KEADILAN Johor kekal utuh, fokus agenda rakyat, perjuangan reformasi
- Azuan Ab Rahman

- May 25
- 1 min read

Semua anggota KEADILAN Johor diseru kekal tenang, fokus dan terus melangkah ke hadapan.
Seruan itu dinyatakan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (gambar) susulan tindakan beberapa bekas pimpinan dan anggota parti berkenaan yang memutuskan untuk keluar parti serta memilih haluan politik baharu.
Tegasnya, sebagai parti yang melalui proses demokrasi terbuka, kewujudan perbezaan pandangan, persaingan dan kekecewaan sememangnya akan berlaku.
Bagaimanapun, kematangan politik menuntut supaya sebarang rasa tidak puas hati diurus melalui saluran yang betul, bukannya dengan melemparkan persepsi yang boleh mengelirukan anggota dan rakyat.
"KEADILAN menghormati hak setiap individu menentukan pendirian politik masing-masing, namun meninggalkan perjuangan parti tidak wajar disertai dengan tuduhan melulu, naratif atau kenyataan yang lebih bersifat emosi.
"Adalah tidak adil untuk menggambarkan seolah-olah keseluruhan parti berada dalam keadaan rapuh hanya kerana segelintir individu memilih untuk membawa haluan berbeza.
"Rakyat cukup matang untuk menilai sama ada keputusan itu benar-benar berasaskan prinsip perjuangan atau sekadar reaksi terhadap kekecewaan peribadi selepas proses demokrasi parti," katanya dalam satu kenyataan
Mengulas lanjut Ahli Parlimen Sekijang itu menyifatkan KEADILAN Johor kini memasuki fasa struktur kepimpinan yang kukuh, jentera yang aktif dan anggota akar umbi yang lebih setia kepada perjuangan reformasi.
"KEADILAN Johor tidak akan terheret dalam politik dendam atau polemik yang tidak membina, sebaliknya fokus memastikan kesiapsiagaan penuh menghadapi cabaran politik akan datang.
"Perjuangan ini tidak pernah dibina atas kekuatan individu tertentu, jauh sekali bergantung kepada mereka yang datang dan pergi mengikut musim politik. KEADILAN telah melalui cabaran yang jauh lebih besar dan akan terus berdiri kerana kekuatannya terletak pada prinsip, bukan personaliti," katanya.




I wanted to try the v3 game login game but I’m not sure if it works smoothly on all Android devices. Does anyone face loading issues or slow performance during peak hours? Any suggestion would be helpful.
I recently came across 91 club game and I’m trying to understand how it works. Is it suitable for beginners, or does it require some experience to understand the process properly? If anyone has tried it, please share basic guidance.
Regarding diu win, what is the best way to recover an account if someone forgets the password? Is there a proper reset option available or support for login issues?
In the bdg game login, are the results updated automatically or do we need to refresh the page manually? Sometimes delayed results can confuse new users, so I want to confirm.
For goa game download, does anyone know if there is a minimum amount required to start playing? I want to try it with a small amount first just to understand the process properly.