyarakat setempat dalam suasana penuh keberkatan dan kebersamaan. Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Alor Gajah, Rubiah Tamby, program tersebut mendapat sambutan amat menggalakkan daripada penduduk setempat se

Redzuan Shamsudin
5 days ago2 min read


Gubal RUUSA pastikan tadbir urus syarikat amanah swasta lebih telus
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kini sedang memperkemas landskap kawal selia syarikat amanah swasta menerusi penggubalan Rang Undang-Undang Syarikat Amanah (RUUSA) baharu yang akan menggantikan Akta Syarikat Amanah 1949 (Akta 100) secara menyeluruh. Timbalan Menterinya, Datuk Dr Fuziah Salleh (gambar) berkata, reformasi menyeluruh itu dilakukan bagi memastikan tadbir urus yang lebih telus, berintegriti dan sejajar dengan amalan terbaik antaraba

Akmal Manaf
5 days ago2 min read


Dakwaan konspirasi jatuh kerajaan uji ketahanan institusi, perpaduan negara
Dakwaan konspirasi membabitkan individu berpengaruh tempatan dan sebuah agensi media antarabangsa untuk menjatuhkan kerajaan disifatkan sebagai isu serius yang boleh mengancam kestabilan sosial serta perpaduan negara. Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang, David Cheong berkata tuduhan seumpama itu bukan sahaja memberi kesan politik malah boleh menghakis keyakinan rakyat terhadap institusi negara. "Dakwaan seorang individu berpengaruh tempatan dan sebuah agensi media antarabangsa ber

Helmi Mohd Foad
5 days ago2 min read


Jejak usahawan SKM: Daging Palembang, Ayam Rose Datin Faizah Laris 'Dahsyat'
Datin Faizah (dua dari kiri) memperkenalkan produk Daging Palembang, Ayam Rose bersama Wanita KEADILAN Jejak Usahawan Bersama Sekretariat KASEH MADANI-SKM: Daging Palembang Dahsyat, Ayam Rose Dahsyat, adalah dua produk yang pantas menjadi tular sebaik sahaja dikomersialkan oleh pengasasnya Datin Faizah Ariffin kurang sebulan sebelum bulan Ramadan menjelma. Produk istimewa resepi asli Datin Faizah yang lebih mesra dengan panggilan Faizah ini memiliki rasa yang amat enak, ezot

Noraini Nordin
5 days ago3 min read


Kepimpinan Berani PMX Pulih Ekonomi, Perbaiki Hidup Rakyat
Oleh: Shahbudin Embun ULASAN: Saya tertarik dengan kenyataan ADUN Duyung, Mohd Nur Helmy Halem, yang memuji Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) kerana berani mengambil keputusan tidak popular dalam isu subsidi petrol. Sememangnya ini mencerminkan satu realiti kepimpinan ekonomi iaitu keberanian melakukan reformasi struktur walaupun berisiko dari sudut politik. Isu rasionalisasi subsidi bahan api adalah antara langkah paling sensitif dalam mana-mana kerajaan Namun

Suara Keadilan
5 days ago2 min read


Had tempoh jawatan PM: 'Bukan pembangkang menang tetapi rakyat rugi'
Pihak pembangkang diharap dapat bersama memperkukuh institusi dan memajukan demokrasi negara dalam usaha reformasi Kerajaan MADANI pada masa akan datang. Perkara itu disuarakan oleh Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Jalex Lee (gambar) sambil menegaskan negara memerlukan sokongan yang jelas dan meyakinkan bagi memastikan perubahan bermakna dapat direalisasikan. Katanya, beliau amat kecewa apabila Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Perlembagaan berkaitan had tempoh jaw

Akmal Manaf
5 days ago2 min read


Pertahan kesucian agama: Matang, berakhlak dalam bertindak
Semua pihak di negara ini diseru agar menghormati prinsip Rukun Negara dan memelihara keamanan serta keharmonian dalam masyarakat majmuk yang merupakan tanggungjawab bersama setiap rakyat Malaysia. Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Wilayah Persekutuan, Dr Wan Muhammad Zulhusni Abdul Halim (gambar) berkata, jika persengketaan dan budaya saling menyakiti terus menjadi kebiasaan di negara ini, kelak tiada lagi tempat yang boleh dianggap sebagai negara untuk didiami. "Kita mahukan Ma

Akmal Manaf
5 days ago2 min read


Cadangan bentang semula RUU mengehadkan tempoh jawatan PM disokong
Cadangan supaya pindaan Perlembagaan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri (PM) kepada 10 tahun dibentangkan semula di Dewan Rakyat pada sesi Jun, dialu-alukan. Ahli Dewan Negara, Senator Abun Sui Anyit (gambar) berkata, pembentangan semula pindaan itu bukan satu kewajipan kerana ia telah dibentangkan sebelum ini. Namun ujarnya jika hal itu dilakukan, semua ahli Dewan Rakyat khususnya dari blok kerajaan diharap dapat menghadirkan diri sekali gus menunjukkan komitme

Akmal Manaf
5 days ago2 min read


DAP cadang tubuh RCI siasat 'mafia korporat', dakwaan dikaitkan SPRM
DAP menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan kewujudan “mafia korporat” serta penyalahgunaan institusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook (gambar) dalam kenyataan berkata Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu yang bermesyuarat semalam telah mengambil perhatian serius terhadap dakwaan yang dilaporkan pihak media, termasuk media asing. "CEC mengambil perhatian serius terhadap d

Helmi Mohd Foad
5 days ago1 min read


Konflik Asia Barat: Kabinet bincang usaha bawa pulang pelajar terkandas
Adam Adli memberi jaminan kerajaan pertimbang bawa pulang pelajar di negara berkonflik di Asia Barat Kerajaan memberi jaminan keselamatan pelajar Malaysia di Asia Barat sentiasa menjadi keutamaan, susulan konflik yang sedang memuncak di rantau berkenaan. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPKT) Adam Adli Abdul Halim berkata, kerajaan telah membincangkan usaha untuk membawa pulang rakyat Malaysia terutama pelajar yang terkandas di wilayah berkenaan. Selain itu jelasnya, keraj

Suara Keadilan
5 days ago1 min read
bottom of page
