top of page

Berita


Situasi kemanusiaan di Semenanjung Gaza makin meruncing - Kabinet Palestin
Kabinet Palestin memberi amaran mengenai situasi kemanusiaan yang semakin serius dan meruncing di Semenanjung Gaza. Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) menerusi laporan yang memetik Kabinet Palestin berkata, serangan dan pelaksanaan operasi evakuasi paksa secara berterusan oleh Israel di Semenanjung Gaza telah memaksa ribuan keluarga meninggalkan kediaman mereka dalam keadaan sukar tanpa keperluan asas yang minimum untuk meneruskan kehidupan. Malah tindakan rejim itu y

Suara Keadilan
May 261 min read


Bekalan ternakan mencukupi penuhi keperluan ibadah korban - KPKM
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan ternakan bagi sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini mencukupi untuk memenuhi keperluan ibadah korban di seluruh negara. Kementerian dalam kenyataan memaklumkan statistik Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) sehingga April lalu menunjukkan stok bekalan lembu dan kerbau tempatan direkodkan sebanyak 35,127 ekor manakala bekalan import sebanyak 16,845 ekor. "Ia menjadikan jumlah keseluruhan bekalan lem

Helmi Mohd Foad
May 261 min read


Kaji kerjasama Pas-Bersatu: Hj Hadi penting kuasa, bukan kestabilan kerajaan
Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BiPPA) KEADILAN, Amidi Abdul Manan mendakwa tindakan Presidan Pas, Hj Hadi Awang membangkitkan semula isu hubungan Pas-Bersatu memperlihatkan keutamaan parti itu hanyalah kepada soal kuasa politik, bukannya kelangsungan Kerajaan Negeri atau kepentingan rakyat. Amidi berkata, kenyataan Presiden Pas yang mengaitkan antaranya krisis Menteri Besar (MB) Perlis dan isu di Negeri Sembilan sebagai alasan untuk menilai semula hubungan den

Akmal Manaf
May 252 min read


Pentadbiran Wanita Cabang Shah Alam diambil alih, proses intervensi rutin
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) melalui sayap wanitanya memberi jaminan bahawa situasi melibatkan Wanita Cabang Shah Alam terkawal meskipun isu berkenaan ditularkan di media sosial. Setiausaha Wanita KEADILAN Pusat, Sangetha Jayakumar (gambar) berkata pimpinan sayap itu kekal fokus melaksanakan tanggungjawab tadbir urus parti seperti biasa. "Wanita KEADILAN mengambil maklum akan berita dan perbincangan yang sedang tular mengenai Wanita KEADILAN Cabang Shah Alam. "Kami ingin

Suara Keadilan
May 251 min read


Rakyat keliru, pelaksanaan Bantuan Kasih Johor perlu ditambah baik
Jalex Lee (kiri sekali) menerima banyak adun mengenai pelaksanaan BKJ Pelaksanaan Bantuan Kasih Johor (BKJ) disaran ditambah baik susulan maklum balas rakyat yang didapati masih keliru dan tidak berpuas hati dengan proses sedia ada. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Tebrau, Jalex Lee, berkata hasil tinjauan melalui kaunter bergerak di Pasar Malam Austin Crest baru baru ini menunjukkan sebahagian besar aduan diterima berkaitan dengan proses pemberian bantuan tersebut oleh Ker

Redzuan Shamsudin
May 251 min read


Hina sahabat Nabi: Sikap ambil mudah Hj Hadi malukan institusi ulama
Keputusan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sekadar memberikan “peringatan” terhadap Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh kerana didakwa mengeluarkan kenyataan menghina sahabat Rasulullah s.a.w disifatkan memalukan institusi ulama dan mengecewakan umat Islam. Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata tindakan disiplin lebih tegas sepatutnya dikenakan terhadap Nik Zawawi yang juga Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas. "Keputusan Presi

Helmi Mohd Foad
May 252 min read


Kunjungan pemimpin AMANAH ke NU kukuhkan hubungan Malaysia–Indonesia
DS Dr Mujahid bertemu Ketua Umum NU, Yahya Cholil Staquf di Pejabat Besar NU Kunjungan delegasi Malaysia ke pertubuhan Nahdlatul Ulama (NU) Indonesia dilihat sebagai langkah penting dalam memperkukuh hubungan serantau, khususnya dalam konteks kerjasama Nusantara yang lebih luas. Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata lawatan ke Pejabat Besar NU dan pertemuan bersama Ketua Umum NU, Yahya Cholil Staquf membuka ruang kerjasama st

