top of page

MyKad bakal ganti QR untuk beli minyak masak bersubsidi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 6
  • 1 min read
Dr Fuziah (tiga dari kanan) pada program Program Edaran Bubur Lambuk dan Insentif CSR Econsave
Dr Fuziah (tiga dari kanan) pada program Program Edaran Bubur Lambuk dan Insentif CSR Econsave

Kerajaan menyasarkan penggunaan MyKad bagi pembelian minyak masak paket bersubsidi akan dilaksanakan pada hujung tahun ini.


Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, sistem baharu melalui integrasi terminal MyKasih itu akan membolehkan pengguna hanya menggunakan kad pengenalan untuk membuat pembelian di kedai runcit kecil dan sederhana.


"Pada ketika ini kita menggunakan kod QR untuk rakyat Malaysia membeli minyak masak paket. Mereka perlu mengimbas kod tersebut bersama rakan strategi kementerian.


"Langkah sementara ini diambil selepas kerajaan mewartakan bahawa warga asing tidak dibenarkan membeli minyak masak paket bersubsidi berkuatkuasa 1 Mac lalu," katanya dipetik.


Dr Fuziah ditemui selepas Program Edaran Bubur Lambuk dan Insentif CSR Econsave di Kajang pada Khamis.


Beliau sementara itu memaklumkan, kira-kira 10,000 terminal MyKasih dijangka diedarkan kepada peruncit kecil dan sederhana di seluruh negara, tertakluk kepada kemampuan kewangan kerajaan.


Ketika ini jelasnya, KPDN sedang mengintegrasikan sistem berkenaan dengan pangkalan data yang dikumpul melalui aplikasi Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS).


Sejak sistem pemantauan diperkenalkan, kementerian tersebut merekodkan sekitar 951 kes ketirisan minyak masak paket bermula Januari 2024 hingga Februari 2026 dengan nilai rampasan berjumlah RM4.5 juta.


Larangan untuk warga asing membeli minyak masak bersubsidi dikuatkuasakan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, dengan punca kuasa Akta Kawalan Bekalan 1961.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page