Redzuan Shamsudin
May 251 min read


Usul Undi Tidak Percaya Perlis perlu hormati institusi Raja — Penganalisis
Cadangan untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar (MB) Perlis, Datuk Abu Bakar Hamzah perlu ditangani secara berhati-hati agar tidak menjejaskan kedudukan institusi Raja dalam sistem pentadbiran negeri. Penganalisis politik, Shahbudin Embun berkata pelantikan Menteri Besar adalah di bawah kuasa dan budi bicara Raja Perlis selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan oleh itu tidak wajar kerajaan tersebut ditumbangkan dengan sewenang we

Redzuan Shamsudin
May 251 min read


'Psikologi sukarelawan GSF terganggu, semangat juang tidak luntur'
Datuk Sany Araby dalam sidang media malam tadi sambil diperhatikan oleh DS Amirudin Shari (kiri sekali) Solidariti kemanusiaan ‘tanpa senjata’ menerusi misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 dilihat semakin memberi tekanan terhadap Israel apabila gerakan membawa bantuan makanan dan pendedahan media antarabangsa mula menghakis sokongan terhadap rejim itu. Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sany Araby Abdul Alim Araby berkata, meskipun psikologi sukarelaw

Akmal Manaf
May 252 min read


Malaysia raih pengiktirafan global sistem kesihatan di WHA79
Dr Dzulkefly (tengah) sewaktu menghadiri Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-79 di Switzerland minggu lalu Malaysia mencatat pencapaian membanggakan di pentas antarabangsa apabila berjaya menterjemah dasar kesihatan global kepada pelaksanaan nyata yang memberi manfaat terus kepada rakyat, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Beliau berkata, kejayaan itu dizahirkan melalui penyertaan negara dalam Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-79 (WHA79) di Geneva minggu lalu.

Suara Keadilan
May 251 min read


Jangan main politik perkauman, rakyat mahu negara dihormati dunia
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu (gambar) mengingatkan semua pihak supaya tidak memainkan sentimen perkauman demi kepentingan politik sempit kerana tindakan sedemikian hanya akan merosakkan keharmonian dan masa depan negara. Menurut beliau, Malaysia tidak akan mampu mencapai kemajuan sekiranya budaya kebencian dan hasad sesama rakyat terus dipupuk dalam arena politik. Sebaliknya, negara memerlukan semangat perpaduan nasional yang kukuh serta pers

Suara Keadilan
May 251 min read


Rakyat Selangor berhak dapat lebih baik: PN gagal tawar alternatif — Azli Yusof
Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Harapan (PH) terus mempertahankan rekod pentadbiran cemerlang dan telah menunjukkan prestasi lebih baik berbanding mana mana negeri yang ditadbir pembangkang Perikatan Nasional (PN). Naib Pengerusi Pakatan Harapan Selangor, Azli Yusof (gambar), berkata Selangor telah diperintah PH selama lebih tiga penggal dan pencapaian Kerajaan Negeri jelas terbukti melalui pelbagai dasar serta inisiatif yang dilaksanakan. Menurut beliau, dakwaan pe

Suara Keadilan
May 251 min read


KEADILAN Johor kekal utuh, fokus agenda rakyat, perjuangan reformasi
Semua anggota KEADILAN Johor diseru kekal tenang, fokus dan terus melangkah ke hadapan. Seruan itu dinyatakan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (gambar) susulan tindakan beberapa bekas pimpinan dan anggota parti berkenaan yang memutuskan untuk keluar parti serta memilih haluan politik baharu. Tegasnya, sebagai parti yang melalui proses demokrasi terbuka, kewujudan perbezaan pandangan, persaingan dan kekecewaan sememangnya akan

Azuan Ab Rahman
May 251 min read


Rakyat makin bijak, muak politik pecah belah - Danish
Kehadiran memberangsangkan orang ramai ke setiap sesi ceramah isu semasa anjuran Pakatan Harapan (PH) Selangor menjadi bukti rakyat semakin matang dan bijak menilai landskap politik semasa. Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Danish Hairudin (gambar) berkata rakyat tidak lagi mudah terpengaruh dengan politik kebencian dan permainan persepsi yang hanya memecahbelahkan masyarakat. "Lebih 500 rakyat sekitar Jalan Kebun hadir ke ceramah isu semasa di Sungai Ka

Azuan Ab Rahman
May 251 min read


Parti Bersama bakal ikut jejak langkah Pejuang, Semangat 46 - Penganalisis
Seorang ahli akademik menyifatkan Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang diasaskan Datuk Seri Rafizi Ramli bakal berakhir sebagai parti yang sekadar boleh buat bising di media sosial atau pentas ceramah tetapi gagal memberi impak di Parlimen. Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) di Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Mashitah Mohd Udin dipetik laporan media berkata, parti Bersama hampir pasti akan bernasib sama seperti Parti Pejuang Tanah Air yang d

Suara Keadilan
May 251 min read


PH N Sembilan mampu, berupaya mentadbir secara sendiri - Loke
Anthony Loke meraikan Majlis Hi-Tea Bersama Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Pakatan Harapan (PH) mempunyai keupayaan dan kekuatan politik di Negeri Sembilan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tanpa perlu bergantung kepada mana-mana pihak lain. Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan, Anthony Loke Siew Fook berkata gabungan itu mampu mentadbir secara bersendiri di negeri itu sejak 2018 hingga 2023 meskipun berdepan pelbagai cabaran. "Ketika berlaku La

Suara Keadilan
May 251 min read


Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor dilaksana mulai bulan depan
DS Amirudin menyerahkan simbolik sumbangan lembu korban kepada wakil Bomba Sukarelawan Kerajaan Negeri Selangor akan mula melaksana beberapa pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor pada bulan depan, kata Menteri Besar. Berucap dalam satu majlis di Parlimen Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari menjelaskan, usaha itu bagi membantu golongan terkesan akibat peningkatan kos sara hidup kesan krisis global. "Pakej rangsangan yang diumum April lalu ada sebahagiannya akan bermula Jun dan Ju

Suara Keadilan
May 251 min read


KEADILAN pernah diuji lebih berat, namun terus bangkit lebih perkasa
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan terus teguh dan tidak goyah menghadapi ujian terbaharu apabila bekas orang nombor dua menubuhkan parti baharu. Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid (gambar), berkata perjalanan KEADILAN sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 membuktikan parti itu bukan organisasi yang mudah tumbang, sebaliknya terus bangkit dengan sokongan rakyat. "Masa PRU 1999 saya (sebagai calon) tewas di (parlimen) Pandan dengan hanya memperol

Redzuan Shamsudin
May 242 min read


Dakwah bil hikmah diperkasa, Bukit Bintang bakal dapat Surau Jumaat
Dr Zulkifli (bertopi putih) telah lama melakukan dakwah bil hikmah di kawasan Bukit Bintang dan Chow Kit Usaha memperkukuh pendekatan dakwah secara berhikmah (dakwah secara tidak langsung) terus dipergiat apabila beberapa agensi agama berganding bahu memperluaskan inisiatif dakwah lapangan di sekitar ibu kota, khususnya di kawasan tumpuan orang ramai seperti Bukit Bintang dan Chow Kit. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata beliau meng

Redzuan Shamsudin
May 242 min read


Bantuan Kasih Johor: Perlu lebih mesra rakyat, bukan sekadar simbolik
Konsep 'kebersamaan' dalam membantu rakyat Johor tidak seharusnya terhad kepada program Bantuan Kasih Johor (BKJ) semata-mata, sebaliknya perlu menjadi amalan berterusan wakil rakyat kerajaan. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Tebrau, Jalex Lee berlata, pelaksanaan bantuan BKJ pula seharusnya lebih dekat dengan rakyat dan tidak wajar memaksa penerima hadir ke satu lokasi tertentu hanya untuk tujuan acara atau simbolik Kerajaan Negeri. "Jika benar mahu mengangkat semangat keb

Suara Keadilan
May 242 min read
bottom of page
